Tiga tahun telah berlalu...Seorang lelaki berjalan sambil menunduk memandang pasir pantai.Angin yang bertiup menampar wajah kacak itu perlahan.
Satu keluhan besar dilepaskan.Dia duduk di atas pasir tanpa beralaskan apa apa.Permandangan di hadapannya dipandang sepi.Perlahan lahan bibirnya mengukirkan senyuman.
"Mungkin aku dah berjaya.Berjaya sibukkan diri,tanpa berfikir apa yang jadi dekat sekeliling aku.Inilah masanya."
"Eeee!!!Awak ni busuklah!" marah Ashfeen Nadiah.Dia menolak tubuh Mikael menjauhinya."Apa awak ni?Saya baeu lepas mandilah." kata Mikael pula."Eeee...Busuklah!Awak tidurlah sini.Saya turun jap." kata Ashfeen Nadiah lalu meninggalkan Mikael sendirian di dalam bilik.
Ashfeen Nadiah berjalan di sekitar tingkat dua rumah itu.Langkahnya terhenti di satu bilik."Wanginya..." kata Ashfeen Nadiah lalu masuk ke dalam bilik itu.Tak lama kemudian dia terlelap di dalam bilik itu.
Keesokan paginya,Mikael cemas."Kamu kenapa ni Mika?" soal Puan Rafidah."Ashfeen...Mum ada nampak Ashfeen tak?" soal Mikael cemas."La,dia tak ada dalam bilik ke?" soal Puan Rafidah."Mum,kalau Ashfeen ada dalam bilik tu tak adanya Mika nak tanya mum soalan ni." kata Mikael."Alah kamu ni Mika.Nanti dia turunlah tu.Tak ke mana lah isteri kamu tu." bebel Puan Rafidah.Mika duduk di kerusi sambil memegang kepalanya.
••••••••
"Ashfeen buat apa dalam bilik Rhaf?" soal Mikael.Nada suaranya dikawal."Bilik ni wangilah." balas Ashfeen Nadiah."Alasan.Cakap jelah yang Ashfeen masih sayang pada Rhaf.Kan?!" Suara Mikael sedikit meninggi."Apa awak ni?!" marah Ashfeen Nadiah semula."Hari ni dah hampir satu bulan awak jauhkan diri awak dari saya.Jujur jelah yang awak masih sayangkan Rhaf dan mengharap dia balik ke sini supaya awak dapat 'bermesra' dengan dia.Jujur Ashfeen Nadiah!" marah benar Mikael tika itu.Perkataan bermesra itu sengaja dia tekankan."Apa lagi fitnah yang awak nak taburkan dekat saya?Selama ni saya hormat awak sebagai suami.Tapi awak tu yang fikir melebih.Fikir bukan bukan.Sekurang kurangnya saya belajar mencintai awak!Tolonglah jangan buat saya macam ni." marah Ashfeen Nadiah.Dia berlari mendaki tangga.
Tak lama kemudian,Ashfeen Nadiah turun dengan laguage miliknya."Awak jangan pernah cuba cari saya.Bagi saya masa untuk tabah dan sabar dengan perangai awak." kata Ashfeen Nadiah lalu menyalam tangan Mikael lalu pergi.Mikael menggenggam tangan Ashfeen.Tetapi Ashfeen menarik semula tangannya kasar.
Ashfeen Nadiah memandu menuju ke KLIA.Tiba di sana,dia terus melangkah masuk ke dalam kapal terbang.Dia sudah membeli dua tiket penerbangan.Niat asalnya ingin membawa Mikael ke kampungnya namun lain pula yang terjadi.Semua ini berlaku kerana cemburu buta.
Rhaf duduk di luar resort nya.Permandangan yang indah dan udara yang segar membuatnya tersenyum."Haih,bestnya kalau satu keluarga aku ada di sini." kata Rhaf sendirian.Cuaca yang sejuk dan nyaman membuatkan tekak Rhaf dahagakan hot chocolate.Dia masuk semula ke dalam resortnya untuk membuat secawan hot chocolate.
Alhamdulillah.Semakin hari,dia dapat menerima hakikat bahawa Ashfeen Nadiah bukan ditakdirkan untuknya.Mungkin semua itu memang sudah tertulis di Luh Mahfuz.Rhaf redha.
Kundasang,Sabah.Ashfeen Nadiah tiba di negeri yang dirinduinya.Kinabalu Pine Resort menjadi pilihannya untuk menenangkan hati.Kawasan yang menghadap Gunung Kinabalu dan dikelilingi pokok pine itu menarik perhatiannya semasa dia membuat pencarian di aplikasi Trivago.
Hotel.Trivago.
Ingin sahaja dia mendaki Gunung Kinabalu itu.Apabila sampai di puncak,mahu saja dia menjerit sepuas puasnya.Udara yang nyaman sedikit sebanyak dapat menyejukkan hatinya yang panas.Ashfeen Nadiah menuju kebilik air untuk membersihkan diri.Seusai solat Isya',Ashfeen Nadiah terus terlelap di katil.