*Bab 53*

3.1K 82 0
                                    

LIDYA dan Syaf melangkah masuk ke dalam perut lift. Sampai saja di pintu gerbang Hkal's Holdings tadi, bermacam-macam soalan yang diajukan oleh Syaf. Hingga kini, dia masih bertanya. Lidya layankan saja kerana dia tahu sahabatnya itu sedang berperang dengan perasaan gemuruh.

"Eh, Lidya.. aku takut lah, macam mana kalau bos nanti fired aku terus.."

Lidya menarik nafas.

"Haih, apa yang kau merepek ni Syaf ? apasal pulak bos nak fired kau ? belum apa-apa lagi nak fired, tu bos gila namanya.."

Syaf terdiam seketika.

"Ha'ah.. ye tak ye jugak eh. Apa lah aku bengong sangat ni. Hahaha.."

"Kau memang bengong Syaf. hehehe.. Sudah lah tu, chill la. Aku dulu pun macam kau, tapi aku buat macam biasa je. Selawat banyak-banyak.. okey" kata-kata semangat cuba diberikan buat sahabatnya itu.

Syaf mengangguk lalu mengikut apa yang disarankan oleh Lidya. Dia berselawat dalam hati.

"Macam mana ? dah tenang sekarang ?" soal Lidya semula.

Sekali lagi Syaf mengangguk.

"Dah.. thanks.." ucap Syaf seraya dengan senyuman.

Ting !

Pintu lift terbuka.

"Eh, right timing pulak pintu lift ni terbuka. Haha.. okey, dah jom !" ajak Lidya lalu mereka sama-sama melangkah keluar dari lift itu.

******
"Amboii, pagi-pagi dah senyum. Lain macam ni.. ada apa-apa ke ?" usik Konstabel Johan.

Konstabel Shadriq menyengih.

"Haa.. ni yang aku pelik ni. Pelik lagi pelik. Memang pelik kau ni. Pelik, pelik.." usik Konstabel Johan lagi.

"Hahaha.. kau dah kenapa Johan ? pelik apa benda ? dah lah bukan sekali kau sebut perkataan tu. Haih.. kau lagi lah pelik. Hairan aku."

"Uish ! aku pulak.. Eh, dah lah.. so, macam mana ? settle dah semua ?" soal Konstabel Johan sekali lagi.

Semalam Konstabel Shadriq awal-awal lagi sudah memberitahunya, yang dia tidak mahu diganggu. Jadi, Konstabel Johan hanya membiarkan Konstabel Shadriq sendirian kerana faham akan maksud lelaki itu.

"Ermm.. kau rasa macam mana ?" soal Konstabel Shadriq ingin bertarik tali.

Konstabel Johan mengurut dagunya.

"Aku rasa ayah Lidya tak izinkan and you all tak jadi kahwin kan ?" kata-kata yang diungkapkan itu tidak bermaksud apa-apa, hanya sekadar untuk mengusik sahabatnya itu.

Namun, Konstabel Shadriq terus melopong mulutnya mendengar kata-kata Konstabel Johan.

"Amboii ! jahatnya mulut.. aku jahit kang mulut tu, padan muka"

"Hehe.. sorry bro ! aku tak maksudkan pun, aku gurau aje lah. Jangan masuk dalam hati. okey.." ujar Konstabel Johan dengan sengihan.

"Hmm, kau ni.. cakap ikut sedap mulut kau je. Tak tahu ke yang kata-kata tu satu doa.." geram Konstabel Shadriq dibuatnya.

"Sorry lah bro. Janji aku tak buat lagi.." pujuk Konstabel Johan.

"Hmm, ye lah.. aku maafkan.."

"Hehehe. Thanks, aku tahu sahabat aku ni baik hati orangnya. Tu lah pasal Lidya terpikat kot. Dah lah handsome, macho, penya.."

Belum habis pujian Konstabel Johan, Konstabel Shadriq terus mencelah.

"Eh eh.. sudah lah tu, tak payah lah nak puji aku bagai. Ingat aku perempuan ke yang kau nak puji ? eh kau ni Johan.."

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now