"ADA apa kau nak jumpa aku ni?", soal seorang lelaki yang segak memakai kemeja hitam lengan panjang dan dilipat sehingga ke paras siku.
"Aku nak cakap sikit", jawab lelaki yang duduk di hadapan lelaki tadi sambil bermain dengan penyedut minuman di dalam gelas di hadapannya.
"Apa dia? ada apa-apa masalah ke?", soal lelaki di hadapannya dengan wajah cemas dan ingin tahu.
" Sebelum tu.. aku nak tanya.Alya tak ada kat sini kan?",
"Tak ada.Dia ada kerja kat luar negeri for a few days.Apahalnya ni?",
" Sebenarnya.. aku nak kenalkan kau dengan seorang perempuan ni.Dia..", belum sempat Doktor Iskandar ingin menghabiskan ayatnya,dia dipotong oleh lelaki itu.
"Perempuan? nak buat apa pula kau kenalkan aku pada dia ni? kau nak jadi match maker kitorang ke apa?", lelaki itu tergelak mendengar kata-kata sahabatnya itu tadi.
Doktor Iskandar tersenyum kelat.Macam mana dia nak bagitahu hal sebenar sedangkan dia sendiri gementar dengan apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
" Sebenarnya.. perempuan tu..", Doktor Iskandar menoktahkan ayat bila dia terpandangkan susuk tubuh yang sangat dia kenali.Dia tersenyum dahulu.
"Assalamualaikum", sapa Qasrina.Dia tersenyum kelat buat Doktor Iskandar tanpa dia sedar ada seorang lagi makhluk Allah yang berada di meja itu.
"Waalaikumussalam.Rina,err.. ni Ian", Doktor Iskandar berdiri sambil memperkenalkan lelaki di hadapannya tadi pada Qasrina.
Ian Ridz mengangkat wajah dan mereka berdua saling terkejut melihat satu sama lain sebelum Ian tersenyum manis."Hai Rina.. awak buat apa dekat sini? awak kawan Doktor Iskandar ke?",
"Tak adalah.Saya datang sini sebab nak jumpa dengan Doktor Iskandar.
Awak buat apa dekat sini?", soal Qasrina ramah."Doktor Iskandar ni kawan saya.Entah tiba-tiba je dia nak jumpa saya kat sini.Katanya dia nak kenalkan saya dengan seorang perempuan mana entah", terang Ian Ridz sambil menjeling tanda protes pada Doktor Iskandar yang hanya membatukan diri.
Qasrina terdiam.Kejap.. Bukan ke Doktor Iskandar nak temukan dia dengan Rayyan,lepastu pula Ian kata..
Takkanlah...
Qasrina segera memandang Doktor Iskandar dengan muka yang tidak percaya.Lama mereka berpandangan
dan seperti faham dengan pandangan
gadis itu,Doktor Iskandar mengangguk pada Qasrina dan membuatkan gadis itu hampir terjelopok di atas lantai."Apahal kau orang pandang-pandang ni?", soal Ian Ridz hairan.Dari dua makhluk di hadapannya ini asyik pandang antara satu sama lain,tak sedarkah dia pun bernyawa juga di situ?
"Ian,sebenarnya.. Qasrina ni.. dia ni..",
Tanpa menunggu ayat Doktor Iskandar,Qasrina segera memeluk tubuh Ian Ridz dengan erat.Air matanya juga turut sama jatuh."Abang!",
Ian Ridz yang terkejut dengan tindakan gadis di hadapannya itu dab segera menolak kuat tubuh Qasrina sampaikan gadis itu hampir sahaja terjatuh.Mujur dia ditahan oleh Doktor Iskandar.
" Apa awak buat ni?",
"Awak suami saya!",
"Hah?", Ian Ridz terlopong.Dia memandang Doktor Iskandar dan lelaki itu mengangguk perlahan.Dia bertambah keliru.
"Is,apa jadi ni? bila.. bila pula aku kahwin dengan dia?",
"Awak suami saya.Awak amnesia lepas buat pembedahan dan awak tak ingat saya tapi saya isteri awak.Awak bukan Ian Ridz tapi awak Rayyan Zhafrin!", Qasrina memeluk Rayyan sekali lagi namun dia masih ditolak.
YOU ARE READING
Losing You,Mr Add Math!✔
Teen Fiction# Cerita yg sama utk Losing You Mr Add Math by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 34) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..