#enam

31 3 0
                                    

"Ish..Masalah betul lah mamat nimNak suruh aku hantar latte dekat ofis dia pulak.Dia ingat aku buat delivery ke hape." Ashfeen Nadiah membebel tak tentu pasal.Nak tak nak,dia kena juga."Thiz,nanti kalau akak balik lambat ke apa tolong settlekan kedai eh.Minta la tolong kawan kawan Thiz kalau busy sangat Nanti aku bagi upah.Bye!" kata Ashfeen Nadiah lalu menuju ke bangunan yang gah di hadapan cafenya.

"Assalamualaikum,saya nak tanya.Pejabat Encik Putra Mikael di mana?"soal Ashfeen Nadiah lembut kepada kerani di situ."Ha..Mesti Cik ni,Ashfeen Nadiah kan?Jom,ikut saya pergi bilik Encik Putra." sampuk seorang perempuan dari belakang Ashfeen Nadiah."Macam mana cik tahu nama saya?"soal Ashfeen Nadiah kepada perempuan itu.Perempuan itu tersenyum."Saya Puan Irina.Panggil Kak Ina je.Akak ni PA Encik Putra.Jom cepat.Encik tengah tunggu awak." kata Kak Irina."Panggil Ash je.Nama saya Ashfeen Nadiah."kata Ashfeen Nadiah samnil tersenyum manis.Sedar tak sedar mereka tiba di tingkat 20 dimana terletaknya bilik Encik Putra Mikael.

Pintu dikuak oleh Irina."Encik,Cik Ash dah sampai." kata Kak Ina lalu menjemput Ashfeen Nadiah masuk.Ashfeen Nadiah teruja dengan design dan gaya ruang itu yang sungguh elegan dan cantik.Harga pun mesti melangit bukan.Heh."Kak Ina,you can go.Apa apa saya panggil Akak." kata Mikael.Irina tersenyum lalu pusing untuk keluar.Ashfeen Nadiah menarik tangan Irina."Jangan risaulah.Bos baik orangnya." pesan Irina.Dengan terpaksa,Ashfeen Nadiah melepaskan tangan Irina dan memerhati langkah wanita itu keluar.Ececeh ayat.

"Your latte."kata Ashfeen Nadiah lalu meletakkan cawan kertas itu di atas meja Mikael."Thanks.Tak sangka pulak awak rajin hari ni." perli Mikael."Awak ni kira beruntung tau saya buat  delivery.Ni for the first and the last." kata Ashfeen Nadiah."Muka tu cuba senyum sikit.Macam nak makan orang je saya tengok muka awak.Duduklah.Tak penat ke berdiri."kata Mikael.

Sedang asyik mereka berborak,tiba tiba telefon Mikael dan Ashfeen berbunyi serentak.

"Helo,kenapa?" soal Ashfeen Nadiah.

"Ha?!Sekarang ke?" soal Mikael pula.

"Ha..Yelah yelah..Akak datang sekarang." kata Ashfeen Nadiah.

"On the way!On the way!" kata Mikael pula.

"Sorry,got to go." pamit Ashfeen Nadiah."Kita boleh turun sama sama." ajak Mikael."Yeah,sure." kata Ashfeen Nadiah."Kak Ina,saya ada hal sekejap.Apa apa call saya." pesan Mikael kepada Irina.Irina pula tersenyum senyum melihat bosnya dengan gadis itu.'Nak pergi dating lah tu.' bisik hati Irina.

Mereka tiba di dalam lif."Ashfeen."panggil Mikael."Ya,kenapa?" sahut Ashfeen Nadiah."Sedap nama awak." tambah Mikael lagi."Kenapa awak ni tiba tiba je." kata Ashfeen Nadiah sambil memandang Mikael pelik."Awak,kalau kita ada jodoh.Kita tetap dapat jumpa lagi kan?" kata Mikael sambil tersenyum kecil."Yeah..Maybe." kata Ashfeen Nadiah sedikit kekok."Awak rasakan.Kalau saya masuk meminang awak.Awak nak terima tak?" soalan cepumas daripada Mikael.Ashfeen Nadiah menelan air liur."Depends.Kalau parents saya suka awak.Mungkin.Apa salahnya kalau mencuba.Takkan saya masih lagi nak menaruh harapan pada orang yang saya dah lama tak jumpa." kata Ashfeen Nadiah dan sempat bermuhasabah diri.Mikael tersenyum gembira.

                         ••••

"Asal kau lambat gila?!"marah Rhaf."Eh,kau ni.Bersyukur tau aku nak jemput.Kalau tak,mereput kau kat sini." marah Mikael pula."Pape jelah.Bonda dengan nenda kat rumah kau kan?Kita singgah sana dululah." kata Rhaf kepada Mikael seperti Mikael ialah driver nya."Baik,Tuan Muda." kata Mikael lalu membuat muka menyampah.
"Bagus..Nanti bagi layanan macam ni lagi ye.Butler." kata Rhaf seperti keturunan diraja.

Semasa di dalam perjalanan,mereka hanya diam tanpa berbicara.Rhaf asyik mengscroll instagramnya.Melihat wajah yang dirinduinya selama ini.Latte di tempat letak air diambil.Dengan selamba,dia minum air itu sehingga habis."Sedap lah latte ni,mana kau beli?" soal Rhaf lalu menunjukkan cup kertas yang sudah tiada isi."Wei!Kau habiskan air aku?!Bertuah betul.Nasib baik aku sayang kau.Blah ah." marah Mikael."Mana kau beli.Mana tahu,lain kali aku boleh beli sendiri." kata Rhaf lagi."Dekat kafe kakak ipar kau." selamba Mikael menjawab."What?!Bila Rafi kahwin?!Tak bagitahu aku pun!"Rhaf terkejut.Rafi si playboy gila nak mati tu dah kahwin?Wow!"Bukan dialah.Aku."Kata Mikael lalu tersengih apabila teringat telatah Ashfeen Nadiah."Kau dah kahwin?!Gila ah..Tak bagitau apa apa tiba tiba dah kahwin.Ni mesti pasal harta kan?Aku tahu,kau ni bukannya hemsem sangat pun.Mesti sebab poket kau tebal ni..Kau jangan percaya sangat perempuan zaman sekarang." bebel Rhaf panjang lebar."Tak semua perempuan macam tu bro." kata Mikael lalu mengusap rambut adiknya.Habis serabai rambut Rhaf."Apa apa jelah.Sekarang ni,aku nak pergi cafe tu.Sebab rasa latte ni meingatkan aku dekat seseorang."Kata Rhaf sambil tersenyum simpul.Mikael memandang adiknya yang tersengih sengih.

"Thiz,akak duduk dekat bilik atas tu Kalau ada apa apa panggil akak.And..Boleh tak,Thiz panggil akak Kak Feen.Kalau panggil Ash  tu macam lelaki lah pula."kata Ashfeen Nadiah sambil tersenyum senget."Ok Kak Feen.Thiz sambung buat kerja dulu eh." kata Thiz lalu memerhati langkah Ashfeen Nadiah menaiki anak tangga.Kelihatan muka letih gadis itu."Kak feen,Kak feen.Kenapalah akak tak pergi ke hospital ke,klinik ke.Muka dah pucat dah tu." bebel Thiz sendirian.

Sedang Thiz asyik duduk di kaunter.Ada dua orang pelanggan masuk ke kafe.Dengan segera,Thiz menuju ke meja yang diduduki jejaka jejaka itu."Order.Eh..Ni datang mesti nak prder latte lagi kan?"Kata Thiz kepada Mikael.Dah selalu dia nampak Ashfeen Nadiah membawa latte kepada lelaki itu."Hahaha..Macam tahu je." kata Mikael sambil tersengih sengih."Ni ke yang kau cakap tu bang..Semangat kau eh." kata Rhaf sambil tersenyum nakal."Eh kau..Pepandai je.Bukan ni lah.Dah,order cepat." marah Mikael."Hehehe.Latte ais."kata Rhaf.

Sedang asyik dua beradik itu berborak,tanpa disedari.Jam sidah menginjak pada pukul 6:00 petang."Kak Feen.Jam dah pukul 6,tapi ada dua orang customer tu still berborak.Macam tak ada ura ura nak balik je.Thiz tak sampai hati nak halau.Lagipun akak kenal abang tu." terang Thiz kepada Ashfeen Nadiah."Abang mana pulak ni?"soal Ashfeen Nadiah pelik."Alah..Abang latte!Ha,abang yang suruh akak hantar latte dekat pejabat dia tu.Dia datang dengan adik dia tak silap.Sampai sekarang tak habis berborak lagi." adu Thiz lagi.Nak tak nak,Ashfeen Nadiah turun kebawah.

"Assalamualaikum." tegur Ashfeen Nadiah."Wa'alaikukussalam."balas Mikael dan Rhaf serentak,cuma Mikael memandang Ashfeen manakala Rhaf sedang menyisip air dan matanya tertumpu pada telefon."Eh..Awak..Lama saya tunggu awak.Ermm..Awak dah balik ke?Saya boleh hantar awak."kata Mikael kepada Ashfeen.Ikutkan hati Ashfeen Nadiah macam nak tolak pelawaan Mikael tetapi bila difikirkan balim.Mungkin dia patut terima sebab keretanya tiba tiba rosak.Sebab tu dia cadang nak tidur dekat ruangan atas."Erm.." Ashfeem Nadiah tidak membalas lagi sebaliknya matanya memerhati jejaka di hadapan Mikael.

Mikael yang terlihat ekor mata Ashfeen,cepat cepat dia menyepak kaki Rhaf.Automatik Rhaf terpandang Ashfeen Nadiah.Tiada sepatah kata terlepas dari mulut masing masing.Hampir dua puluh saat Ashfeen Nadiah dan Rhaf bertentang mata.Tiba tiba,Ashfeen Nadiah rebah di lantai.

Authors note:

Apa jadi dekat Ashfeen?😱Forget the typo.😁Keep reading.Hihihi🙊

Encik PRS Where stories live. Discover now