"Bye korang...Lagi sebulan kita jumpa eh..Janganlah menangis..Sebulan je..Tak lama.Kan kita dah biasa,sebulan cuti sekolah tak jumpa.."kata Ashfeen Nadiah.Dia tahan air matanya daripada gugur membasahi pipi."Yelah..Memang la dah biasa..Tapi rindu tau tak.Setakat chat,call,skype semua tu mana boleh terubat.nak kena jumpa depan depan tau baru boleh terubat rindu di hati ni."kata Myeisha.Naz dari tadi tidak henti menangis.Danial hanya memandang Naz yang dari tadi teresak esak.Dihulurnya tisu,kepada gadis itu.
Ashfeen Nadiah melangkah perlahan menuju ke balai perlepasan.Dia juga tidak mampu menahan sebak di dada.Dia ingin lupalan segalanyam.Tentang kenangan manisnya bersama Rhaf cuma letak di ingatan.Tidak mampu dia mencintai orang yang bakal menjadi adik iparnya."Kenapalah aku bodoh sangat masa tu.Semata mata nak move on daripada Rhaf sampai aku tak sedar.Mikael tu abang dia.Argh!Bodohnya aku.." bisik Ashfeen Nadiah sendirian.
"Eh,Rhaf."kata Danial yang sedang menunggu Naz,Nana dan Myeisha membeli apa entah.Maklumlah,ada banyak tempat shopping dekat sini.Itu pun,ajakan Nana untuk menghilangkan rasa sedih.Dengan bershopping?Tak sedih ke duit habis kak oii..
"Danial..Buat apa kat sini?"soal Rhaf seperti tergesa."Hantar kawan.Rhaf?"soal Danial pula."Ada flight ni..Rhaf gerak dulu eh.Assalamualaikum." pamit Rhaf.Mereka bersalaman lalu Rhaf berlari ke balai perlepasan.
Ashfeen pov
Aduh...Betul ke apa aku buat ni..Kalau hati ni still nak dekat Rhaf macam mana?Habislah aku...
No!Ashfeen Nadiah tidak selemah ini.Mesti ada jalan lain..Kalau nak putuskan hubungan sebab belum sedia macam apa pula..Lagipun mak dengan ayah aku memang pernah tanya aku bila nak kahwin.Tapi tak rasa ke aku ni muda lagi.Chop!Bukan dulu aku sendiri yang kata nak kahwin muda ke?Aduuuhhh..Ni lah.Kalau jodoh dah sampai nak buat macam mana.Aku terpaksa la terima dengan redha.Apa nak jadi,jadilah.Aku akan cuba harungi.Lagipun,Myeisha,Naz dan Nana setia ada dekat belakang aku.Aku mesti kuat.
End pov.....
Ashfeen Nadiah masuk ke dalam pesawat.Dia duduk lalu memandang keluar tingkap.Ingin teringat perkara silam tidak sama sekali.Takut terbawa bawa.'Move On!!'Aku kena move on daripada Rhaf.Dia masa silam aku.Masa depan aku,Mikael.Rhaf tu bukan sesiapa bagi aku.Sekadar kawan satu sekolah.Ingat tu Ashfeen!!
Camera yang disangkut pada leher diangkat.Rhaf memandang sekeliling.Indah betul suasana di KLIA 2 ni.Walaupun suasana nak masuk tengah hari.Orang pun sesak.
"Klik!"
"Klik!"
"Klik!"
Beberapa gambar diambil.Menyesal je tergesa gesa lari dari Danial.Rupanya ada lagi setengah jam.Rhaf terpandang satu susuk yang mungkin dia kenali.Mungkin...Dalam diam,dia mengambil beberapa gambar gadis itu.Disebabkan gaya yang menarik.
Skirt yang bewarna hitam putih bersama dress bewarna hitam dan shawl juga hitam menarik perhatiannya."Macam Ashfeen." tuturnya spontan.Baru dia tersedar dia menyebut nama Ashfeen Nadiah.Cepat cepat dia menepuk perlahan mulutnya.
'Rhaf..Dia bukan sesiapa untuk kau.Dia dah ditakdirkan untuk abang kau.Bertabahlah wahai hati.Semoga kau jumpa orang yang akan membahagiakan kau di sana nanti.' kata Rhaf sendirian di dalam hati.
Dalam hatinya bertekad.Siapa sahaja dia akan jumpa di sana nanti,mungkin ialah orang yang bakal menjadi miliknya suatu hari nanti.Itu kata hatinya.
Rhaf menghempaskan punggungnyaa perlahan di atas kerusi di dalam pesawat.Kamera DSLR ditatapnya.Satu per satu gambar kenangannya bersama Ashfeen Nadiah.Ada yang candid,ada yang diambil secara diam diam.Dan ada juga gambar ketika raya bersama.
"Ash...Rhaf harap Ash bahagia.Dengan Abang Mika.Rhaf tahu Rhaf bukanlah yang terbaik untuk Ash.Tapi Rhaf tak akan putus berdoa supaya jodoh kita berterusan.Ash.Rhaf nak jumpa Ash.Rhaf nak tengok Ash senyum pada Rhaf.Rhaf nak tengok sama ada betul Ash cintakan Rhaf atau tidak?' bisik hati Rhaf perlahan.
"Astaghfirullahhalazim.Rhaf...Ash tu bakal kakak ipar kau..Kau tak layak untuk dia.Tolong lah..." Rhaf cuba menenangkan hatinya yang berdebar debar seperti mahu tercabut.
Secara tidak sengaja,gambar Ashfeen Nadiah yang diambil secara rahsia ditatapnya.Tengah syok syok slide gambar,tiba tiba tangnnya berhenti di satu gambar ini.Kali pertama dia terjumpa Ashfeen Nadiah.
"Eh,sorry sorry.Saya nak krna cepat.Gerak dulu.Bye." Rhaf bergegas kerana telah lewat tiba di kelas.Jam Daniel Wellington Di pergelangan tangan diperhatikan.'Gosh!' Rhaf lagi mempercepatkan langkahnya.Dah lambat gila dah nii...
"Encik PRS telinga capang?!"
Langkah Rhaf terhenti,lalu berpusing.Dia sedar,dia memegang jawatan sebagai PRS,dan telinganya capang.Sekurang kurangnya dia sedar diri😴 😂😂
"Ouh,sedar rupanya telinga dia capang.Maaf tak ada ke?!"marah budak itu lagi.
Dengan senyuman sinis,Rhaf mengatur langkah pergi ke arah Ashfeen.Dia memerhati gadis yang berpakaian biru itu dari atas hingga ke bawah.Senyuman paling sinis diberikannya.
"Nak ambil kesempatan ke macam mana?" soal Ashfeen Nadiah."I'm sorry Miss Cutie.Okay!"kata Rhaf dalam nada yang manja siap diberi wink lagi.
Wajah Ashfeen Nadiah yang terkejut dan terkaku itu diperhatinya.Perlahan lahan Rhaf melangkah,dengan senyuman manis yang terukir di bibir.Hatinya tidak keruan tika itu.
Setelah Rhaf tiba di kelas,Puan Rosiah baru masuk."Eh Putra?Kenapa kamu ni?Macam tak cukup nafas je saya tengok." tegur Puan Rosiah.Rjaf tidak bersuara tetapi sekadar tersenyum senget dan menggelengkan kepalanya.
"Rhaf,Puan Maimunah panggil kat dewan.Tadi ada budak junior datang suruh panggil kau.Pergi la." kata Hafiz.Rakan sekelas dengan Rhaf.
"Kau ni..Aku punya semput marathon tak habis lagi dah suruh aku pergi dewan pulak.Menyesal je aku lari laju laju tadi.Rupanya jam aku cepat 15 minit.Kepochi betul." bebel Rhaf.Tal ubah seperti atuk yang sudah nyanyuk.
Selesai meminta diri,Rhaf berlari lagi menuju ke dewan.Baru sahaja dia nak masuk ke pintu.Dia telah merempuh seseorang.
"Ya Allah Rhaf!"
"Ashfeen!!"
"Macam mana boleh jadi macam ni??"
"Ashfeen!!"
Kata kata terakhir yang didengarinya setelah seorang pelajar yang dirempuhnya tadi melarikan diri.
'Ashfeen....'
Rhaf bangun lalu pergi mencari gadis bernama Ashfeen itu.Sedang dia mencari,lama jugalah.Akhirnya di tiba di hujung kawasan sekolah.Terdapat lorong menuju ke taman.Baru sahaja dia nak memasuki lorong itu dia dirempuh pula.Memang dah jodoh agaknya kalau asyik asyik berlanggar je.
Gadis itu jatuh terduduk.
"Eee....Apa masalahnya harini?!Kenapa semua orang nak sakitkan hati aku?!Tak puas lagi dah hancurkan hati aku,hati kawan aku.Lepasni nak langgar aku lagi?Langgar pakai kereta terus la.Pakai lori ke?!" kata kata tajam keluar dari bibir mungil gadis itu.Air matanya menitis di pipi.
Rhaf mengambil sapu tangan miliknya,lalu mengelap air mata gadis itu."Jangan la menangis Cutie...Nanti tak cute muka awak."kata Rhaf bernada lembut.Gadis itu seperti tersentak.
Rhaf mengeluarkan sehelai sapu tangan kosong yang terlipat kemas.Dia memerhati lama sapu tangan itu.
'Suatu hari nanti,sapu tangan ini..Dan jejaka inilah yang akan mengusap air mata awak.Jangan sedih sedih..'
Rhaf memerhati kawasan luar lapangan.Cahaya lampu menerangi Pulau itu.Diactelah tiba di destinasi yang ingin dituju.Kepalanya ditundukkan.Tiba tiba tergerak hatinya untuk memandang ke kanan.Perlahan lahan,kepalanya di pusing ke kanan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ashfeen Nadiah terasa dirinya diperhati.Dia berpaling ke kiri untuk kepastian.Mata mereka bertemu.Terpancar riak terkejut kedua dua insan itu.
"Rhaf."
"Ash."
Kata mereka serentak.