Bab 16

2.9K 100 5
                                    

"Erin . . Erin bangun . Cikgu dah sampai ni . "

Erin membuka mata saat aiza menyiku - nyiku badan nya . Setelah dia membuka mata jantung Erin seolah berdegup kencang . Satu perasaan timbul hingga menyesakkan dada seolah - olah tidak memberikan dia peluang untuk bernafas .

Keadaan Erin terasa lebih baik dari tadi..

Ahh kenapa kena ada dia. Kenapa dia yang selalu buat hati aku tak tentu arah . Bencinya rasa bila saat yang sebegini hadir . Seolah - olah ombak yang tiba - tiba datang menerpa dan melemaskan aku .

Sungguh aku tak mengerti.. aku tidak mahu mempunyai sebarang perasaan seperti ini ..

Ya ! Sebab dia cikgu dan aku pelajar . Aku cuba buang segala perasaan ini . Dia terlalu sempurna.. dan aku memang tidak layak untuk mempunyai sebarang perasaan terhadap dia apatah lagi hasrat ingin menjadi seseorang yang teristimewa di hatinya .

" Weh berangan ke ? . Tu buah hati kau tu kat depan . "

Usikan aiza mengejutkan aku dari lamunan .

"Baiklah . Cikgu bahasa melayu awak ada kursus selama seminggu dan saya adalah guru relief yang akan menggantikan buat sementara waktu dan mengajar di kelas awak . Awak boleh buat kerja masing masing untuk hari pertama saya masuk ni ya . "

Erin melihat cikgu Afiq terus mengambil tempat di meja guru.

Sudah lah meja kumpulannya berada betul - betul dihadapan meja guru .

Ini kan pula nak mengadap muka dia selama satu jam .

" Ah ! Hati , kenapa kau tak pernah berhenti bagi debaran macam ini . Tak penat kah kau " aku bertanya sendiri pada hati aku y tal pernah berhenti buat aku rasa berdebar .

" Cikgu , cikgu ambil bidang apa ? "

Erin hanya memandang Aiza yang sedang mengajukan soalan kepada cikgu Afiq .

"Saya ambil bidang bahasa melayu ."

Cikgu Afiq hanya sekadar memberikan jawapan ringkas sahaja .

Aiza dan rakan sekelas Erin yang lain terus bertanya pelbagai soalan .

Dan baru mereka tahu cikgu Afiq baru berumur 23 tahun dan belum berkahwin dan juga bertunang..

Tahu sajalah soalan seperti ini selalu ditanya dari pelajar perempuan .

Erin terus meletakkan kepala yang mulai terasa sakit kembali sambil memaling kan muka ke arah depan , ke meja cikgu Afiq dan hanya melihat cikgu afiq yang sedang menjawab soalan soalan yang ditujukan dari mereka .

Dan tiba tiba...

"Erin ,awak sihat ? Kenapa saya tengok awak hari ini macam tak sihat je ."

Erin terkejut mendengar soalan cikgu Afiq dan pantas dia terus mengangkat muka .

" Tak lah. Saya okay je . Cuma tadi rasa tak sihat . "

Sekali lagi Erin menguntum senyum . Walhal dalam hati nya semakin hebat memberikan debaran . Erin menyentuh pipi nya yang terasa panas membahang dek rasa malu .

" ala erin ni memang begitu . Degil tak mahu dengar kata . "

Aiza terus merungut dan mengadu kepada cikgu Afiq .

"Erin,kalau awak tak sihat awak kena rehat kat rumah ni . "

"Tak pe cikgu ,saya sihat ni. Okay sikit dari tadi . Saya okay cikgu . "

"Baiklah kalau begitu . Kalau ada apa - apa bagitahu saya ye . "

Cikgu Afiq mulai munujukkan kerisauannya terhadap Erin .

Erin terus meletakkan semula kepala nya di atas meja tetapi kali ini dia menghadap ke arah lain agar tidak terus melihat wajah nya..

"Erin bangun lah cikgu dah nak keluar ni . Kau ni masa ni lah kau nak pura - pura tidur . Sepatutnya masa ni lah boleh tatap muka cikgu puas - puas . "

kejutan aiza membangunkan Erin yang hampir terlena..
Erin lihat cikgu Afiq sempat mengerling ke arahnya saat dia melangkah keluar dari kelas ..

"Ah, tak mungkin dia pandang aku.. kuat sangat perasan la kau ni Erin ."

Erin merungut di dalam hati ..

"Ah sudah ,berangan je kerja kawan aku ni . Erin , jomlah rehat. Kau ni dari cikgu Afiq masuk tadi sampai sekarang ni kau asyik termenung je . Ini nak rehat pun kau termenung dalam kelas. Jomlah keluar . Aku nak makan ni. Dah kebulur dah ni ."

"Yela yela . Jom lah pergi kantin .. ini macam kurus kering pun kuat makan mengalahkan aku ."

"He he aku lapar lah.. "

Aiza hanya mencebikkan bibirnya meraih simpati .

Erin tersenyum melihat gelagat Aiza yang tergopoh - gapah ingin ke kantin .

Tapi Dia Cikgu Aku Where stories live. Discover now