PUAN Hana dan Encik Hakimi tiba di hospital tepat pukul 9:00 pagi. Mereka bertolak seawal 5:00 pagi dari kampung.
"Assalamualaikum.." salam diberikan sebaik saja bilik wad itu dikuak.
"Waalaikumussalam.." jawab Erika.
"Eh, mak.. ayah.." lalu tangan dihulurkan pada Puan Hana dan Encik Hakimi.
Puan Hana kemudian menerpa ke arah Lidya yang senyum memandangnya itu. Tangan mak dan ayahnya disalam.
"Sha apa khabar ?" soal Puan Hana. Kepala anaknya diusap penuh kasih.
"Sha sihat mak.. awalnya mak dan ayah sampai. Bertolak pukul berapa tadi ?"
"Hmm, 5:00 pagi. Mak Sha ni yang kalut sangat. Kalau boleh malam tadi mak Sha nak datang sini.." sampuk Encik Hakimi.
Lidya dan Erika cuma tersenyum mendengar complaint dari ayah mereka itu.
"Hm, ni Han dengan Ril mana ?" soal Encik Hakimi apabila menyedari menantunya dengan Lukman tiada di situ.
"Oh, tadi along pergi ambil ibu kat Batu Caves, abang pulak pergi balai kejap tadi nak mohon cuti buat sementara waktu ni.." ujar Lidya yang sudah semakin sihat itu.
Erika mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan Lidya tadi.
"Oh.. hm, ni Rika dah sarapan ke ?" kini soalan dilontarkan pada Erika.
Kalau Lidya sudah terang lagi disuluh dia sudah bersarapan apabila mangkuk bubur sudah licin di atas meja itu.
"Dah mak. Sebelum ke sini tadi, abang bawa Rika sarapan.."
"Hmm.. baguslah tu."
*******
"Terima kasih Tuan !" ucap Konstabel Shadriq lalu berlalu dari situ.Tiba di meja kerja, Konstabel Johan menghampirinya.
"So, macam mana ? dapat tak ?" soal Konstabel Johan.
"Alhamdulillah.. dapat.."
"Berapa hari ?"
"3 hari aje. Tapi, okey lah daripada tak ada langsung kan.. hehe"
"Erm, iyalah.. Lidya macam mana ? okey dah ?"
"Alhamdulillah, okey. Tapi, doktor belum bagitahu lagi penyakit apa tu yang aku risau sikit tu.."
"Erm, kau jangan risau. InshaaAllah, isteri kau tak apa-apa."
"Hm, inshaaAllah.. okey lah, aku pergi dulu. Kang cari pulak Sha nanti.. Assalamualaikum.."
"Baiklah, update eh nanti. Waalaikumussalam.."
Konstabel Shadriq hanya menayang sengih dan mengangguk tanda iya.
*******
"Assalamualaikum..""Waalaikumussalam.. eh, Ekin.."
Puan Hana dan Puan Ekin saling berpelukan, diikuti Erika yang menyalam tangan Puan Ekin kemudian Lidya pula.
"Lama dah sampai ke Hana ?" soal Puan Ekin.
"Tak.. baru aje sampai 5 minit tadi.."
"Oh.. erm, Sha apa khabar ? apa kata doktor ?" soalnya pula pada Lidya.
"Alhamdulillah, Sha sihat bu. Belum lagi. Doktor belum bagitahu apa-apa lagi setakat ni.." jawab Lidya dengan senyuman.
"Han mana ?"
"Assalamualaikum.." satu suara memberi salam dari luar. Tersembul wajah Konstabel Shadriq di sebalik pintu.
"Waalaikumussalam.." jawab mereka serentak.
YOU ARE READING
MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempuannya ditahan oleh dua orang anggota polis sebab mengambil air di lori air yang disediakan pada wakt...