*Bab 73*

3.5K 101 0
                                    

DI dalam kereta, Lidya hanya mampu mendiamkan diri. Sekarang mereka dalam perjalanan untuk kembali ke Selangor setelah menetap selama 5 hari di Terengganu. Dan saat ini juga dia sedang berperang dengan perasaan sendiri. Rasa bersalah pun ada kerana merajuk dengan suaminya yang langsung tidak bersalah itu. Mengada-ngada bukan ? Hmm, nak buat macam mana. Cemburu ? eh, mestilah ! cemburukan tanda sayang.

Masih segar dalam ingatannya bagaimana Erma, si andartu itu menggoda suaminya pada hari majlis berlangsung.

[ Flashback ]

Usai saja bersanding di atas pelamin, Lidya mengajak suaminya untuk makan bersama dengan para tetamu di bawah khemah. Bukan makan beradab, tapi makan secara biasa saja sambil beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara yang hadir.

"Hmm, kita duduk kat situ aje lah." ajak Lidya sambil menunjuk ke arah sebuah meja bulat yang masih kosong dihujung khemah.

Konstabel Shadriq mengangguk.

"Baiklah. Jom !"

Sesampai saja di meja itu, Lidya meminta diri untuk mengambil makanan buat mereka berdua.

"Abang duduk dulu, Sha nak ambik makanan jap.." ujar Lidya lalu bingkas bangun dari duduk.

Konstabel Shadriq hanya mengangguk sambil menghantar langkah kaki isterinya dengan pandangan bersahaja.

"Eh, Shadriq ! buat apa tu sorang-sorang kat sini ?"

Konstabel Shadriq mendongak untuk melihat gerangan yang menegurnya tadi.

"Eh, Kak Erma.. err, tak ada. Tunggu isteri saya ambik makanan kat sana tu.."

Tanpa dipelawa, Erma terus melabuhkan duduknya tepat disebelah Konstabel Shadriq.

"Ohh, iya ke ? ermm.. ni cuba rasa ni dulu.." ujar Erma lalu menyuakan buah apple yang telah dipotong ke mulut Konstabel Shadriq.

"Err.. tak payah Kak.. Err, Kak Erma makan aje lah.." tolak Konstabel Shadriq tidak selesa diperlakukan sebegitu.

"Alaa.. cuba lah satu, satu aje.. please sayang !" lirih saja suara itu merayu padanya.

Konstabel Shadriq jadi serba salah, seram, tidak selesa. Semua perasaan bersatu saat ini. Apatah lagi mendengar perkataan 'sayang' dan lirikan menggoda dari andartu itu. Bak kata Lidya.

"Erhmm !!" kuat deheman yang terdengar dari sisinya.

Konstabel Shadriq dan Erma serentak menoleh. Dan terpampang wajah Lidya dengan kerutan di dahi.

"Err, Lidya.. err.. eh, duduk lah.." pelawa Erma. Ada getaran sedikit di hujung suara itu. Gugup barangkali kerana kantoi usyar suami orang.

"Hmm, memang nak duduk pun sebab ni memang tempat duduk saya. If you don't mind, can I get back my sit Kak Erma ?" mendatar saja suara Lidya. No souls. No tone. No pitching. It's plain.

Erma terpinga-pinga seketika sebelum dia bangun dari tempat itu.

"Er, duduklah. Eh, Kak Erma mintak diri dulu eh.. Shadriq, saya minta diri dulu ye.." tukas Erma sambil menghadiahkan senyuman paling manis plus menggoda pada Konstabel Shadriq tanpa menghiraukan Lidya disebelah lalu cepat-cepat mengangkat kaki dari situ.

Dengan muka seposen, Lidya mengambil tempat berhadapan dengan suaminya. Sengaja dia buat begitu pada Erma tadi, supaya andartu itu beredar dari situ.

"Err, sayang.. lamanya, lapar tau abang tunggu.."

"Hmm.. best tak bersuapan dengan andartu tu tadi ?" ujar Lidya sarkastik. Mendatar saja bunyinya.

MR.KONSTABEL, Fall In Love ?! [COMPLETE]Where stories live. Discover now