BAB 3 / Part 4

68 3 0
                                    

"HANA!" Aku berlari memeluk Hana yang berada di katilnya. "Akhirnya kau balik juga! Kau tahu tak aku rindu? Kau tahu tak aku risau? Apa dah jadi sebenarnya? Cikgu cakap doktor dan polis nak datang jumpa aku nak buat soal siasat tapi sampai sekarang tak muncul-muncul. Boleh tak kau cerita kat aku apa dah jadi?" aku mengusap mukanya.

Mukanya sedikit pucat tetapi air mukanya kosong memandang aku. Aku melihat keliling, beberapa bagasi di isi penuh dengan baju-baju dan barang-barang milik Hana. Aku melihat pula ke lokernya yang terbuka. Kosong, tiada baju-baju yang tergantung mahupun terlipat. Aku melihat ke atas meja belajarnya, juga kosong. Yang tinggal hanyalah pembalut-pembalut hiasannya yang masih bertampal. Aku tidak sanggup jikalau kali ini Hana meninggalkan aku. Dialah rakan pertama yang aku dapat ketika di sini. Dialah rakan pertama yang membantu aku mengenali selok-belok sekolah, peraturan asrama dan peraturan senior. Dia juga telah menyelamatkan aku daripada senior-senior yang cuba mengambil buku matematik aku.

Aku memandang matanya kembali untuk mendapatkan kepastian. Dia mengangguk dan kemudiannya menggeleng. Air matanya berderai ke pipi mulusnya. Aku mengelap air matanya, aku juga turut menangis. Hana, janganlah, tolonglah Hana. Kali ini sahaja. Jangan tinggalkan aku lagi. Kau tinggalkan aku berbulan-bulan lamanya. Aku mengharungi hari-hari aku tanpa kau sungguh sunyi. Tiada peneman bersembang, tiada teman berbincang subjek-subjek yang memeningkan. Semuanya aku lalui berseorangan dan di situ Jasper hadir. Tetapi Jasper tidak sama seperti Hana. Aku meluahkan segalanya pada Hana, aku berkongsi perasaan bersama-sama Hana.Jasper pula, aku berasa senang dengannya tetapi tidak sama rasa cintanya dengan Hana.

Dia melepaskan tangan aku dan memasukkan baki-baki barangannya yang masih tak tersimpan. Aku melihatnya dengan mata yang begitu sayu, hati aku bercerai-berai. Mungkin inilah bagaimana rasanya ketika aku meninggalkan orang-orang yang menyayangi aku. Ketika aku mengimbau kembali kenangan kami, aku teringat. Dia masih tidak menceritakan apa-apa tentang Jasper. Aku menahannya.

"Hana, kau masih ingat tak, Jasper? Kenapa? Bagitahu aku. Selama aku kenal Jasper dia okay je. Apa yang tak baik? Apa yang mangsa? Aku tak faham!"

"Kau tak tahu Hajar." Dia menundukkan kepala memandang lantai.

Aku naik angin. Aku menggoncang bahunya dengan kuat. Aku menggenggam tangan aku menahan marah. Ingin sahaja aku menamparnya. Mengapa hidup aku tidak senang? Megapa semua orang tinggalkan aku? semuanya baik sebelum ini. Kenapa? Aku tidak sepatutnya pindah mengikut ibu masa itu, atau aku yang bodoh terlalu lembik untuk lawan semua pembuli-pembuli di sekolah itu. Aku tidak faham mengapa ayah begitu marah kepada aku kerana ayah merupakan orang yang kuat imannya. Ayah menyalahkan Kak Bad. Kak Bad! Entah mengapa aku jadi bengang memikirkan Kak Bad. aku tidak boleh terima semua ini. Semuanya bagai tidak terkawal. Tidak. Aku boleh kawal tetapi Hana telah menambah satu lagi membuatkan aku tidak mampu mengawal emosi aku.

"Susah sangat ke kau nak bagitahu aku, Hana?! Aku stress la macam ni! Apa masalahnya dengan Jasper? Apa?! Kalau betul dia bahaya kenapa tak cerita dekat aku? aku tengok dia baik je. Pandai lagi, siap kena puji dengan cikgu-cikgu. Kalau betul lah dia tu tak elok, jahat, busuk yang macam kau cakap sampai tak boleh dekat dengan dia. Kenapa aku tak pernah dengar dari mulut-mulut orang. Kenapa?! Aku nak kau bagitahu aku semuanya! Segalanya sekarang! Sebelum kau pergi." Nafas aku tidak terkawal. Dada aku kencang seperti tornado di dalam sedang bergerak ganas. Darah aku mengalir laju ke otak dan semua badan-badan aku.

Hana terduduk dan menangis keesakan. Ramai yang sudah berkumpul di hadapan pintu. Sudah pasti mereka akan masuk sekiranya senior tingkatan lima tidak menahan pintu. Sebab ini aku begitu senang dengan senior-senior di sini. Tetapi aku tidak peduli dengan tangisan dan bunyi bisikan yang bising di luar. Aku cuma inginkan jawapan yang sebenar. Aku telah mengenali Jasper selama hampir dua bulan. Bila aku boleh hidup dengan tenang? Bila?!

HIJRAHKU (Dah Tak Update)Where stories live. Discover now