*Bab 65*

3.2K 91 6
                                    

Seminggu kemudian..

SEAWAL jam 5:30 pagi lagi, Haikal sudah siap dengan mengenakan tshirt kelabu. Rambut disisir ke tepi. Cap disarungkan di atas kepala.

Usai saja berkemas, satu luggage besar diheret keluar dari bilik. Hari ini dia akan berangkat ke London untuk menguruskan kerja disana sekali gus melarikan diri buat sementara waktu.

"Hmm.. Dah nak gerak ke Kal ?" Datin Ratna menyapa. Dia baru saja mencuci muka. Kelihatan lembab saja wajah itu.

"Ha'ah ma. Kal nak gerak dah ni. Papa masih tidur ke ?"

"Ermm.. macam biasa lah. Pak Mat mana ?"

"Entah.."

Tidak lama kemudian, Pak Mat selaku driver Dato Rahim muncul dari ruang dapur.

"Haa.. tu pun Pak Mat.." muncung mulut Haikal menunjuk ke arah Pak Mat.

"Encik dah siap ke ?" soalan dilontarkan buat Haikal.

Haikal mengangguk.

"Pak Mat tunggu kat dalam kereta ye Encik.." ujar Pak Mat lalu mengheret luggage milik Haikal ke pintu utama.

"Erm, flight Kal pukul berapa ?" soal Datin Ratna.

"Pukul 6:00 pagi ma.."

"Oh, be careful kat negara orang. Jangan buat hal pulak.." pesan Datin Ratna.

"Hmm.. okey. Erm, Kal gerak dulu lah ma. Bye !" kata Haikal lalu mencium pipi Datin Ratna.

Datin Ratna mengangguk lalu menghantar pemergian Haikal hingga ke pintu utama. Sehingga kereta yang di pandu Pak Mat hilang dari pandangan mata.

******
Usai saja solat Subuh, Lidya terus ke tingkat bawah untuk menyiapkan sarapan pagi buat dirinya dan Lukman.

"Aku nak masak apa ye ? hmm.."

Peti sejuk dibuka untuk melihat barang yang ada.

"Hmm, buat nasi goreng dengan telur dadar aje lah.." putus Lidya akhirnya.

******
Konstabel Shadriq bergerak ke almari pakaian. Dia memilih baju yang sesuai untuk digunakan pada hari itu. Cuti yang diminta sebanyak seminggu itu, sudah diluluskan oleh pihak atasan. Jadi, hari ini merupakan hari pertama dia akan keluar bersama Lidya. Tujuannya untuk fitting baju pengantin di butik yang telah dipilih oleh Lidya.

Satu persatu baju dipadankan dengan tubuhnya yang sasa itu.

"Hmm.. pakai ni aje lah.."

Akhirnya, Tshirt hitam lengan panjang menjadi pilihan.

Memandangkan hari masih awal kerana perjanjian mereka pukul 8:30 pagi. Jadi, Konstabel Shadriq menggunakan masa yang ada untuk mencuci pakaiannya terlebih dahulu. Dia malas untuk menghantar pakaian ke dobi, lebih baik dia cuci sendiri.

******
"Hmm.. hari ni Sha keluar dengan Shad kan buat fitting baju ?" Lukman bertanya semasa mereka di meja makan menjamu sarapan pagi itu.

"Ha'ah Long .."

"Pukul berapa Shad ambik Sha ?"

"Erm, kami janji pukul 8:30 pagi ni. "

"Oh.. hmm, ni keluar berdua ni batas kena jaga tau. Jangan ambik kesempatan pulak. Ingat tu.." sempat Lukman berpesan.

Lidya mengangguk.

"Baik along. Sha ingat.." ujar Lidya dengan senyuman.

Lukman melirik jam ditangan.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now