BAB 39

3.6K 118 0
                                    

BEBERAPA HARI KEMUDIAN..

Hampir seminggu berlalu,namun ingatan Rayyan masih tidak berubah walaupun sedikit.Langsung dia tidak mengingati apa-apa tentang dirinya,bahkan kenangan yang berkaitan dengan mereka.Jika itu pun Rayyan tidak ingat,apatah lagi Raisha.

Bukan dia tidak mencuba untuk membantu lelaki itu,namun setiap kali dia mencuba,percubaannya menemui jalan buntu.Kadangkala dia sampai menangis sendirian bila Rayyan seperti tiada perasaan sahaja bila dia bercerita tentang detik perkenalan mereka.Sesekali lelaki itu akan menukar topik perbualan mereka.Nampak sangat yang Rayyan tidak mahu ambil tahu tentang ini.

Tapi kenapa? Dia masih tidak percaya yang dirinya ini isterinya? Kenapa susah sangat untuk lelaki itu percaya? Dia bukan mereka cerita sama sekali,dia cakap benda yang betul.

Pagi itu,Qasrina bersiap awal untuk berjumpa dengan Rayyan.Memang itu rutin mereka,walaupun dia tahu yang Rayyan terpaksa berjumpa dengannya setiap hari.Dia boleh nampak dari riak wajah lelaki itu yang memandangnya mahu atau tidak.Kadangkala bila dia sedang bercakap dengan Rayyan,lelaki itu langsung tidak memandangnya.
Sungguh dia terasa hati dengan layanan suaminya.

Qasrina melangkah perlahan turun dari perut teksi yang membawanya dari hotel ke taman yang menjadi tempat pertemuan dia dengan Rayyan.Selepas selesai membuat pembayaran,dia memeriksa telefon bimbitnya di bahu jalan.
Kebiasaannya dia akan menelefon Rayyan untuk memberitahu ketibaannya.

Baru sahaja dia ingin membuat panggilan,dia nampak ada sebuah kenderaan berwarna hitam tiba-tiba sahaja muncul di hadapannya dengan kelajuan yang tinggi.Qasrina hanya memandang kereta itu lama tanpa menyedari kereta itu sedang menuju ke arahnya.Dia tidak tahu apa-apa melainkan dia terdengar bunyi hon kereta yang agak kuat di sebelahnya.
Malangnya dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa.Mungkin kerana dia terlalu terkejut dengan situasi itu.

Apa yang pasti,dia dapat merasakan dirinya tiba-tiba sahaja seperti ditarik kuat ke belakang sehingga telefon bimbitnya terlepas di atas jalan tar.

"Hei!! kau tak nampak ke kereta tu laju? Apahal masih lagi tercegat dekat tepi jalan ni? Sibuk main telefon,kalau kena langgar tadi tak ke mati?!", marah Rayyan kepada Qasrina di dalam pelukannya.Sakit betul hati dia tadi.Nasib baik dia berada di kedai yang berhampiran dengan tempat Qasrina berdiri,bila dia nampak ada kereta yang laju menuju ke arah Qasrina,terus dia menarik gadis itu.

Qasrina tergamam.Bukan kerana dia dimarahi oleh Rayyan.Tapi kerana sekarang ini dia sedang berada di dalam pelukan Rayyan! Ye suaminya.

Qasrina tidak membalas,sebaliknya dia merenung mata coklat hazel milik Rayyan dan begitu juga dengan lelaki itu.Mereka membalas pandangan buat seketika sebelum Rayyan tersedar.Laju sahaja dia menolak tubuh Qasrina menjauhinya.

"Nasib baik aku ada tadi.Kalau tak? Kau ni menyusahkan orang lah! Dah lah.. jom", tegas Rayyan sebelum menarik tangan Qasrina dan di bawa ke tempat pertemuan mereka.

"AWAK,saya minta maaf sebab tadi.Saya tak perasan yang kereta tu..",

"Aku dah tak tahan", Kata-kata Qasrina dipotong laju oleh Rayyan.Qasrina mengangkat sebelah keningnya.

"Awak tak tahan?",

"Aku dah tak tahan dengan semua ni.Hei.. kau tak penat ke? Hampir seminggu kau jumpa aku,kau bercerita itu dan ini pasal kita tapi satu benda pun aku tak ingat.Kau tak rasa bosan?", soal Rayyan yang sedang berdiri sambil memeluk tubuh di hadapan Qasrina.

Qasrina memaksa dirinya untuk tersenyum sebelum dia menggeleng." Saya tak rasa bosan pun.Apatah lagi penat.Awak,saya ikhlas buat semua ni.Saya nak tolong awak pulihkan semula ingatan awak tu", tenang dia bercakap.

"Tolong? tapi apa hasil dari pertolongan kau? Ada nampak perubahan?", Rayyan menyoal dengan senyuman sinis.

"Mungkin belum ada apa-apa perubahan lagi.Tapi saya percaya satu hari nanti,awak akan ingat segalanya",

Rayyan ketawa kecil."Satu hari nanti? bila? Sepuluh tahun lagi? Rina,
sudahlah tu.Berhenti dari mengharap.Terima je lah semua ni.Walau selama mana sekali pun kau cuba,aku akan tetap macam ni.Langsung tak ingat siapa kau",

"Tak! saya percaya awak ingat saya.Cuma awak belum boleh terima saya,betul tak?",

"Apa kau merepek? Macam ni lah.. lebih baik kau balik je Malaysia,kau jumpa anak kau.Lagipun dah lama sangat kau duduk sini kan? Kau cakap je dengan family kau dekat sana,Rayyan Zhafrin dan meninggal",

Terlopong mulut Qasrina mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu." Apa awak cakap ni? Awak tu Rayyan Zhafrin,kenapa saya perlu cakap awak dah mati? Apa yang saya dapat kalau saya besarkan Raisha,tanpa ayah dia yang masih lagi hidup,tapi tak mengaku yang dia tu anak sendiri", Qasrina sudah berdiri menghadap Rayyan.

"Habis kau nak aku buat apa? Aku tak ingat kau! aku tak ingat anak kau! akau tak ingat sesiapa pun.Macam mana aku boleh kenal kau,macam mana aku boleh kahwin dengan kau,semua tu aku langsung tak ingat! Macam mana aku nak teruskan hidup dengan orang yang aku tak kenal?",

" Awak boleh! saya percaya awak boleh ingat saya,Raisha dan semua keluarga awak.Awak kena yakin pada diri awak",

"Tak! aku tak boleh! Tolonglah.. jangan paksa aku dengan semua ni lagi.Kalau betul kau isteri aku dan aku suami kau,kau mesti faham perasaan aku kan? aku dah tak mampu nak hadapi semua ni lagi", Qasrina memandang Rayyan dengan mata berkaca tanpa memberi jawapan.

"Rina,aku bagi kau masa sampai esok.Aku akan.. aku akan ceraikan kau kalau setuju.Tapi aku harap sangat kau setuju sebab aku dah tak sanggup lagi nak berterusan berpura-pura jadi orang yang aku tak kenal.Ye aku tahu Rayyan tu aku tapi diri dia tak ada dalam diri aku.Tolonglah..",

Qasrina diam seribu bahasa.Apa perlu dia lakukan? Setuju untuk dilepaskan walaupun dia masih cinta separuh mati? atau pertahankan rumah tangga ini sedangkan ada hati yang tidak rela? Ya Allah.. sekali lagi dia terpaksa membuat pilihan berat yang akan mengubah jalan hidupnya nanti.

RAYYAN menghempaskan dirinya di atas katil di dalam bilik.Alya tiada di rumah hari ni.Kata isterinya itu di akan pulang lambat.Lagipun dia sudah terbiasa begini jadi tiada apa sangatlah jika dia makan dan tidur seorang diri malam ini.

Siling di dalam bilik itu ditenung lama.Betul ke keputusan yang dia buat? Dia akan melepaskan Qasrina? Memang dia langsung tidak mengingati apa-apa berkaitan dengan kehidupannya sembilan tahun ini.Jika benar Qasrina itu isterinya yang sah sekalipun,bayangkanlah bagaimana dia akan hidup jika dia tinggal bersama dengan orang yang dia tidak kenal? Takkan dia perlu berpura-pura menjadi Rayyan Zhafrin pula? Hati manusia tidak boleh dipaksa.

Dia sudah fikir tentang hal ini.Dia tidak mahu jika dia meneruskan hidup sebagai Rayyan Zhafrin,nanti hati Qasrina akan terluka menerima diri suaminya yang baru ini.Raisha juga,jika selama ini anak kecil itu sering mendapat belaian seorang bapanya yang bergelar Rayyan Zhafrin,bagaimana pula jika dia sebagai Ian Ridz?

Argh.. sungguh dia pening memikirkan semua ini.Jadi jalan yang dia ada sekarang,dia perlu melepaskan Qasrina supaya gadis itu bebas mencari kebahagiaannya sendiri.

Sedang Rayyan asyik merenung siling,pandangannya tiba-tiba tertumpu pada sebuah kotak yang berada di dalam almari pakaian yang sedang terbuka di hadapannya.Dia merenung kotak itu lama.Tak pernah nampak pula kotak tu sebelum ni.

Tanpa keraguan,dia melangkah mendekati kotak itu.Keadaan kotak itu seperti disorok sahaja memandangkan kotak berwarna hitam itu telah ditindih oleh pakaian-pakaiannya yang dilipat.Mujur kotak itu terkeluar sedikit dari pakaian-pakaian yang ditindih dan membolehkan dia melihatnya.

Tanpa menunggu,dia membuka isi kotak tersebut dan terdapat beberapa keping gambar dan surat di dalamnya.Rayyan diam tidak mengerti.Gambar dan surat itu dilihat dengan lebih terperinci.

*Second last chapter,guys!! next chapter is final!!!

Losing You,Mr Add Math!✔Where stories live. Discover now