BAB 1 / Part 3

290 19 3
                                    


Assalammualaikum semua,

silalah vote dann komen untuk aku, kalau korang rasa korang baik XD

Gurau-gurau. 

tapi kalau korang sokong aku, kliklah butang vote dan tinggalkan komen untuk saya.

_________________________________________________________________________-______

Umur aku hampir mencecah 15 tahun dan kebanyakan rakan-rakan aku di sekolah telah pun mempunyai teman lelaki dan sering mempersoalkan aku mengapa aku tidak pernah tertarik dengan mana-mana lelaki. Aku tidak mempunyai jawapan untuk mereka dan jawapan itu hanya untuk aku sahaja.

Aku mengimbau kembali ke zaman ketika aku berumur sembilan tahun di mana aku baru mula mengenali cinta. Aku tertarik dengan seorang lelaki kelas aku. Rupa parasnya sungguh cantik. Mukanya bersih dan putih, anak matanya coklat terang yang membuatkan aku lebih tertarik padanya. Suaranya merdu apabila berbicara membuatkan aku cair serta-merta apabila mendengarnya. Orangnya pandai solat dan mengaji dengan lancar walaupun umurnya baru sembilan tahun membuatkan dia sangat popular di kalangan guru dan pelajar. Begitu ramai senior yang ingin menjadikannya adik angkat dan tidak lepas juga rakan-rakan sebaya aku sendiri yang cuba utuk mendapatkannya. Khazwan Badrul namanya.

Namun semuanya berubah apabila aku bertemu kak Bad yang sedang menunggu di perhentian bas tempat aku selalu menunggu van sekolah aku. Aku tidak pernah melihat susuk tubuh ini. Mukanya bersih dan cantik tapi matanya seperti bewarna merah hati dan agak coklat sedikit. Tudungnya tiada lencana atau tanda nama, dia juga memakai kain sekolah bewarna biru menunjukkan dia pelajar sekolah menengah. Aku tidak sedar sedang aku memerhatikannya dia juga memandang tepat ke arah aku. Apabila aku tersedar, aku segera memandang ke arah lain. Muka aku terasa panas kerana malu dengan perbuatan sendiri. Dia melangkah menghampiri aku dan menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku teragak-agak untuk menyambut salamnya itu tetapi aku tetap menyambutnya walaupun agak lambat. Tapak tangannya lembut dan mulus, hangat dan selesa apabila memegangnya. Dia tersenyum memandang aku dan itu membuatkan aku terpegun melihat gigi putihnya yang tersusun cantik dan mempunyai dua pasang taring masing-masing di bahagian atas dan bawah.

"Badrina Aschila. Panggil kak Bad je pun tak pe." Kata kak Bad. Mata dan senyumnya tidak lepas dari wajahnya. Jantung aku berdegup pantas. Aku tidak pernah merasakan perasaan ini kepada seorang wanita sepanjang hidup aku.

"uhm..Nur Hajar Ila Alsama. Panggil Hajar." Aku senyum kepadanya kembali.

Pada ketika itu van telah pun sampai dan kami berdua melangkah masuk ke dalam. Aku memandangnya pelik, dia memandang aku dan tersengih.

"Kak Bad pun naik van ni juga. Pagi tadi sepatutnya kak Bad naik van ni juga tapi kak Bad rasa segan nak datang sekolah seorang diri. Ikutkan hati kak Bad balik pun nak minta amah Su ambilkan sekali. Tapi sebab masa nak pergi sekolah pagi tadi ternampak Hajar dalam van ni, kak Bad pun terus bagitahu amah Su tak payah ambil kak Bad masa balik sebab kak Bad dah ada teman dan teman kak Bad itu ialah kamu." Dia mencucuk pipi aku dengan jari telunjuknya sambil memuncungkan mulutnya. Aku ketawa melihat mukanya. Macam ikan bandar yang melekat pada kaca akuarium. "kak Bad nak ikut balik boleh?" soal kak Bad membuatkan aku tersentak dan kebingungan.

________________________________________________________________________________

okay. satu lagi cerita yang membosankan.

aku dah cuba tulis dengan jalan cerita yang terbaik.

akhir sekali, silalah vote dan komen kalau korang tak puas hati dengan hasil tulisan aku. kalau ada idea boleh tulis di ruangan komen ataupun mesej sahaja personal.


thanks sebab baca

WaniR,

Endaforit.

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now