BAB 2 / Part 4

102 4 0
                                    

Kini aku berseorangan. Aku melihat seorang gadis sebelah aku. Dia sedang menyelesaikan rubik kiub. Dia melihat aku dan tersenyum, dia meletakan kiub itu di sebelahnya, dia mengesot ke hadapan ke arah aku dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku membalas salam itu dan senyum kembali ke arahnya.

"Hana, panggil Hana. Kau pulak?" ujar perempuan itu. Suaranya serak basah.

"Nur Hajar Ila Alsama." Balas aku ringkas.

"Hajar Ila Alasma?"

"Alsama."

"Al--?"

"Alsama." Aku ketawa melihat mukanya yang berkerut cuba menyebut nama aku.

Aku sudah biasa dengan reaksi seperti itu apabila memperkenalkan diri. Dia juga turut ketawa dan akhirnya dia berjaya menyebut nama aku dengan betul. Kami berkongsi sedikit tentang diri kami. Dia merupakan pelajar lama di situ dan apa yang melegakan aku dia juga berada di kelas aku jadi aku tidak perlu risau untuk ke sekolah esok pagi. Jam menunjukkan 12.30 tengah hari dan loceng berbunyi. Aku melihat Hana tertanya-tanya apa makna loceng itu. Dia bingkas bangun menuju ke almarinya.

"Tak nak makan ke? Tadi tu loceng untuk makan tengah hari". Dia menyarungkan baju lengan panjang dan tudung.

Aku juga segera berpakaian menutup aurat. Aku mengekorinya ke dewan makan. Suasana sekolah ini agak tenang kerana tanaman-tanaman yang banyak di sepanjang koridor, dinding-dinding yang dihiasi cantik dengan pelbagai corak dan warna. Kami mengambil tempat di sebuah meja. Kami tidak banyak bercakap ketika makan. Dia bangun dahulu sebelum aku dan aku melihat langkahnya, dia hanya meletakkan pinggan dan cawan di dalam dua besen yang berasingan. Dia membasuh tangan dan membuat isyarat aku pergi dahulu. Aku mengangguk tanda faham. Aku menghabiskan baki-baki makanan aku dan lakukan apa yang dilakukannya tadi. Tiba-tiba seorang lelaki berhenti di hadapan aku. aku hampir-hampir sahaja ingin merempuhnya. Aku mengangkat untuk melihat siapakah lelaki yang tidak menggunakan mata dan otak ketika berjalan. Aku terpaku. Lelaki ini..lelaki ini yang menegur aku bulan lepas. Macam tidak percaya dia di sini. Mungkinkah dia ini stalker? Aku ingin berjalan melepasinya tetapi dia menahan bahu aku dan terdapat beberapa suara dari dalam dewan turut juga mata-mata yang tidak senang dengan aku. Mungkin inilah perasaan lelaki ini ketika aku menjerit bulan lepas.

"Wah! Kita jumpa lagi ya? Nama aku Jasper Siew Leong. Awak?"

Aku tidak membalas dan terus berlalu pergi. Tetapi kali ini dia memegang lengan aku dengan serta-merta langkah aku terhenti dan ditarik ke belakang.

"Maaflah, hari tu saya bukan sengaja tinggalkan awak. Tetapi cikgu saya sudah jumpa saya di situ jadi saya perlu pergi." Kata Jasper bersama loghat mandarinnya.

Aku masih tidak membalas dan kali ini aku menolaknya dan berjalan pantas meniggalkannya. Aku berlari secepat mungkin sehingga aku tiba di dorm. Hana tiada di katilnya manakala ada sekumpulan pelajar sedang bercakap dalam keadaan yang berbisik sambil memandang aku. aku yakin mereka sedang bercakap tentang apa yang berlaku di dewan makan sebentar tadi. Aku sudah belajar, berita di sekolah begitu cepat tersebar dan kini aku telah terlibat dengan sesuatu yang tidak sepatutnya. Aku tidak mempedulikan mereka, aku terus ke katil aku. Aku terlelap seketika sebelum azan berkumandang. Aku bangun dan Hana berada di meja belajarnya. Dia menutup buku dan berjalan ke arah aku. menundukkan kepala ke arah aku dan sedikit terkejut.

"Laa.. dah bangun rupanya. Jom, solat dah azan.".

Aku bangun dan mengekorinya ke surau. Aku cuba mentafsir sikapya. Mengikut caranya dia lebih suka berseorangan dan dia gemar menolong. Tidak banyak bercakap dan kelihatan sangat pintar. Bila difikirkan semula dia tidak banyak membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah dan aku sedikit lega menjumpainya dahulu sebelum orang lain. Kami di sini solat berjemaah dan aku bernasib baik kerana mempunyai masa untuk mempelajari semula sebelum aku masuk ke sini. Aku sedikit terpegun kerana di sini semua orang solat berjemaah dan aku juga boleh mengubah diri aku. setelah selesai aku melipat telekung aku dan menyangkutnya di ampaian yang disediakan. Aku ingin keluar naik ke dorm kerana aku masih tidak biasa dengan suasana di sini jadi kebanyakan masa aku akan dihabiskan di dorm. Sebelum sempat aku melangkah keluar Hana menahan aku. Dia menarik aku kembali ke dalam surau dan duduk di penjuru surau. Aku juga turut duduk bersamanya.

"Hajar, betul ke apa yang aku dengar dari mulut-mulut orang?" mukanya serius.

"Apa orang cakap?" soal aku.

"Kamu ada apa-apa ke dengan budak Sarawak tu?"

"Budak Sarawak? Siapa?'

"Jasper."

Aku memandangnya pelik dan aku mengangguk. Aku mula faham apa yang dia cuba katakan.

"Hajar, aku tak kisahlah dia buat apa pun. Jangan cuba rapat dengan dia, faham?"

"Kenapa?"

"Kau tak tahu dia tu siapa. Dengar nasihat aku. Ramai yang dah jadi mangsa."

"Kenapa?" Tidak suka apabila ditinggalkan dalam keadaan tanda tanya.

"Maaf Hajar. Kita tak boleh sembang dekat sini." Dia bangun dan berlalu pergi.

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now