USAI saja menunaikan solat Isyak, Lidya menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Handphone dibawa sekali untuk menunggu panggilan dari Konstabel Shadriq yang dijanjikan petang tadi.
Butang on ditekan dan terpancar gambar di kaca televisyen itu.
"Ermm.. masih berita ni, kat Ria cerita apa eh ? ermm.. tak menarik.." cari punya cari siaran yang menarik, akhirnya channel Citra menjadi pilihan hatinya.
Beberapa minit kemudian, Lukman turut menyertai Lidya yang duduk bersantai di ruang tamu.
"Haii, tengok cerita apa tu Sha?" tegur Lukman lalu mengambil tempat disisi adiknya itu.
"Ni haa.. Gerak Khas the Movie.." balas Lidya tanpa menoleh ke arah Lukman.
"Aihh.. lain macam.."
Mendengar saja kata-kata alongnya itu, Lidya lantas menoleh.
"Apa yang lain macamnya?" berkerut dahi Lidya memandang alongnya yang sudah tersengih disebelahnya itu.
"Hehehe.. nothing.."
"Iye lah tu.."
"Sha, tolong buatkan along nescafe, haus lah.. ambil sekali kerepek ubi pedas yang along beli tadi.."
"Kerepek ubi pedas ?! ye ke Long ? letak kat mana?" kata Lidya teruja. Itu memang makanan favouritenya.
"Kat atas rak sebelah peti sejuk tu. Dalam plastik kuning.."
"Oh, okey.. " lantas Lidya bangun menuju ke dapur untuk membuat air sekali gus mengambil kerepek yang dimaksudkan alongnya tadi.
******
Bunyi ketukan bertalu-talu di pintu biliknya membuatkan Konstabel Shadriq terkocoh-kocoh membuka pintu. Sebaik saja pintu dibuka, terjengul muka sahabatnya, Konstabel Johan yang menyayang sengih padanya."Kau Johan ? Eii, aku ingat apalah tadi.. masuk lah.." omel Konstabel Shadriq sambil mempelawa Konstabel Johan masuk ke dalam.
"Hahaha, sengaja nak bagi kau suspen. hahaha"
"Iye lah tu.. "
"Hahaha, so.. apa macam ? dah okey ke?" soal Konstabel Johan lalu melabuhkan duduk di kerusi yang ada di ruangan itu.
"Alhamdulillah, aku okey.." jawab Konstabel Shadriq ringkas.
"Baguslah.. ni haa, kau bila sampai ? tak bagitau aku pun nak balik sini.." soal Konstabel Johan lagi.
"Petang tadi. Alaa, aku malas nak ganggu kau. Saja nak bagi surprise.. hahaha"
"Cehh, surprise lah sangat.. poyo lah kawan, hahaha"
Konstabel Shadriq mencebik.
"Kau takda duty ke malam ni ?"
"Tak.. Eii, kalau aku duty malam ni, takda nya kau tengok muka aku menapak kat rumah kau ni.."
"Hmm, yelah.. haha, sorry. So, macam mana keadaan balai ? semua okey ke?"
"Okey je setakat ni. Kau ni pun, kot ya pun tanya lah pasal aku, kau tanya pasal balai tu pasal ? Eii, kecik hati aku ni tau.." Konstabel Johan buat-buat merajuk.
Mendengar saja nada suara Konstabel Johan berubah, meletus tawa Konstabel Shadriq jadinya.
"Hahahahahahaha.."
"Kau gelak asal ? aku bagi kang.. haa, aku merajuk ni.." kata Konstabel Johan lalu memuncungkan mulutnya tanda merajuk.
Makin jadi tawa Konstabel Shadriq dibuatnya.
"Hahahahaha, sudah lah tu Johan. Senak perut aku ni dah.. Hahahaha.." gelak Konstabel Shadriq masih bersisa.
"Hahaha.. okey okey, aku rindu nak tengok kau gelak. Tu yang aku buat lawak tak boleh blah tu. Hahaha.."
YOU ARE READING
MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempuannya ditahan oleh dua orang anggota polis sebab mengambil air di lori air yang disediakan pada wakt...