*Bab 1*

17.9K 396 5
                                    

"ASSALAMUALAIKUM.. haa, Ril.. mak dan adik-adik dah sampai dah ni.."

"Waalaikumussalam, dah? ok.. Ayah tak ikut sekali ke mak?"

"Ayah kamu besok baru sampai.. ni haa, alamat rumah kamu nama apa..?"

"Ohh, ok.. Jalan Hokai, nombor rumah 2911.."

"Ok, nanti mak bagitau driver cab suruh gi sana.."

"Ok mak, kalau ada apa-apa call Ril, kunci ada Ril tinggal dengan jiran sebelah, rumah nombor 2811.. Assalamualaikum.."

"Baiklah.. Waalaikumussalam.."

Panggilan ditamatkan.

"So? Along cakap apa?"

"Dia suruh kita gi Jalan Hokai, nombor rumah 2911"..

Nur Lidya Huraisha mengangguk dan memberitahu arah tujuan mereka kepada pakcik driver cab.

******
"Ngah.. bangun, kita dah sampai ni.." gerak Nur Liana Humaira, adik bongsu Lidya berumur 15 tahun.

Intan menggosok-gosok matanya. Terkebil-kebil matanya memandang persekitaran di kawasan perumahan itu. 'Hmm, boleh tahan kawasan ni..' komen hatinya.

"Raisha, tak nak keluar ke ?" panggil Puan Hana hingga membuat Lidya tersentak di dalam teksi. Hanya ahli keluarganya yang memanggil Lidya dengan panggilan itu. Yang lain akan memanggilnya Lidya.

Lidya mengeliat kecil sebelum keluar dari teksi. Perjalanan dari kampung mereka di Terengganu ke Selangor sangat memenatkan.

******
Kini,mereka tiga beranak itu berdiri betul-betul di depan rumah abang sulongnya iaitu Lukman Airil.

"So? macam mana sekarang ni mak, Along ada bagitau kunci rumah ni kat mana tak?" Lidya mula menyoal Puan Hana.

"Ada. tadi Along kamu kata dia tinggalkan kunci di rumah jiran sebelah dengan nombor rumah 2811.."

"Hmm.." Lidya berjalan dari kiri ke kanan untuk mencari alamat rumah 2811.

Jumpa !

Dengan riak slumber, Lidya memberi salam diluar pagar rumah 2811. Entah Islam ke tidak, hentam saja lah.

"Assalamualaikum.. ada orang tak kat dalam.. tumpang tanya boleh?" laung Lidya dari luar.

Namun, tiada sahutan. Sekali lagi Lidya mencuba.

"Assalamualaikum.. ada orang ke tak ni..?"

Tidak lama kemudian, pintu rumah itu dibuka. Terpancul muka seorang mak cik sebaya Puan Hana di muka pintu. Nasib baik Islam, kalau tak.. hmm..

"Waalaikumussalam.. ye cik? boleh Mak Cik bantu?" soal Mak Cik tadi.

"Err.. maaf mengganggu mak cik, saya nak tanya ada tak Lukman Airil tinggalkan kunci rumah dengan mak cik?" soal Lidya.

Kening mak cik tadi bertaut. Tanda curiga. Ye lah, sekarang banyak kes pecah rumah dekat kawasan ini.

"Err.. Mak Cik jangan salah faham. Saya ni adik Lukman Airil, nama saya Lidya Huraisha, boleh panggil Lidya je tu mak dan adik saya. Kami datang sini sebab Along saya yang suruh untuk jaga rumah dia masa dia pergi kursus nanti.." jelas Lidya untuk menghilangkan keraguan di hati Mak Cik tadi.

Mak Cik tadi menjenguk ke arah Puan Hana dan Liana. Mereka berbalas senyuman sebelum menyambung bicara.

"Ohh, maafkan makcik ye Lidya. Nama makcik Zubaidah. Panggil Mak Cik Zu aje. Tunggu kejap, MakCik pergi amik kunci.."

Lidya mengangguk dan Mak Cik Zu berlalu ke dalam rumah untuk mengambil kunci.

Beberapa minit kemudian, Mak Cik Zu datang balik dengan membawa segugus kunci ditangannya.

"Nah, kunci rumah Luk.." hulur Mak Cik  Zu.

"Thanks makcik..nanti senang-senang datanglah rumah.." kata Lidya dengan riak muka slumbernya lalu mengorak langkah ke arah ibu dan adiknya.

******
Beg dihempas di atas meja. Badan terus dilandingkan di atas katil bersaiz sederhana itu.

"Fuhh.. penatnya.. sakit punggung aku lama-lama duduk dalam cab.." omel Lidya.

Ketika Lidya ingin memejamkan mata. Puan Hana memanggil dari luar.

"Raisha ! sini kejap.." panggil Puan Hana.

Lidya mengeluh kecil. 'Baru nak lelapkan mata' keluh Lidya dalam hati. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah Puan Hana di luar.

P/S: Ni update karya baru.. hehehe, sory kalau korg tak minat.. but I like to write a story. Keep reading bg yg sudi baca. please komen and vote..thanks.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now