PINTU bilik ditutup rapat. Satu beg pakaian di sandang ke belakang. Tshirt polis dikenakan pada hari itu. Konstabel Shadriq kemudian membawa langkah kakinya untuk mendekati Konstabel Johan yang kebetulan baru sahaja keluar dari rumahnya.
"Shad, awal kau hari ni.." sapa Konstabel Johan.
"Tentu lah. Kan Tuan Akmal dah maklumkan suruh kita datang awal. "
"Hmm, yelah. Dah jom ! Bad ? mana Bad ?" tanya Konstabel Johan kemudiannya.
"Bad ? oh, dia dah ada kat bawah tu. Tengah tunggu kita agaknya.."
"Oh, okey.. jom lah.."
Konstabel Shadriq mengangguk sebagai jawapan lalu mengatur langkah untuk ke bawah.
******
Lidya pergi ke tempat kerja lebih awal hari ini berbanding pada hari biasa. Entah kenapa dia lebih bersemangat pada hari itu berbanding pada hari biasanya.Dan entah kenapa juga kereta yang dipandunya berhenti betul-betul di sebelah balai polis itu. Dia sendiri tidak mengerti.
Enjin kereta dimatikan. Matanya berjaya menangkap dua buah jip polis yang diparkingkan di tidak jauh dari situ.
"Ermm, hari ni Raihan pergi kursus. Mungkin jip tu agaknya yang mereka guna nanti. " omel Lidya seorang diri.
Matanya masih ralit memerhati persekitaran balai polis itu.
"Hmm, tak ada pun. Ke belum sampai lagi ? " detik Lidya lagi.
Dia kembali meninjau ke dalam balai polis itu namun hampa. Apa yang dia cari tidak ditemui. Lidya menghembus nafas perlahan. Jam di dashboard di kerling sekilas.
"Dah nak pukul 6.50 pagi ni. Ermm, agaknya dah gerak kot. Tak apalah.. Eh, aku ni pun.. macam lah tak berjumpa lagi lepas ni. Hahaha, bengong kau Sha. " Lidya membebel sendirian sambil menyalahkan diri.
Enjin kembali dihidupkan. Namun, belum sempat dia ingin memasukkan gear, matanya tertancap pada sesosok tubuh yang amat dia kenali.
"Eh, itu pun dia.."
Ketika itu Konstabel Shadriq dan pasukannya ingin memasuki jip yang telah disediakan.
"Haa, betul apa yang aku teka tadi. Diorang naik jip tu. Erm, tak apalah. Tengok dari jauh pun kira okey, hehehe.. "
"Astaghfirullahal'azim Sha.. Sejak bila kau pandai usyar anak bujang orang ni. Haih ! apa aku dah buat ni ?? Adoii, kalau mak ayah tau, mampus aku.." ujar Lidya sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.
Dia sendiri tidak mengerti dengan apa yang dia lakukan saat ini. Bagaikan ada sesuatu yang mendorongnya untuk datang ke balai pada hari itu.
Sebaik saja kelibat Konstabel Shadriq dan pasukannya memboloskan diri dalam jip itu. Lidya pun terus memasukkan gear dan kereta dipandu perlahan meninggalkan kawasan balai tersebut.
******
"Mana perempuan tu ? tak ada pun.." ujar Kamal pada Riri dan Nora.Kini, mereka sedang mengintai seseorang dari dalam kereta.
"Sabar lah. Kejap nanti adalah tu.." Riri membalas.
"Hmm, dekat sejam kita kat sini. Takkan masih tak muncul kot. Ke you salah tempat ni.." rungut Kamal lagi.
Riri mengerutkan dahinya.
'Eih, cakap nak buat kerja. Baru suruh tunggu kejap dah merungut pulak.' kutuk Riri dalam hati.
"Ermm, sabar lah. You ni." Nora menyampuk apabila menyedari Riri berdiam diri.
Dia tahu sahabatnya itu sedang menahan geram. Mana taknya, kalau dari tadi Kamal asyik merungut saja.
YOU ARE READING
MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]
Romance[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempuannya ditahan oleh dua orang anggota polis sebab mengambil air di lori air yang disediakan pada wakt...