"Rhaf harap,Ashfeen tak terasa hati dengan apa yang Rhaf nak cakap ni." Rhaf memulakan bicara setelah mereka tiba di kafe.Jam di tangan ditilik.9 pagi.
Tepat.
Nafas ditarik sedalam dalamnya.
"Rhaf dah beli baju baby.But tak sure muat atau tak." kata Rhaf.Ashfeen yang mulanya membuat muka serious terus menepuk dahinya."Eii...Rhaf ni agak agaklah.Mati mati Ash ingat Rhaf nak cakap benda serious." marah Ashfeen Nadiah."Serious?Macam mana?" soal Rhaf semula."Contohnya macam...Erm..Mika ada perempuan lain ke?Macam tu barulah perkara yang serious." kata kata Ashfeen Nadiah membuatkan Rhaf tersentak."Tak baik cakap macam tu Ash..Nanti masin mulut Ash tu Ash jugak yang susah." kata Rhaf lalu menyisip minumannya.Tak berani dia ingin melukakan hati wanita itu.Cukuplah penderaan 'mental' yang diberi oleh Mika.
"Dah balik KL nanti,kita singgah mana mana dulu tau.Beli barang barang baby semua.Baru balik rumah bonda." kata Ashfeen Nadiah."Ouh..Nak buat suprise lah ni?" soal Rhaf.Ashfeen Nadiah mengangguk seraya tersenyum.
Sudah dua bulan berlalu.Kelibat Rhaf langsung tidak kelihatan di rumah.Mika naik berang."Mesti dia pergi jumpa Ashfeen." kata Mika lalu menumbuk punching bag di hadapannya.
Sekeping gambat dipegang dan ditatapnya lama."Ashfeen Nadiah...Mana kau pergi ha?Aku jumpa kau nanti...Aku tahulah apa aku nak buat dekat kau." dengan nada sinis dan penuh dendam Mikael menyatakan kenyataan itu.
"Baby...Lama ke you tunggu I?Sorry lah..Tadi jalan jam.." kata seorang perempuan lalu menggesekkan badannya dekat tubuh Mikael."Tak apa lah sayang. I pun baru je sampai.Shall we?" soal Mika lalu membiarkan wanita itu memeluk lengannya.'Jangan ingat aku tak tahu kau ada jantan lain..Dasar betina mata duitan.Rileks..Hanya untuk memuaskan nafsu aku.Semuanya boleh.' bisik hati Mikael.Dia tidak sedar..Dia sudah jauh berubah sejak kebelakangan ini.Tiada lagi Putera Mikael yang penyayang.Tiada lagi Putra Mikael yang setia.Tiada lagi Putra Mikael yang jujur..Yang tinggal hanyalah penipuan dah atas dasar nafsu.Bak kata orang putih..'fake' ..
"Ash...Boleh jalan ke tak ni?Balik jelah." kata Rhaf setelah melihat Ashfeen Nadiah yang bersusah payah berjalan di persisiran pantai dengan perutnya yang sudah memboyot."Ish..Bolehlah.." Ashfeen Nadiah berkeras.
Rhaf menghampiri Ashfeen Nadiah."Pegang lengan saya ni." kata Rhaf.Ada juga fungsinya dia memakai baju lengan panjang.Ashfeen Nadiah memegang lengan Rhaf.Perjalanannya semakin lancar dengan bantuan Rhaf.
"Eh.Macam akak kenal dengan korang ni.Kita pernah jumpa kan?" tegur seorang akak."Eh.Haah..Yang dekat Langkawi haritu kan?" Ashfeen Nadiah mengiakan lalu memandang Rhaf.Rhaf tersenyum seraya mengangguk."Wah..Tak sangka kita jumpa lagi. " akak tu memeluk Ashfeen Nadiah.
"Nama akak Mira.Lama tak jumpa kamu.Nama kamu siapa?" soal Kak Mira."Nama saya Ashfeen.Ni Rhaf." lata Ashfeen Nadiah."Ouh..Tak sangka pulak kan.Dah mengandung kamu sekarang.Baby boy ke girl?" soal Mira lagi."Tak sure lagi.Tak pergi check pun." balas Rhaf.Ashfeen mengangguk."Kamu berdua tinggal kat sini ke?" soal Mira."Tak lah.Saja datang sini.Kitorang menetap dekat KL.Minggu depan kitorang balik lah semula." kata Ashfeen Nadiah."Ouh..Berapa bulan dah ni?" soal Mira."Lapan bulan dah kak.Tunggu masa je." balas Rhaf.Ahfeen terkejut.Rhaf kira berapa lama dia berbadan dua.
"Oklah.Anak akak dah panggil tu.Apa apa pun.Akak doakan yang terbaik untuk kamu berdua.Semoga kekal hingga ke akhir hayat gitu.Selamat menjadi bakal ibu dan ayah." kata Mira lalu mempamitkan diri.
Ashfeen Nadiah memandang Rhaf.Rhaf juga memandang Ashfeen Nadiah."Kenapa awak tersenyum?" soal Ashfeen Nadiah."Nothing.Suka bila awak layankan je apa yang akak tu cakap." balas Rhaf."Saya ada cakap apa apa ke?" soal Ashfeen Nadiah semula.
"Awak cakap dekat akak tu macam kita berdua yang kahwin.And ni macam anak kita berdua." kata Rhaf sambil memandang perut Ashfeen Nadiah yang besar itu."Eei awak ni.Saya nak baliklah." kata Ashfeen Nadiah lalu bangun ingin menuju ke chaletnya."Slow slow lah.Jatuh nanti susah." pesan Rhaf.Dia memimpin Ashfeen Nadiah sehingga sampai di chalet Ashfeen."Apa apa awak call saya.Chalet saya sebelah ni je." kata Rhaf.Ashfeen Nadiah mengangguk.
"Rhaf.Jangan lupa esok kita fly balik KL.Tau?!" pesan Ashfeen Nadiah.Rhaf mengangguk.
Kuala Lumpur International Airport.
"Ash tunggu sini.Rhaf pergi ambil kereta sekejap." kata Rhaf.Ashfeen Nadiah mengangguk lalu memerhati langkah Rhaf.
Ashfeen Nadiah merasakan dirinya sedang diperhati namun perasaan gusar itu diabaikan.Biasalah tempat awam.Ramai orang yang dari luar negara juga warganegara.
"Ashfeen.Ash masuk dulu.Biar Rhaf angkat beg." kata Rhaf Ashfeen Nadiah mengangguk lalu memasuki kereta audi berwarna hitam matte itu.
"Rhaf,kita pergi jalan jalan dululah.Beli barang baby." ajak Ashfeen Nadiah."Anything for you sister in law." kata Rhaf lalu mengambil sikpang ke kiri menuju ke One Utama shopoing centre.
"Stroller baby beli online jelah.Nak sumbat dalam kereta Rhaf nanti takut tak muat." cadang Ashfeen Nadiah.Rhaf hanya mengangguk.Hampir 4 jam mereka berjalan mencari baju bayi.Bermacam macam warna mereka beli.Biru,pink,ungu,putih.
"Ash penatlah Rhaf.Pergi mana mana sekejapmMinum dulu ke,makan dulu ke." ajak Ashfeen Nadiah."Jom." Rhaf juga bersetuju dengan cadangan Ashfeen.Mereka memasuki sebuah kafe di situ.
"Thank you." ucap Ashfeen Nadiah kepada pelayan yang baru sahaja menghantarkan pesanannya."Ash." panggil Rhaf.
Ashfeen Nadiah yang sedang menyisip jus oren itu mengangkat kening."Ash tak mengidam apa apa ke?" soal Rhaf.Yelah,selama dia menjaga Ashfeen di Sabah,tak pernah pun gadis itu meminta itu ini. "Entahlah Rhaf.Ash suka makan benda benda masam.Tu pun Ash ada simpan dalam beg tau asam yang mummy bagi." kata Ashfeen Nadiah.
"Rhaf,jomlah gerak.Nanti nak pergi checkup pulak kan?" ajak Ashfeen Nadiah.Mereka berjalan beriringan keluar dari kafe setelah membuat pembayaran.
"Wah...Lepas tinggalkan aku,jumpa adik aku...Dah berbadan dua dah kau ni sekarang.." perli Mika sinis."Mika." Rhaf menyebut nama abangnya dengan nada mendatar.
"Kau diam!Aku cakap dengan perempuan tak sedar diri ni." Mika memandang tajam ke arah Ashfeen Nadiah.Dia memerhati isterinya itu dari atas ke bawah.
"Dasar perempuan tak sedar diri!Dah ada suami nak berfoya dengan lelaki lain sampai bunting." sinis nada Mika."Abang." Ashfeen Nadiah cuba meraih tangan Mika,namun segera Mika mengalihkan tangannya."Kau jangan sentuh aku!Jijik!Jijikcada isteri macam kau!" jerkah Mikael.
Perlahan lahan keluar butir butir mutiara dari mata Ashfeen Nadiah."Dahlah Ash.Jom kita pergi." Rhaf membawa kakak uparnya itu pergi dari situ.Tidak sanggup dia melihat wanita itu sedih.Jauh mereka meninggalkan Mika di belakang.
Ashfeen Nadiah mengajak Rhaf duduk di sebuah bangku yang disediakan.Dia menangis sepuas puasnya.
"Apa salah Ash,Rhaf?Hina sangat ke Ash dekat mata dia.Ya Allah...Kuatkan dan tabahkanlah hati hambamu yang lemah ini." rintih Ashfeen Nadiah."Ash...Allah tak akan uji hambanya dengan sesuatu perkara yang hambanya tak mampu hadapi.Ash kuat.Ash boleh hadapi semua ni.Hmm?" Rhaf memujuk Ashfeen.Perlahan lahan tangisan Ashfeen semakin reda.Dia menyendengkan badannya lalu meletakkan kepalanya di bahu Rhaf.Rhaf tersenyum senget.
"Baby...Tadi,I jumpa baju tu cantik sangat.Seksi gitu..Mesti you suka tengok I pakai baju tu.Jom I tunjuk dekat you kedai tu." Cici menarik lengan Mika menuju ke butik Victoria Secret.Mika ikutkan sahaja permintaan gadis (?) itu.Entah masih dara atau tidak.Mika sendiri tidak tahu.
Mereka keluar dari butik Victoria Secret itu dengan beberapa beg plastik penuh.Shopping sakan perempuan tu.
Rhaf perasan akan kejadian itu namun dia mendiamkan diri sahaja.Takut keadaan akan bertambah buruk.
"Rhaf...Betul ke Mika ada perempuan lain selain Ash?Jujur please." pinta Ashfeen Nadiah.
Rhaf tergamam.Mulutnya seakan akan berat untuk berkata kata.Takut gadis itu menangis lagi.Bertambah penderitaan yang bakal dihadapi gadis itu.Rhaf mengeluh berat.