BAB 2 [iii]

3.4K 105 1
                                    

Entah mengapa begitu sukar untuk Erin melelapkan matanya malam ni .Entah kenapa perasaan dengan minda nya bagai melayang - layang entah kemana .

" Eh .. kerja sejarah,,matematik,, alamakkkkk .. tak buat lagi. "

Erin bingkas bangun dan terus menyelongkar beg untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah tadi .Ini lah padah kalau membuta waktu petang .

" Siapa tak siap , berdiri ! "

Jeritan cikgu hasnah yang begitu lantang telah memecah kesunyian kelas pagi itu . Serta merta pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan olehnya terus bangun dan berdiri kaku . Mereka bukan apa . Senyap kerana takut dengan cikgu Hasnah . Ya . Dia lah guru mata pelajaran sejarah yang hafal setiap baris , setiap muka surat , setiap bab , setiap tajuk dalam subjek sejarah . Bukan itu sahaja , Malah dia merupakan penanda kertas soalan SPM sejarah . Memang wajar dia bersikap begitu pada pelajar nya yang bakal menduduki SPM yang masih berbaki beberapa bulan sahaja lagi .

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now