BAB 11

3K 94 2
                                    

Mereka bertolak tepat jam 10 pagi.. sepanjang perjalanan Erin hanya memalingkan mukanya ke luar tingkap..

Erin menikmati indahnya kebesaran tuhan..walaupun didalam hati bagai dilanda ombak gelisah dan risau berpanjangan..

" YaAllah .. lindungi aku dari segala yang tidak diingini . "

Erin berbisik didalam hati..akhirnya dia tertidur ...

"Erin .. bangun ,,kita dah sampai . "

Aiza yang berada disebelah Erin mengejutkannya.Erin yang tidur menghadap ke tingkap mulai membuka mata perlahan..

Bagaikan tidak percaya . cikgu Afiq betul-betul berada di sebelah bas yang Erin naiki.. Erin bingkas bangun dan menggosok matanya. ya ! .

Mimpi ngeri sudah menjadi kenyataan.. dia betul-betul berada di kem bina semangat di Mersing tapak kem yang dahulunya merupakan kem PLKN .

" kamu akan makan tengahari dan selepas itu kamu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. Saya akan membenarkan kamu untuk simpan barang-barang kamu di bilik yang di sediakan.. satu bilik hanya ada lapan katil jadi lapan orang sahaja untuk satu bilik . Saya harap kamu semua faham .. Jadi kamu dibenarkan pergi meletakkan beg kamu sekarang . "

Mereka kemudian membawa beg masing - masing dan menuju ke bilik yang disediakan...beg yang berisi baju Erin bawa seperti dia akan berada di situ selama sebulan walaupun kem itu hanya dijalankan selama empat hari tiga malam sahaja..

"Eh teddybear bergerak ni ikut kita pergi kem la .. mesti dalam beg dia penuh dengan makanan kan.. selalunya orang yang macam teddy bear ni makan aja . "

" hahahaha...."

Ilai tawa tasha dan rakannya benar benar membangkitkan rasa sakit di hati Erin .

"Eh tasha .. kalau dia teddy bear sekalipun apa msalah dia dengan kau.. kau bagi dia makan ke ? Kau yang suap dia ke ? "

Suara aiza lantang mempertahankan Erin. Erin menunduk dan terus berjalan masuk ke dalam bilik .

Rasa kesal dengan apa yang tasha katakan tadi.. jatuh juga airmata jernih yang lama Erin pertahankan ..

"Erin.. jangan nangis lagi .. pandang aku.. nak nangis boleh.. tapi biar kita nangis kerana Allah.. Jangan kita nangis kerana manusia , Erin , mulut manusia memang tidak boleh ditutup..kau sabar je lah dengan perangai dia. Kita doakan supaya satu hari nanti hati dia terbuka nak berubah . "

" Tapi aku manusia biasa aiza.. aku pun ada perasaan . Kesabaran aku pun ada hadnya . "

Airmata Erin laju membasahi pipi . Terlalu kesal dengan apa yang tasha katakan..

"Dah tak perlu menangis pasal dia yang langsung tak ada perasaan . "

Aiza mengusap airmata aku yang membasahi pipi dari tadi..

"Aaminnnn . "

usai solat zohor Erin melipat telekung dan terus mengajak aiza,nisa dan isma bergegas menuju ke dewan makan kem itu untuk menikmati makan tengahari ..

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now