BAB 34

3K 69 5
                                    


" Hello ,  assalamualaikum . Faiz ,  Faiz masih tak nak balik ke nak ? Faiz okay ke kat sana ? "

"Waalaikumsalam bu . Faiz sihat alhamdulillah .Semuanya okay bu . Ibu jangan risau , anak ibu yang lelaki ni kan dah besar . hehe . "

Terbit suara tertawa di hujung talian . Faiz masih lagi berada di Pulau Langkawi di tempat yang sama Erin berada tapi tidak pula mereka terserempak .Hingga lah hari ke lima Erin disitu dan akan berangkat pulang ke Johor . Faiz masih lagi duduk menghadap pantai .

"Faiz ,  sampai bila nak bawa hati tu nak . Sudah lah nak . Baliklah . Ibu risau tau dengan kamu . Itu kerja kat Office tu pun dah melambak dah . Balik ye sayang . "

"Bu . Faiz harap ibu faham bu . "

"Tapi sampai bila nak . Orang tu pun dah bahagia dengan suami dia . Nanti satu hari nanti tu adalah yang terbaik tu nak . "

"Faiz tahu bu . Faiz cuma nak cari ketenangan bu . Faiz cuba ubat hati Faiz sendiri bu . Tolong bagi anak ibu masa ye . "

"Iye lah kalau dah kamu kata begitu . Ingat nak ,  yang terbaik selalunya datang lambat . "

Faiz menarik nafas panjang dan dilepaskan dengan penuh rasa berat .

"Ye bu ,  Faiz ingat . Terima kasih bu . Ibu Faiz letak dulu ye . Assalamualaikum . "

"Waalaikumsalam."

"Habistu Tasha  kau nak buat apa ? Erin tu dah kahwin dah pun dengan cikgu kesayangan kau . it's over Tasha . "

"Hey siapa cakap ?! Ni Tasha tau . Kalau dulu aku boleh senang - senang dapat kan Hanif . Tak mustahil aku tak boleh dapat cikgu Afiq . "

"Hey Tasha ,  selama ni kalau kau nak buli Erin dulu memang lah aku sokong aku ikut . Tapi kalau kau nak runtuhkan masjid orang yang baru dibina . I don't think it's the best way .  "

"Aku peduli apa . Mia, kau dengar ni eh aku takkan biarkan perempuan tu hidup bahagia dengan cikgu Afiq .Kalau sampai perlu ade pertumpahan darah sekalipun . Aku sanggup . "

"Sha kau ni dah gila ke ape . "

"Memang ! Memang aku dah gila! Aku gilakan cikgu Afiq . Aku tak paham ,  dulu dia layan aku baik je tapi kenapa perempuan tak guna tu yang jadi bini dia . "

"Tasha . kau kena ingat ni semua kerja Allah . Jodoh pertemuan ,  ajal maut semua di tangan tuhan . "

"Ahhhh ! Aku tak peduli . "

Tasha merengus kasar . Air ice chocolate dihadapannya diminum . Sakit benar hati Tasha saat dia mendengar khabar yang musuh nya sedang bahagia dengan pujaan hatinya .

' Tak apa . Sekarang aku bagi kau rasa bahagia . Tapi bukan untuk selamanya . huh . '

"Amirul ! "

Erin yang baru sampai ke Johor terus mengajak suaminya pergi kerumah ayah Erin kerana katanya semua adik - beradiknya berada disana . Bagus ! Dia pun rindukan Amirul dan Darish si kecil anak angah . Amirul yang sudah pandai berjalan itu terus bertatih menuju ke arah Erin. Amirul diangkat dan dipeluk dengan erat . Dia begitu rindu dengan kekasih hatinya itu  .

"Hai dik ,  amboi engkau masuk rumah terus peluk si Amirul ye  . Bagi lah salam dulu . "

"Kenapa kecoh-kecoh ni ? lah Erin rupanya . Balik dah . "

"Ni si bertuah ni . Bagi salam pun tak terus masuk peluk si Amirul ni . "

"Ei along ni mana ada ! Erin dah bagi salam banyak kali kat luar tu . Tak de siapa pun buka pintu   tu yang Erin masuk je . "

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now