Thiz terus menghampiri Ashfeen Nadiah yang terkulai di atas lantai.Nombor rakan Ashfeen yang merupakan seorang doktor."Assalamualaikum Kak Naz.Tolong Thiz..Kak Ash pengsan." kata Thiz cemas.Mikael sedang berkira kira nak menghubungi ambulans manakala Rhaf masih lagi terkaku memandang Ashfeen Nadiah."Ash...Bangun Ash.Rhaf ni.Ash rindu Rhaf tak?Rhaf rindu Ash sangat sangat."kata Rhaf separuh sedar.Hati lelakinya menangis tatkala melihat wajah Ashfeen Nadiah.
"Ashfeen!"jerit Naz apabila tiba di cafe itu.Kliniknya dengan Kafe Ashfeen Bukannya jauh sangat pun.Cuma mengambil masa 10 minit."Err..Encik?Boleh tolong saya angkat Ashfeen?"kata Naz kepada Rhaf."Eh!YaAllah!Rhaf!Cepat cepat tolong aku."kata Naz.Dengan kudrat yang ada,Rhaf mengangkat Ashfeen Nadiah menuju ke kereta Naz.Mikael tercengang.Telefonnya jatuh ke lantai."Rhaf kenal Ash ke?" kata Mikael pilu.Mungkin jika dia mengambil Ashfeen Nadiah sebagai isteri,adiknya akan terguris.Dan hubungan adik beradiknya akan terjejas.'Aku kena tanya dia.Apa hubungan dia dengan Ash!' kata Mikael dalam hati.
Setelah hampur dua jam setengah,Naz keluar dari wad Ashfeen.Naz mengeluh seketika.Nak tak nak,dia kena beritahu apa yang berlaku pada Ashfeen."Naz!Macam mana keadaan Ash?"soal Rhaf cemas.Bahu Rhaf dipegang dari belakang.Mikael menggelengkan kepalanya."Sabar." kata Mikael perlahan.
"Ashfeen Nadiah selamat.Cuma.."kata kata Naz terhenti.Dia didalam dilema sama ada mahu beritahu atau tidak."Boleh saya tahu,encik ni siapa pada Ashfeen Nadiah?"soal Naz kepada dua orang jejaka di hadapannya."Naz.Janganlah macam nk Naz.Aku kawan dia." kata Rhaf.Mikael yang menunduk terus mengangkatkan mukanya apabila Rhaf berkata dia kawan Ashfeen."Hanya kawan." bisik Mikael perlahan sambil tersenyum."Saya bakal suami dia." kata Mikael bangga."Ha?!"soal Naz terkejut.Bukan Naz sahaja yang terkejut.Rhaf terus hilang kata kata."B..Ba..Bakal suami Ashfeen?" soal Rhaf.Hatinya seakan akan pecah berderai apabila Mikael mengangguk."Oh..Tu lah.Kakak ipar aku."kata Rhaf sambil tersenyum paksa.
"Ouh..Hmm..Ashfeen Nadiah ok.Cuma,dia mengalami amnesia.Kemungkinan akibat hentakan kuat kepalanya dekat lantai kafe tadi.Dia juga mungkin akan lupa kenangan lama atau baru.Bergantung pada dia." kata Naz sambil mengeluh kecil."Boleh saya pergi tengok Ashfeen?"soal Mikael.Naz hanya memberikan anggukan perlahan.
Rhaf sudah terduduk di kerusi apabila mendengar Ashfeen Nadiah amnesia.Naz mengambil tempat di sebelah Rhaf."Sabar Rhaf.Aku tahu selama ni kau tunggu dia.Kau tweet kau tak sabar nak jumpa dia apa semua.Semua ni Allah dah takdirkan.Mungkin jodoh Ashfeen dengan abang kau.Kau masih ada masa nal pulihkan ingatan Ashfeen.Aku pergi dulu.Kau pergilah jenguk Ashfeen.Mana tahu.Dia ingat kau." pesan Naz lalu meninggalkan Rhaf sendirian.
"Ashfeen Nadiah.."panggil Rhaf perlahan.Nak tak nak,kakinya digagahkan jua untuk bertemu Ashfeen Nadiah.Dari jauh Naz rasa bersalah kepada Rhaf.
"Assalamulaikum."kata Mikael semasa memasuki wad Ashfeen.Mikael mengeluh.Mata Ashfeen masih tertutup rapat.Mikael mengambil tempat di kerusi sebelah katil Ashfeen."Ash..Bangunlah.." kata Mikael perlahan."Ash..Mika rasa..Mika nak masuk meminang Ash la.Agak agak mak dengan ayah Ash suka tak kalau Mika jadi menantu diorang."kata Mikael sendirian.Tiba tiba telefonnya berbunyi.
"Hello.Ya saya."
"Encik,boleh pergi pejabat sekarang tak?Ada orang datang buat hal la encik.Dia kata dia nak jumpa encik." lapor Pak Ali.Security guard di bangunan milik Mikael.
"Ya..Saya datang sekarang." kata Mikael.Dia bergegas mahu keluar tiba tiba kelibat Rhaf muncul."Kenapa?"soal Rhaf pelik."El tolong tengok Ashfeen sekejap.Abang nak pergi pejabat.Ada orang buat hal.Nanti abang datang balik." kata Mikael lalu menepuk bahu Rhaf kemudian berlalu pergi.
Rhaf menghampiri katil Ashfeen dengan keadaan hiba."Assalamualaikum Ash." kata Rhaf."Ash..Rhaf rindu Ash..Rhaf rindu kita..Rhaf ingat,bila Rhaf balik Malaysia.Rhaf boleh masuk meminang Ash.Cepat betul masa berlalu.Tup Tup,Ash kenal dengan Abang Rhaf.Tak sangka pula Ash nak kahwin dengan Abang Mikael.Ash ingat tak?Masa kita pergi rumah Rhaf,lepastu bonda kata kita ni macam serasi.Sejak daripada tu,semangat Rhaf nak buat Ash jadi isteri Rhaf berkobar kobar.Rhaf rindu kita pergi jalan jalan dekat taman.Kita lepak dalam pss.Kenapa Ash tak pergi airport tengok Rhaf bertolak ke UK?Ash tahu tak?Rhaf rasa macam tak nak pergi sana bila Naz kata Ash tak dapat datang.Tapi,untuk masa depan kita,Rhaf pergi jugak.Ash..Dekat UK,Rhaf nampak ramai perempuan.Tapi tak ada seorang pun yang sama macam Ash.Nak tahu sebab apa?Sebab,Ash ni macam bidadari dalam hidup Rhaf.Setiap malam dekat UK sana..Rhaf asyik teringatkan Ash.Selalu juga Rhaf terperasan ada bayang bayang Ash.Kenapa Ash muncul dalam hidup Rhaf?Kalau kita tak ditakdirkan bersama?Kenapa Ash?Ash...Rhaf harap Ash bahagia dengan Abang Mika..Tak sangka jodoh Ash dengan Abang Mika.Rhaf nak Ash janji akan senyum selalu,untuk Rhaf...Jangan sakitkan hati Abang Mika ya?Kalau Abang Mika sakitkan hati Ash,bagitahu Rhaf.Rhaf janji akan jaga Ash walaupun dalam keadaan jarak jauh.Walaupun Ash milik orang lain.Nampaknya,Sampai sini je lah...Sampai sini je perjalanan saya dengan awak.Sebagai kawan.Lepasni,saya jadi adik ipar Ash pula.Hmm..Rhaf harap Rhaf kuat.Ashfeen Nadiah...Saya tak halang awak kalau betul awak nak kahwin dengan Abang Mika.Satu je Mika nak pesan.Jangan kasi Abang Mika marah.Itu lah kelemahan Abang Mika.Bila dia marah,dia sendiri tak mampu nak tahan sabar.Rhaf nak Ash kuat..Kuat bila Rhaf tak ada dengan Ash.Bahagiakan Abang Mika.Ash ditakdir untuk dia,bukan untuk Rhaf..Selamat tinggal Cik Pengawas saya..Saya harap awak dapat lupakan Encik PRS awak ni.Kita buka buku baru,mulakan hidup yang baru.Haluan masing masing.Harapnya begitu.Rhaf pergi dulu.Rhaf panggilkan Naz." Rhaf tidak dapat mengawal emosinya.Air mata lelakinya yang gugur diseka.Wajah Ashfeen Nadiah yang tenang dipandang.Dia terperasan,air mata gadis itu turut menitis.Dia menghampiri gadis itu."Ash jangan sedih..Kalau Ash sedih Rhaf pun sedih..Teringat pula Rhaf dulu dulu.Masa Ash menangis sebab asyik kena langgar.Salah Rhaf juga sebab tergesa gesa.Rhaf rindu masa Ash jerit "Encik PRS telinga capang!". Saya rindu masa tu.Lepas tu awak cakap lagi."Maaf tak ada ke?". Bila saya kata awak Miss Cutie,muka awak comel sangat.Haish.Oklah,saya duduk sini lama lama nanti,hati saya jugak yang sakit.Saya pergi dulu.Saya janji,senyuman manis saya,senyuman sinis saya.Hanya untuk awak..Assalamualaikum." Rhaf menghampiri pintu.
Sayup sayup kedengaran suara Ashfeen berkata,"Encik PRS telinga capang!jangan tinggalkan saya...".
Rhaf mematikan langkahnya,dia berpusing melihat Ashfeen.Masih tenang wajah gadis itu.Khayalan Rhaf sahaja Ashfeen berkata begitu.Dengan senyuman hampa,Rhaf mencari Naz.
"Naz,kau tengokkan Ash ya?Cakap dekat Ashfeen Nadiah,Aku sayang dia.Sangat sangat.Waktu dan keadaan tak mengizinkan.Aku pergi dulu.Kalau abang aku datang nanti.Cakap aku balik naik teksi." pesan Rhaf lalu keluar dari hospital."Oh,okay." jawab Naz sepatah lalu menuju ke wad bilik Ashfeen Nadiah.
"Assalamualaikum." Naz memasuki bilik Ashfeen Nadiah."Naz.. " hanya itu yang terlepas dari mulut Ashfeen Nadiah."Ash,jangan la menangis..Kau mana pernah menangis selama ni.Aku minta maaf.Aku tahu kau kuat.Kau kuat eh..Aku pun tak sanggup tengok korang macam ni." Naz memeluk bahu Ashfeen Nadiah.
"Akk..Akuu..Aku tak boleh la Naz...Aku tak kuat.Aku cuba tapi tak boleh.Bertahun tahun aku kawan dengan dia.Tipulah kalau aku kata aku tak ada hati dekat dia.Tolong aku Naz.." Ashfeen Nadiah teresak.Naz dipeluk sekuat hati.
"Kalau korang ada jodoh.Tak kemana la Ash..Aku pasti..Rhaf ada untuk kau." Naz berbisik di telinga Ashfeen.
"Assalamualaikum."Rhaf memasuki rumah abangnya.Wajah ahli keluarganya tersenyum menanti kepulangannya.Tak sanggup pula dia rasa nak teruskan niat dia.'Aku akan luangkan satu minggu aku dekat sini..Lepas itu,aku akan samnung pelajaran ke UK semula..Dan aku akan cuba cari pengganti.Tapi aku tak jamin aku akan jumpa gadis seperti Ashfeen.' bisik Rhaf sendiri.
"Wa'alaikumussalam..Ya Allah..Dah besar dah anak bonda ni..Bonda rindu kamu sangat sangat." Puan Rafidah mendakap anak teruna keduanya.Rhaf membalas pelukan bondanya.
Tangan bonda dan nenda disalamnya.Begitu juga dengan ayahandanya."Berapa hari kamu duduk sini?"soal Puan Rafidah.Teruja dia anak anaknya ada dirumah."seminggu je bonda.Lepasni ada tempat yang Rhaf nak pergi.Nak cari ketenangan,pastu nak buat assignment." kata Rhaf sambil mengambil tempat di sebelah nendanya.
"Nak cari ketenangan?Gadis mana yang dah sakitkan hati kamu.Seingat bonda,kamu cerita pasal gadis pun dah lama lepas.Dalam beberapa tahun lepas.Nama budak tu pun bonda tak ingat." kata Puan Rafidah."Tak pelah bonda..Nanti dia datang juga dekat keluarga ni.Tapi bukan untuk Rhaf.".Rhaf tersenyum hambar.
"Kamu nak cari ketenangan dekat mana?Nenda boleh cadangkan." Kata Puan Hamizah."Entahla bonda..Rhaf rasa Rhaf nak pergi..."