RAYYAN mengeluh perlahan.Hampir 15 minit dia berada di taman ini bersama Qasrina.Tapi satu benda pun mereka tidak bualkan.Dia sudah mereput tahu tak ada kat sini?
Kalau ikutkan hati,tak kuasa dia nak datang berjumpa dengan gadis itu tapi disebabkan dia dipaksa oleh Doktor Iskandar,apa boleh buat?
"Sebenarnya ada apa ye kau nak jumpa aku ni? kalau setakat nak duduk diam je dekat sini,baik aku balik", ujar Rayyan mendatar.Ye.. memang dia sudah menukar panggilan dari 'awak dan saya' kepada 'aku dan kau'.Kenapa? sebabnya dia tidak boleh terima gadis di hadapannya ini yang kononnya mengaku sebagai isterinya.Maaflah jika dia bersikap kejam,cuma dia tidak dapat menerima kebenaran.
"Nanti.. Rina nak jumpa abang ni sebab Rina nak tolong abang",
"Kau nak tolong aku apa?", soal Rayyan dengan kening terangkat.
Perempuan ni pelik-pelik lah."Rina nak tolong abang pulihkan balik ingatan abang", Qasrina tersenyum.
Sebenarnya lebih kepada mencuba untuk tersenyum.Mustahil dia dapat tersenyum senang sekarang ini.Ye.. memang suami yang dicintainya berada di hadapannya sekarang ini tapi apa gunanya jika lelaki itu langsung tidak ingat apa-apa?" Rina nak abang ingat balik segala tentang kita", ujar Qasrina sambil menyentuh lembut tangan Rayyan namun belum pun sampai lima saat tangannya di situ,Rayyan terlebih dahulu menarik tangannya.
"Okay fine! aku tak kisah kalau kau nak pulihkan ingatan aku ke apa ke.Suka hati kau lah.Tapi jangan sentuh aku boleh tak?", tegas Rayyan.Tak selesa betul bila ada perempuan yang langsung dia tidak kenal tiba-tiba sahaja menyentuhnya.
Kalau betul Qasrina tu isterinya tak apalah juga,manalah tahu salah,tak pasal-pasal dapat dosa.Hati Qasrina terguris mendengar kata-kata dari Rayyan,namun dia tetap gagahkan dirinya untuk tersenyum."Okay,Rina tak pegang abang",
"Hm.. lagi satu.Boleh tak berhenti dari panggil aku 'abang'? aku gelilah macam ni.Lagipun aku tak biasa orang luar panggil aku dengan panggilan tu",
" Tapi..",
"Kalau kau nak tolong aku,ikut je apa yang aku suruh.Faham?",
Lambat-lambat Qasrina mengangguk.
Orang luar? Perkataan itu membuatkan hatinya dihiris nipis.Kalau ikut hati,mahu saja dia menangis sekarang ini."Aba.. maksud saya,awak tahu tak dulu awak pernah jadi cikgu?", Qasrina memulakan misinya untuk memulihkan kembali ingatan Rayyan.Walaupun suaminya itu nampak tidak berminat,tapi dia akan tetap teruskan.
Rayyan memandangnya hairan."Cikgu? aku pernah jadi cikgu ke sebelum ni?",
Qasrina mengangguk."Awak pernah jadi cikgu Add Math dekat sekolah saya.Dari situlah saya mula cintakan awak dan awak pun sama.Banyak perkara yang kita lalui bersama dalam sekolah tu.Ada suka dan ada juga duka", dia tersenyum sendiri bila mengingat kembali memori lama mereka bersama suatu ketika dahulu.
Rayyan diam.Okay dia tak ingat satu benda pun.
"Oh ya,kita pun dulu berjiran.Mak awak rapat dengan mak saya.Kadang-kadang kita selalu keluar dan pergi sekolah sama-sama", Qasrina masih bercerita dan Rayyan masih setia menjadi pendengar walaupun satu daripada memori itu pun dia langsung tidak ingat.
"Lepas saya habis sekolah,kita terpisah dan saya dapat tahu awak nak kahwin.Rupanya saya salah faham tapi masa tu saya dah buat keputusan untuk berkahwin dengan adik awak.Jadi saya..",
" Kejap! adik? aku ada adik ke?", soal Rayyan sedikit terkejut.Mustahil dia ada adik sedangkan Alya kata dia anak tunggal.
"Ada.Awak ada tiga orang adik beradik.Awak ada seorang abang,awak anak kedua dan awak ada seorang adik lelaki.Awak tak ingat?", soal Qasrina.Tak pelik pun jika Rayyan tidak ingat ahli keluarganya kerana Doktor Iskandar kata,kebanyakan ingatannya yang hilang adalah berkaitan dengan orang yang paling dia sayang.
YOU ARE READING
Losing You,Mr Add Math!✔
Teen Fiction# Cerita yg sama utk Losing You Mr Add Math by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 34) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..