"Dah la Ash.Jom pergi tapak perhimpunan.Nanti cikgu membebel tak pasal pasal kena tadah telinga."ajak Rhaf."Kan.Jomlah pergi."Ashfeen Nadiah bangun lalu meninggalkan Rhaf."Ash!Apa ni..Tunggu la ayee.."Rhaf bersuara seperti kanak kanak.Ashfeen Nadiah tersenyum."Alololo nak merajuk ke?Cepatlah,Ash tunggu ni.."Ashfeen Nadiah berdiri sambil membuat isyarat kepada Rhaf supaya datang kepadanya.Rhaf tersenyum manja.Ashfeen mula geli melihat senyuman itu lalu berlari keluar daripada perpustakaan.
"Ash,tunggu la."kata Rhaf sambil menyarung kasutnya.Ashfeen Nadiah membuat muka lalu menuju ke tangga meninggalkan Rhaf."Ish Ashfeen ni.Rhaf merajuk ni..Seminggu Rhaf tak nak cakap dengan Ash.Tengok la.."bebel Rhaf semasa dalam perjalanan menuju ke tangga dengan mukanya yang masam.
"Baa!!!Tak payah nak merajuk sangatlah..Tak hensem dah muka awak kalau masam macam tu.Cuba awak senyum...Ha!Senyum sinis.Saya suka tengok awak senyum macam tu.Tapi..."bebel Ashfeen Nadiah pula."Hahahahaha..."Ashfeen Nadiah menyambung gelaknya melihat muka terkejut Rhaf.
Senyuman sinis Rhaf tayangkan kepada Ashfeen Nadiah."Suka tak?!"soal Rhaf dengan senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya."Tapi....Ash lagi suka kalau senyuman yang paling manis Rhaf bagi dekat Ash.Dekat Ash sorang je."kata Ashfeen Nadiah selamba sambil tersenyum.
Rhaf menguntumkan senyuman yang paling manis buat Ashfeen Nadiah."Senyuman ni..Untuk Ash sorang je."kata kata Rhaf membuatkan Ashfeen Nadiah malu.Ashfeen Nadiah hilang kata kata lalu berlari menuruni anak tangga.
"Pelajar,sila datang ke tapak perhimpunan segera."kata guru bertugas.Semua pelajar bergegas menuju ke tapak perhimpunan.
"Ada apa tu Ash?"soal Rhaf."Eh,macamlah Ash tahu."balas Ashfeen Nadiah.Mereka berjalan beriringan menuju ke tapak perhimpunan sambil bergelak tawa.
"Saya ingin perkenalkan pelajar baru.Raziq,sila perkenalkan diri kamu."kata Puan Hidayah.Dengar sahaja nama Raziq,Ashfeen Nadiah dan Rhaf terus melihat pentas.
"Assalamualaikum and selamat sejahtera.Nama saya Raziq.Seronok dapat sekolah dekat sini.Hope you guys boleh tunjuk ajar dekat saya,kalau saya 'ter'cantas gf korang.Heh..Jangan salahkan saya.And,girl.I always waiting for you."kata Raziq sambil memandang tepat ke dalam mata Ashfeen Nadiah.
"Ash,are you okay?"soal Rhaf apabila melihat wajah Ashfeen Nadiah pucat."Ash..Ash okay..Rhaf jangan risau."kata Ashfeen Nadiah seperti menahan sakit."Ash kalau ada apa apa..Bagitau dekat Rhaf."tambah Rhaf lagi.Ashfeen Nadiah hanya anggukkan kepalanya."Rhaf risau.Ash..."kata kata Rhaf terputus seketika.
"Awak ada saya."
Ashfeen Nadiah terkejut.Rhaf masih lagi tersenyum.'Betullah...Ada orang pernah cakap macam ni dekat aku.Tapi..Betul ke selama ni Rhaf yang kata macam tu?' kata hati Ashfeen Nadiah ."Rhaf..Sebelum ni..Rhaf pernah ke cakap macam tu dekat Ash?"Soal Ashfeen Nadiah ragu ragu."Cakap apa?"soal Rhaf kembali."Err..Tak apalah.Ash pergi kelas dulu." cepat cepat Ashfeen Nadiah melarikan diri.
Semasa didalam kelas,Ashfeen Nadiah tidak boleh fokus.Mindanya diganggu tanda tanya."Ashfeen...Rileks.Benda boleh settle dengan dia lain kali.Now,fokus belajar."Ashfeen Nadiah memberi motivasi kepada diri sendiri.
"Kring!!!!" loceng tamat sekolah sudah berbunyi.Seperti yang lain,cepat cepat Ashfeen Nadiah mengemas alatan dan buku teks.Semuanya disumbat di dalam beg.Dia terus meluru keluar dari kelas selepas ketua memberi ucapan terima kasih kepada guru.Medina dan Myeisha ditinggalkan di belakang.
Sampai di pagar sekolah,kelihatan Raziq sedang melambai ke arahnya sambil tersenyum.Ashfeen Nadiah menoleh ke belakang.Tak ada siapa pun yang lambai balik pada Raziq.Nak tak nak,Ashfeen Nadiah hanya buat tak tahu.Langkah kakinya dilajukan.