BAB 35

3.6K 115 2
                                    

"ABANG!",

Qasrina segera berlari ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri berdekatan dengan tempat duduknya.Lelaki itu sedang leka memandang telefon bimbitnya sehingga tidak sedar dengan kehadirannya.

Bertapa bahagianya dia rasa sekarang ini.Memang sukar dipercayai yang suaminya yang disangka sudah pergi meninggalkan dia dan Raisha,kini sedang berdiri di hadapannya.Ya Allah,dia terlalu rindu pada lelaki itu! Rindu yang teramat sangat!

" Abang!", Qasrina segera memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.Air mata kegembiraan jatuh bercucuran di wajahnya.Seketika dia mengangkat wajah memandang lelaki itu.Dia tersenyum.

"Abang.. Rina rindukan abang sangat-sangat.Abang pergi mana? I miss you so much", kemudian dia kembali memeluk lelaki itu.Jika boleh,dia tidak mahu lepaskan suaminya lagi.Dia sudah tidak mahu kehilangan lelaki itu.Cukup sekali dia kehilangan,dia tidak akan kehilangan buat kali kedua lagi.

"Err.. Awak siapa?", soal lelaki itu lalu pelukan Qasrina dilepaskan dan dia menjauh beberapa langkah ke belakang.Terkejut dia tadi apabila gadis itu tiba-tiba sahaja memeluknya.

Serta merta senyuman Qasrina mati.Kalau tadi dia rasa kakinya lemah,sekarang ini dia rasa mahu pitam.Apa maksud Rayyan? Apa maksud suaminya itu? Dia sekadar bermain kan?

"Abang.. Ni Rina lah,isteri abang.Abang tak ingat ke?",

Lelaki di hadapannya mengerutkan dahi."Rina? Sorry tapi saya rasa puan dah salah orang ni.Saya bukan suami puan", kata lelaki itu lembut dengan sebuah senyuman kecil.

"Hah? Mustahil..", Qasrina tidak mampu berkata apa.Mustahil lelaki di hadapannya ini bukan Rayyan Zhafrin.Mukanya lelaki itu memang sama seperti suaminya.Bagaimana pula bukan orang yang sama?

"Awak bukan.. Rayyan Zhafrin?",

" Bukan..Nama saya Ian Ridz", sekali Ian tersenyum.

Hancur berkecai hati Qasrina.Hampir separuh mati dia fikir yang lelaki di hadapanya itu Rayyan.Tapi ternyata.. Hanya orang yang muka mirip seperti suaminya.

"Eh,kenapa awak menangis? Saya minta maaf,saya ada tersalah cakap ke tadi?", Ian jadi panik bila tiba-tiba saja gadis di hadapannya itu menangis.

"Tak..  Awak.. Awak tak buat salah pun.Maaflah saya terpeluk awak tadi.Saya ingatkan awak suami saya sebab muka awak dengan dia sama", Qasrina cuba untuk menguatkan semangatnya.Sudahlah dia tidak jumpa Rayyan,lepastu terjumpa pula dengan lelaki yang mirip dengan wajah suaminya.

"Oh,maaflah kalau saya tanya tapi mama suami awak? Kenapa awak cari sampai ke sini?",

"Suami saya..hilang.Dah dua bulan dah,tapi saya masih tak jumpa dia",

" Oh,saya bersimpati",

"Sayang..", satu suara asing menganggu perbualan Ian dan Qasrina.Pemilik suara itu adalah seorang gadis yang sungguh jelita.

" Siapa ni?", soal gadis itu lembut pada suaminya,Ian.

"Oh,ni Rina.Dia tersalah orang tadi.Dia ingatkan abang ni suami dia", jelas Ian pada isterinya.Tadi sementara isterinya itu membeli barang di kedai berdekatan,dia tunggu sebentar di sini.

"Hai,Rina", gadis itu menegur Qasrina yang sedari tadi memerhati mereka berdua.

"Hai.. Saya minta maaf sebab saya ingat suami awak ni suami saya",

"Eh,tak apa.Okaylah,kitorang pergi dulu ye? Nice to meet you", ujar gadis itu sebelum dia pergi bersama Ian sambil berpegang tangan.

Bila dilihat Ian dan isterinya,dia teringat pula pada Rayyan.Dulu sewaktu mereka bersama,Rayyan selalu memegang tangannya bila keluar ke mana-mana saja.Kata Rayyan,dia takut akan kehilangannya bila berada di tempat yang ramai orang.

Losing You,Mr Add Math!✔Where stories live. Discover now