BAB 8

3.2K 102 2
                                    

Selepas kejadian tempoh hari Erin lebih berhati- hati agar tidak berjumpa atau terserempak dengan cikgu afiq lagi . Cukup lah sekali yang sehingga kini masih belum reda debarannya . Erin masih lagi belum dapat melupakan renungan matanya dan lembut senyumannya..

" Ahh ! . Tak mungkin ini cinta.. aku pelajar dia cikgu . Mana mungkin pelajar bercinta dengan cikgu sendiri . Cinta antara pelajar dengan cikgu tak mungkin terwujud . Lupa kan saja niat itu"

bisik Erin sendiri di dalam hati .

Tarikh untuk mereka pergi ke kem jati diri semakin hampir ..a
Erin termenung mengenangkan apa yang bakal berlaku di sana nanti..

"Erin!"

"Kau ni nisa.. buat terkejut je.. mana aiza dengan isma? Selalunya ade je si aiza ni "

" diorang pergi hantar barang cikgu kat bilik guru. Kau fikir apa.. dari tadi termenung je "

"Takut lah nisa .. tarikh kita nak pergi kem makin dekat "

"La apa yang kau takut kan.. aku ,aiza,isma kan ada . Kita hadapi semua cabaran tu sama-sama okay.. tak payah takut.. kitaorang semua ada "

" Janji dengan aku korang selalu ada dengan aku waktu kat kem tu okay "

"Iye aku janji erin"

Nisa mengangkat tangannya menyakinkan Erin bahawa dia akan selalu dengan Erin semasa di kem nanti ..

" wei cerita apa wei . Aku ada cerita yang super duper best !"


Aiza yang datang dari arah belakang terus menyergah Erin dan nisa yang sedang berbual..

"Ape yang super duper sangat cerita kau ni"

"Cikgu Afiq antara cikgu yang akan ikut kita pergi kem tu. Kiranya dia macam fasilitator kat sana "

"Uhukk uhukkk ."

Tersedak Erin meneguk air selepas sahaja mendengar bahawa cikgu afiq akan mengikuti mereka ke kem tersebut .

" haiii erin,,tersedak nampak . "

aiza memerli Erin

"Aku rasa ni mesti kakak aku sebut-sebut nama aku ni "

"Tak lah . Aku rasa ni mesti cikgu afiq sebut nama kau ni "

"Tak mungkin lah. Dia bukan tahu nama aku pun . Hihihi"

Erin membalas kata kata aiza sebagai tanda menidakkan perkara itu.

"Apa pula tak tahu. Hari tu masa kau langgar dia lepas kau pergi macam tu je dia tanya la kitaorang "

"Tanya apa ?"

" tanya nama kau la cik Erin Khairish . "

"Yang kau pergi bagitau nama aku tu kenapa ? "

"La dia tanya nama aje . Bukannya nak marah kau . Takut sangat la kau ni Erin"

" Aduhh habis laaa aku .. macam mana kat kem nanti .. macam mana .. takutnya ... ah tarik diri sahaja lah dari aktiviti itu.."

Fikir Erin yang diam memikirkan cara bagaimana dia hendak menarik diri dari kem itu .

"Erin ,,kau jangan ingat aku tak tahu kau dah plan tak nak pergi kem tu kan . "

" hishhhh mana ada . "

"Kau ingat aku tak tahu ke niat suci nan murni kau tu . "

"Ala aiza .. aku takut lah.. aku tak nak terserempak dengan cikgu tu.. malu . "

Perasaan malu masih menebal dalam diri Erin. sikit pon tak terkurang.. .

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now