EPILOG

4.3K 137 11
                                    

"ALHAMDULILLAH,selesai juga semuanya", ujar Puan Fiza sebaik sahaja majlis kesyukuran selesai dijalankan.Majlis kesyukuran ini bertujuan untuk menyambut kepulangan anak keduanya setelah beberapa bulan menghilang.Alangkah gembiranya tadi bila Qasrina dan Rayyan tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu rumahnya.Tak pasal-pasal dia dan Rayyan berpelukan dengan ditemani air mata.

"Haih,angah ni selalu sangat tau buat kitorang ni risau.Kenapa rahsiakan pasal penyakit angah tu dari kitorang semua?", Raizul menyoal ketika satu keluarganya berkumpul di ruang tamu.Rayyan yang sedang duduk di sebelah Qasrina sambil mendukung Raisha,hanya tersenyum kecil.

"Entah angah ni.. sepatutnya benda penting macam tu kenalah bagitahu kitorang.Ini tidak,suka sangat berahsia", sampuk Raihan yang menyokong abang sulungnya.

"Alah.. angah bukannya sengaja pun rahsiakan benda macam ni.Masa tu angah buntu.Tak tahu nak buat apa bila dapat tahu tentang penyakit ni", terang Rayyan.

" Kalau angah bagitahu kitorang awal-awal,boleh lah kitorang cari doktor pakar ke apa ke.. ini dah last minute baru nak buat pembedahan,kalau apa-apa jadi masa pembedahan tu macam mana?", Puan Fiza pula bersuara.

"Angah minta maaf.Angah cuma nak jaga hati semua je.Angah tak nak semua bersedih bila dapat tahu tentang ni",

"Angah tahu tak kitorang lagi sedih bila angah buat macam ni?", Puan Fiza menjawab.

" Betul tu.Orang yang paling sedih sekali bila dapat tahu benda ni,tu hah.. isteri kesayangan angah tu.Kesian dia tau", Raihan menunjuk ke arah Qasrina di sebelah Raihan yang sedari tadi mendiamkan diri.

Rayyan memandang Qasrina sambil tersenyum.

"Angah tahu tak,dia menangis macam tak ingat dunia tau bila dapat tahu pasal ni.Sampai dia jatuh terduduk dan sanggup flight terus ke London bila dapat tahu angah ada dekat sana",

" Isy.. apa awak ni? Tak payahlah cerita dekat orang", Qasrina bersuara.
Bertuah betul Raihan ni.Tak pasal-pasal semua orang memandangnya sambil tersengih.

Rayyan tergelak."Iya ke? sayang menangis sebab abang ye?",

"Eh,mana ada.Iyan ni pandai-pandai buat cerita", Qasrina menafikan.
Eh,kau gila nak mengaku yang dia pernah menangis sampai hampir kering air matanya? malu lah dia.

" Eh,saya mereka cerita? habis yang masa kat taman tu awak sampai..",

"Raihan!", Qasrina segera menghalang adik iparnya dengan mencampakkan sebiji bantal pada lelaki itu.Tapi Raihan lagi cekap menangkap bantal tersebut.

Semua yang berada di ruang tamu itu ketawa melihat Qasrina yang sudah kemerah-merahan mukanya menahan malu.

DI DALAM BILIK,Rayyan sedang bermain dengan Raisha di atas katil.Dia mengagah dan mencium anaknya itu beberapa kali.Rindunya dia pada anak kecil itu.Berbulan-bulan mereka tidak berjumpa.Rindu dia pada tangisan Raisha.Sangkanya dia tidak akan berpeluang lagi untuk merasai semua ini,tapi perancangan Allah untuknya tidak berhenti di situ.

" Raisha rindu papa tak? Lama papa tak cium Raisha ni", kata Rayyan sambil mencium pipi gebu Raisha.

Qasrina yang baru keluar dari bilik air hanya memerhati suami dan anaknya di sebalik dinding.Dia tersenyum melihat gelagat dua orang insan itu.Raisha seperti tahu yang ayahnya sudah kembali,buktinya apa sahaja yang Rayyan lakukan padanya,pasti dia tersenyum.Tadi sewaktu Lia cuba untuk mendukungnya pun dia tidak mahu.Tapi bila Rayyan menghulurkan tangan,laju sahaja dia membalas.Siap senyum lagi!

Dia kemudiannya melangkah mendekati katil tersebut.

"Dah lama Raisha tak jumpa abang.Mesti dia rindu dekat abang tu", ujar Qasrina sambil duduk di sebelah Rayyan.

Losing You,Mr Add Math!✔Where stories live. Discover now