*Bab 95*

3.2K 91 1
                                    

TERKOCOH-kocoh Encik Hakimi bangun dari duduk dan menuju ke meja kecil di sebelah tempat letak televisyen apabila mendengar handphone Samsung J2 miliknya berdering.

Terdetik juga di hatinya siapa yang menelefon seawal 6:30 pagi itu. Nama anak lelakinya terpapar di skrin handphone.

"Hello, assalamualaikum Ril.." sapa Encik Hakimi.

"Ya Allah ! betul ke ni ?" kedengaran suara Encik Hakimi mulai panik.

"Baik.. baik, ayah dan mak ke sana sekarang.."

"Kamu dah beli tiket ? ha'ah.. baik lah.."

Panggilan tamat. Encik Hakimi segera mendapatkan isterinya di dapur. Dalam hati tak berhenti berdoa.

"Hana.. cepat siap sekarang.." sergah Encik Hakimi dengan tiba-tiba. Riak risau jelas terpancar di wajahnya.

Terhinjut bahu Puan Hana akibat terkejut disergah begitu.

"Ish, abang ni.. terkejut saya tau. Nak siap pergi mana pepagi ni ?" soalnya agak pelik.

"Siap aje lah. Kita nak pergi Selangor, cepat.. nanti abang cerita.." tanpa menunggu lagi, Encik Hakimi terus berlalu untuk bersiap juga.

Puan Hana dihantui dengan seribu persoalan di benaknya. Namun, dia menurut juga. Sayur sawi yang dipotong untuk dicampur ke dalam mee tadi, di simpan ke dalam peti sejuk semula. Mujur saja mee belum dikeluarkan dari peti sejuk.

******
Konstabel Shadriq berjalan mundar-mandir di dalam bilik dia dan Lidya. Malam tadi dia tidak dapat tidur kerana memikirkan keselamatan isteri dan anaknya. Hatinya jadi walang. Dan sepanjang malam itu juga dia berteleku di atas sejadah mengadap Sang Pencipta, tak pernah putus doanya buat isteri dan anaknya yang hilang itu. Langsung tiada khabar berita. Hanya tuhan yang tahu betapa risaunya dia saat ini.

Tok ! Tok !

Pintu biliknya diketuk dari luar. Segera Konstabel Shadriq membukanya.

"Haa, ada apa-apa ke Long ?" soal Konstabel Shadriq pada Lukman di muka pintu.

"Belum lagi. Hm, jom sarapan dulu. Kak Su dah buat sarapan tadi. Aku tahu kau tak ada selera nak makan, tapi kau kena makan jugak. Kalau tak, macam mana kau nak cari isteri dan anak kau nanti, kalau kau tak bertenaga, lesu macam ni. Ingat, kita masih ada Allah, sebaik-baik tempat untuk bergantung harap ialah Allah swt. DariNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Serahkan segalanya pada Allah.." nasihat Lukman apabila melihat wajah kusut dan tak bermaya adik iparnya itu.

Konstabel Shadriq akur. Ya ! ada benar kata abang iparnya itu, macam mana dia nak cari isteri dan anaknya kalau dia sendiri tidak bertenaga macam sekarang.

Akhirnya, Konstabel Shadriq mengangguk.

"Baik lah Long. Kejap lagi aku turun, aku nak mandi jap.. thanks Long.." balas Konstabel Shadriq dengan senyuman.

"Hm, baiklah.. aku tunggu kat bawah. Oh, lupa pulak.. aku dah call ayah tadi, tak lama lagi sampai lah tu. Kau dah call ibu kau belum ?"

Konstabel Shadriq menggeleng lemah.

"Belum lagi Long.. tak pa, lepas ni aku call ibu.."

"Baiklah.. aku turun bawah dulu.."

Konstabel Shadriq membalas dengan anggukan lalu menutup kembali pintu biliknya setelah Lukman hilang dari pandangan.

******
Bushhh !

Basah lecun baju Lidya disimbah dengan air paip. Tudung yang dipakainya mulai kelepet. Perlahan-lahan mata dibukakan.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now