BAB 3 / Part 1

87 3 0
                                    

Hampir seminggu, Hana masih tidak mahu menceritakan tentang Jasper kepada aku. Apa yang pasti Jasper antara pelajar yang agak terkenal di sekolah ini. Dia juga sudah beberapa kali menjadi pelajar terbaik sekolah ini dan ketua pasukan bagi sukan ragbi. Aku masih tidak faham mengapa Hana masih menghalang aku daripada cuba mendekati Jasper. Aku tiada niat sedikit pun untuk berkenalan dengan Jasper tetapi semakin dia menghalang aku daripada mengenali Jasper, lagi berminat aku untuk mengenalinya. Jam menunjukan pukul 3.30 petang. Kelas tambahan akan habis pada pukul 4.00 petang. Aku perlu menyelesaikan soalan matematik ini dahulu sebelum kami dilepaskan untuk pulang.

Hana bangun dari kerusi dan menghantar kertas latihan yang diberi cikgu. Dia sentiasa menjadi pelajar pertama yang menghantar tugasan. Aku juga turut menyelesaikan soalan-soalan yang memeningkan ini secepat yang mungkin dan menghantarnya. Aku berlari-lari anak untuk mengejar Hana kerana waktu sebegini kebanyakan para pelajar berada di perpustakaan atau pun tidur. Aku mempercepatkan langkah aku tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Hana telah hilang dari pandangan.

"Tak nampak—" Aku tercengang.

Jasper berpakaian sukan sambil memegang bola bujur di tangannya. Dia memandang aku dengan penuh minat manakala rakan-rakannya yang lain memandang aku dengan pandangan yang menyampah. Mungkin kerana aku meninggikan suara sebentar tadi. Aku teringat ketika kali pertama aku bertemu Jasper dan kata-kata Hana, ramai yang sudah menjadi mangsa. Aku mengambil peluang ini untuk bersua dengannya sendiri. Mengenali dirinya sendiri jika Hana masih menutup mulut.

"Eh, Jasper!" Aku membuat suara teruja untuk menariknya.

"Hai! Awak tak pernah gembira bila jumpa saya." Dia memberikan bola itu kepada rakan di sebelahnya. "Korang pergilah practise dulu. Mari awak, kita duduk dekat pondok sana." Dia menunjuk ke arah pondok yang dimaksudkan.

Aku mengangguk faham dan kami berdua berjalan dan mengambil tempat di kerusi pondok itu.

"Maaflah selama ini saya kasar dengan awak." Aku memulakan bicara.

"Tidak mengapa. Saya sudah biasa. Saya tak tahu lagi nama awak. Nama awak apa?"

"Hajar. Pelikkan kita boleh jumpa dekat sini."

"Pelik? Apa yang pelik? Dunia ni kecil je. Dekat mana-mana pun kita boleh jumpa."

Aku tidak membalas apa-apa. Aku tidak tahu bagaimana untuk mengenalinya. Aku bukan seorang yang peramah. Keadaan menjadi sunyi dan kekok untuk seketika.

"Awak tak banyak cakap kan? Awak selalu menangis." Jasper memecahkan kesunyian.

"hmm." Aku terkejut. Bagaimana dia tahu aku selalu menangis ketika di rumah?

"'hmm' je? Awak? Sudi tak kalau awak nak jadi kawan saya. Saya jarang ada kawan perempuan. Kadang-kadang saya nak lah juga seorang."

"Boleh je!" Balas aku pantas. Sudah tentu.

"Okay. Saya pergi dulu, ya? Nanti mereka marah. Ini nombor telefon saya. Saya tahu saya akan jumpa awak juga nanti. Jadi saya tulis siap dan bawa kemana saja. Jadi bila saya jumpa awak saya boleh bagi terus. Macam sekarang." Dia melambai aku dan berlalu pergi.

Aku simpan kertas tersebut ke dalam dompet aku, dengan gembiranya aku bangun untuk pulang ke asrama. Sebaik sahaja aku berpusing ke belakang, Hana berada di balik pokok sedang memerhatikan aku sambil berpeluk tubuh. Aku meneguk air liur, air mukanya sungguh tidak menyenangkan. Dia seperti begitu marah terhadap aku. Matanya tajam memandang tepat ke dalam mata aku. Aku terkedu, dia tidak pernah semarah itu. Kemudian dia berpusing dan terus berlalu pergi yang pasti bukan ke aspuri. Aku ingin mengejarnya tetapi aku perlu balik ke asrama, mandi dan turun ke surau untuk bersolat.

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now