BAB 13

3K 100 3
                                    

Waktu sudah menunjukkan jam 12 malam peserta kem sudah lama terlena dibuai mimpi .. aiza yang juga berada di sebelah Erin sudah panjang agaknya cerita mimpinya .. sedangkan Erin sendiri masih tidak dapat melelapkan mata..

" Kenapa lah muka dia selalu je melintasi fikiran aku.. kenapa susah sangat nak buang rasa yang sebegini.rasa yang seolah-olah bermain dengan perasaan sendiri.sungguh ini sangat menyesakkan dada. "

Dalam pada Erin sedang mengelamun akhirnya dia terlena dek kepenatan dan kesejukan malam itu.

"Erin bangun dah pukul empat pagi..nak mandi lagi , lebih baik kita bersiap dulu nanti tak ada lah kita menggelabah . "


Erin terus duduk dan menggosok-gosok matanya. begini lah jika di kem.. kena bangun awal kalau lambat pasti akan dimarah paling teruk jika di denda..

Selepas solat subuh ,,aktiviti pagi itu mereka mulakan dengan berjalan mengelilingi tepian pantai.. kawasan kem ini memang betul - betul berada dihadapan pantai. Erin , aiza , isma dan nisa berpegangan tangan sambil berlari walaupun cuaca ketika itu mulai renyai.


Selepas menikmati sarapan pagi ketua fasilitator telah meniup wisel menyuruh agar peserta kem segera berkumpul mengikut kumpulan .

" selepas ini kita akan meneruskan aktiviti kita yang seterusnya iaitu meredah hutan..kamu akan dibawa masuk kedalam hutan bersama fasilitator-fasilitator. Beberapa orang guru juga akan turut serta didalam aktiviti meredah hutan . Sesiapa yang ada penyakit semput atau apa - apa jenis penyakit kronik adalah tidak dibenarkan sama sekali ."

Erin hanya berdiam .. dia tidak ada penyakit cuma saiz badannya sahaja yang besar tapi alhamdulillah dia masih dikurniakan kesihatan yang baik.


"Tapi tuan,, dalam kem ini ada peserta yang bulat macam bola.. takut dia tergolek je nanti . "

Serentak itu semua peserta tertawa ..Erin melihat cikgu afiq sedang memerhatikan nya ,pantas Erin menunduk kebawah.. Rasa sebal seolah - olah membuatkan Erin mahu saja menumbuk si Tasha.. tapi dia lupakan niat itu..

Sudah hampir tiga puluh minit mereka berjalan di dalam hutan dengan keadaan gerimis dan tanah licin.. Erin duduk mengambil nafas dan mengurut kaki nya yang terseliuh tadi .

"erin kau okay ? "

"Tak apa. Aku okay.. korang pergi dulu. Nanti aku ikut "


"Ishh budak ini mengada pulak .. takkan nak biar kau kat belakang."

"Aiza , nisa , isma ,,awak boleh pergi dahulu.. saya akan teman dia .kami akan susul kemudian.. "

Tiba tiba sahaja cikgu Afiq berpatah balik datang ke arah mereka berempat.

"Tapi cikgu..." aiza menjawab.

" Janganlah tinggalkan aku Aiza. Jangan lah pergi.Aku takut ni. "

Erin merayu pada Aiza didalam hatinya .

"Tak apa .jangan risau ..ini tanggungjawab saya . "

"Baiklah cikgu . Kami pergi dulu . "

Perasaan Erin tak usah digambarkan lagi.. berdebar - debar jantungnya menahan seribu satu perasaan yang selama ini menjadi bayang diri Erin.. tak keruan dia dibuatnya..

"Erin , awak okay? "

"Er.. er... ermm saya okay cikgu . "

"Saya tahu tadi awak terasa dengan apa yang tasha katakan tadi kan. "

"Tak apa cikgu. Saya dah biasa dengan semua ini . "

Ye.. perkara seperti ini Erin rasa seperti angin yang datang berlalu.. ya dia tahu. Mulut manusia memang tidak boleh ditutup ..

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now