"TUAN, ni ada yang buat laporan tentang kes pecah rumah di Jalan Teratai pada minggu lepas. Suspek masih belum dapat ditangkap dan masih dalam penyiasatan.." lapor Konstabel Johan kepada Inspektor Akmal.
"Baiklah, teruskan buat penyiasatan sehingga suspek dapat ditangkap.. Mana laporannya ?"
"Ini Tuan.." Konstabel Johan menghulurkan sebuah fail berwarna hitam kepada Inspektor Akmal.
"Hmm.. baiklah, kalau ada apa-apa perkembangan, lapor pada saya.." pesan Inspektor Akmal.
"Baik Tuan.." balas Konstabel Johan lalu memberi tabik hormat dan berlalu keluar.
******
" Ye ? ada apa mak?" Lidya dengan riak muka slumbernya menghampiri Puan Hana di ruang dapur."Ni mak nak masak nasi tadi, buka saja paip tak keluar air.." adu Puan Hana.
"Setitik air pun takda ? takkan lah.." Lidya tidak percaya lalu mencuba memulas kepala paip tadi.
"Kan mak dah cakap takda, macam mana ni Sha?" omel Puan Hana.
"Kalau macam tu, mak guna ajelah air mineral kat dalam kotak tu.. Mungkin paip air Along rosak kot..Nanti dia balik kita bagitau.." cadang Lidya dengan tiada riak di mukanya. Asyik slumber aje minah ni.
"Hmm.. ye lah, Raisha tolong mak ambik botol air tu, bawa kat singki" arah Puan Hana.
Lidya hanya menurut tanpa bantahan. Kang kalau bantah, ada telinga merah kena siat.
******
"Fuyooo! rajin nya konstabel kita yang sorang ni" segah konstabel Johan dari belakang."Ohh ayam !" latah Konstabel Shadriq Raihan akibat terkejut. Dia tadi sedang leka memeriksa segala laporan bagi setiap kes yang telah selesai untuk dihantar kepada Inspektor Akmal, atasan mereka.
"Hahahahaha.. kau latah ke Shad? polis latah? Hahahaha.." bahan Konstabel Johan.
Konstabel Shadriq mendengus.
"Heh.. kau ni Johan, cuba lah bagi salam sikit. Ni tak, main segah aje. Hmm, polis pun manusia jugak, kenapa polis tak boleh latah ke ? aku kaki kang.." rungut Konstabel Shadriq.
"Hahaha.. alah, rileks lah bro, aku gurau aje lah.. ni haa, dah lunch ke belum? dari tadi aku tengok kau khusyuk sangat baca laporan ni, jom lunch.. I'm hungry already.." kata Konstabel Johan sambil mengusap perutnya tanda lapar.
Konstabel Shadriq menjeling ke arah Konstabel Johan.
"Alah, janganlah jeling.. Cair aku nanti, kang tak pasal-pasal aku kena masuk peti sejuk.. hahaha" bahan Konstabel Johan lagi.
"Kau ni, tak sah kalau tak bahan aku dalam sehari. Kang aku betul-betul bagi kaki baru kau insaf. Dah jom, tadi kata lapar sangat.." omel Konstabel Shadriq lalu menyusun fail dengan kemas di tepi meja.
"Hahaha.. jom !"
Mereka berdua mengorak langkah untuk menuju ke Restoran Steamboat di seberang jalan.
******
Lidya menghampiri Lukman dan Liana yang sedang duduk di ruang tamu menonton televisyen. Siaran Arena menjadi pilihan Lukman, tak lain tak bukan nak tengok bola, bola, bola.. hurh ! guys mari buat bola mata ke atas.Lidya melabuhkan punggungnya di sebelah Liana.
"Hmm, Along.." panggil Lidya untuk memulakan bicara.
Lukman menoleh Lidya tanda 'ada apa'
"Ni kat kawasan ni memang takda air erk? ke paip Along yang rosak ?" soal Lidya slumber.
"Hmm.. memang takda air sebab tu ada lori yang ulang alik datang sini hantar air. Kekadang ada jugaklah air keluar sikit. Tu pun ciciput aje.." jelas Lukman.
"Ermm.. payah lah macam ni, kena angkut air bawa masuk rumah. Dah lah Ayah belum sampai, Along pulak kena pergi kursus.. Leceh !" rungut Lidya.
"Alahh, Along pergi seminggu aje kat Abu Dhabi tu.. besok ayah sampai lah.." pujuk Lukman.
"Ye lah tu. Kenapa erk Along perlu jadi askar ni ?"
"Amboii mulut, dah nama rezeki Allah bagi kat Along. Takkan Along nak tolak kot. Syukur lah dapat kerja macam ni, daripada orang tu menanam anggur di tepi rumah.." sempat lagi Lukman menyindir Lidya.
"Haa.. nak sindir lah tu. Takpe, Along tengok aje nanti.. Sha pasti akan dapat kerja punya.. Alah, baru 2 bulan aje tanam anggur.." balas Lidya tidak mahu kalah.
"Baru 2 bulan aje?? senang nya cakap, orang lain 2 bulan tu dah makan gaji beribu tau Sha.."
"Ye lah tu Long, nanti lah Sha cari kerja kat sini. Kot-kot ada."
"Bagus lah macam tu. Boleh tinggal dengan Along dan jaga rumah Along kalau Along pergi kerja nanti. Biar mak, ayah dan adik balik kampung. Sha tinggal sini.."
"Ewahh, sedap nya mulut cakap.. Jaga rumah? please lah Along. Kalau nak suruh Sha jaga rumah, ni mesti ada jugak" kata Lidya dengan dua jari digeselkan tanda 'duit'.
"Ye lah.. tengok aje nanti. Kalau Sha pandai jaga rumah, Along bagi upah.." Lukman mengaku kalah. Berdebat dengan minah slumber ni memang takkan menang.
Lidya tersenyum kemenangan melihat Alongnya mengaku kalah. Siapa yang berani lawan cakap dengan Lidya Huraisha. Nope ! tiada siapa pun.
"Thanks author sebab selalu bagi aku yang menang kalau berdebat. Terbaiklah author. Wa sayang lu !" kata Lidya kepada author.
"Ye.. sesama, asal kau bawa watak kau dengan baik, aku bagi kau selalu menang. Dah, balik ke alam kau sana.. Aku nak buat bab lain pulak.." kata Author kepada Lidya.
YOU ARE READING
MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]
Любовные романы[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempuannya ditahan oleh dua orang anggota polis sebab mengambil air di lori air yang disediakan pada wakt...