BAB 34

9.2K 135 20
                                    

SAMPAI sahaja kakinya di bilik hotel,Qasrina laju membuka laptop Apple nya yang dibawa bersama.Hatinya melonjak ingin tahu tentang isi kandungan USB yang diberikan boleh Sufi tempoh hari.

Dengan penuh debaran,dia menanti sehingga skrin laptopnya menyala.Perlahan-lahan muncul wajah seseorang di skrin laptop itu.Seseorang yang amat dia rindui selama ini,seseorang yang sentiasa ada bersamanya di saat susah dan senang.Ternyata di dalam USB itu terkandung sebuah video yang dirakam oleh suaminya,Rayyan Zhafrin.Ketika itu suaminya nampak sangat kacak memakai baju kemeja lengan panjang warna biru muda dan topi di kepalanya.Sungguh dia merindui lelaki itu.

Tanpa membuang masa,laju sahaja tangannya menekan butang 'play' di skrin laptopnya dan video itu mula dimainkan.

"Hai sayang.. Sayang rindu abang tak? Abang rindukan sayang sangat-sangat sekarang ni tau.Abang tahu bila video ni dah sampai ke tangan sayang,
bermakna sayang dah tahu perkara sebenar,kan? Abang minta maaf,abang tiada niat nak sorokkan perkara tu dari sayang.Abang terpaksa berbohong pada sayang sebab abang tak nak sayang risaukan tentang abang",

Rayyan menghentikan kata-katanya buat seketika sebelum sekali lagi dengan senyuman dia meneruskan kata-kata.

" Okay,abang tak nak buat sayang sedih sebab abang tahu sayang tengah sedih.Jadi abang dah siapkan surprise untuk sayang.Harini abang akan nyanyikan satu lagu untuk sayang dan abang nak lagu ni sayang akan ingat sampai bila-bila,okay?", Rayyan mengerdipkan matanya sebelum tangannya memetik gitar yang sudah lama berada di tangannya.

"Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang telah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang telah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati.."

"Mengenali sayang merupakan satu-satunya kenangan yang terindah dalam hidup abang,apatah lagi dapat memiliki hati sayang yang keras macam batu tu.Segala kenangan pahit dan manis yang kita lalui bersama selama hampir setahun perkhawinan kita,abang takkan pernah lupakan.Memori tu akan terus tersemat dalam ingatan abang",

Losing You,Mr Add Math!✔Where stories live. Discover now