#tujuhbelas

18 1 1
                                    

"Alhamdulillah..Mujur dia tak apa apa." ucap Ibu Ash lega apabila mendengar kata kata Rhaf."Rhaf.Pak cik rasa...Nah." Ayah Ashfeen tidak dapat berkata apa apa lalu menghulurkan segugus kunci kepada Rhaf.

"Kunci apa ni?" soal Rhaf.Ibu dan ayah Ashfeen memandang ke arah satu bilik di hadapan mereka.Perlahan lahan Rhaf bangun lalu menuju ke arah bilik itu."Klik!" kunci pintu itu dibuka oleh Rhaf.Tombol pintu dipulas.Sifat ingin tahunya menguasai minda.

Ashfeen Nadiah merebahkan badannya di atas katil.Sejenak dia termenung,tiba tiba dia teringat akan sesuatu.

Kotak sederhana yang dia dapat semasa majlis persandingannya itu menarik perhatiannya.Perlahan lahan kotak itu diletakkan di atas ribanya.

Penutup kotak itu dibuka.Alangkah terkejutnya dia.Dia terkaku dan terkedu.

"Rhaf simpan semua ni." perlahan lahan selendang yang dilipat rapi diambilnya.Ini tudung yang dia pegang haritu.Semasa dia bersiar siar bersama Rhaf.

"Ashfeen..." nama itu meniti di bibirnya tatkala dia melihat ruangan di dalam bilik itu.Dipenuhi dengan belon yang terapung.Di hujung tali itu terdapat gambar Rhaf bersama Ashfeen.Satu demi satu gambar dipegang Rhaf.Dia masih ingat semua itu.

Gambar Rhaf dan Ashfeen semasa jamuan hari raya menarik perhatiannya.Terdapat coretan di belakang gambar itu.

"Selamat Hari Raya!!!Tak sangka Encik PRS telinga capang ni dapat robohkan tembok besar cina yang aku bina selama bertahun tahun."

Gambar kedua di mana mereka bersama sama di padang semasa hari sukan sekolah.

"Terima kasih Encik PRS sebab tolong saya angkat meja.Saya terharu yang teramat.❤"

Gambar semasa hari koperasi..

"Kenapa Encik PRS ni baik sangat  tolong saya  sampai  sanggup redah hujan sebab nak bagi payung kat saya.🙈"

Gambar kena denda...

" Siapa benarkan kamu berdua main hujan dalam kawasan sekolah?Dah besar pun perangai macam budak kecil...Bebelan cikgu buat saya pitam.Hahaha."

Gambar Ashfeen dan Rhaf terlentang di atas lantai dewan setelah Rhaf merempuh Ashfeen.

"Naz dengan Medina memang kejam.Tapi gambar ni amat bermakna."

Banyak lagi kenangan manisnya bersama gadis itu.Terdapat satu tali belon yang masih belum dilekatkan gambar.Senyuman nakal mula menghiasi bibir Rhaf.

Sampul surat yang terdapat di dalam kotak itu dibuka lipatannya.

"Assalamualaikum Ashfeen Nadiah.Maaf sebab tak dapat datang wedding day awak.Saya gembira tengok orang yang saya sayang bahagia.Selamat pengantin lama...HAHAHAHAH.Kalau ada jodoh kita dapat jumpa lagi.Saya nak awak jaga rumahtangga awak dengan Abang Mika baik baik.Saya sentiasa sokong apa yang awal lakukan selagi tidak melanggar perintah agama."

          "Ashfeen,terima kasih untuk segalanya.Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya sejak sekolah menengah walaupun saya tahu saya suka sangat sakat awak.Terima kasih sebab sudi jadi pendengar setia saya disaat sukar datang menyapa.Terima kasih sebab selalu ada di sebelah dan menjadi penguat semangat saya.Terima kasih untuk semua kenangan manis yang tercipta walaupun hanya dalam masa 3 tahun."

         "Ashfeen..Walaupun saya tahu awak  jadi milik abang saya selamanya.Salahkah saya untuk mencintai awak?Salahkah saya suka pada awak?Saya tahu saya tak dapat menemani awak selama 4 tahun.Saya tahu,awak cari saya.Naz dah cerita yang awak berharap dapat jumpa saya masa ambil result SPM.Maafkan saya sebab tak dapat penuhi impian awak."

    " Ashfeen.Saya bersyukur sangat dapat jumpa awak.Awak bagaikan matahari yang menyinari hari hari saya.Saya nak bagitahu awak sesuatu.Saya sayang awak!Semoga jodoh awak dan Abang Mika berpanjangan dan berkekalan hingga ke jannah.Jangan lupakan saya!Saya masih Encik PRS awak."

Ashfeen Nadiah tergamam.Tiada apa yang dapat dia ungkapkan.Dia ingat,selama 4 tahun lelaki itu menjauhkan diri dari dia sebab lelaki tu dah bencikan dia.Ternyata semua itu salah!Menyesal?Of course!Tapi siapalah dia nak menyalahkan takdir.Ingin sahaja dia memeluk lelaki itu jika lelaki itu ada di hadapannya kini.Perutnya yang semakin memboyot diusap.

"Baby..Kenapa mummy selalu teringatkan Pak Su?Mana Papa?Dia tak nak cari mummy ke?" menitis air mata Ashfeen Nadiah.

"Assalamualaikum.Mommy to be."

"Wa'alaikukussalam uncle to be.Kenapa?" soal Ashfeen Nadiah.Baru sahaja dia selesai menunaikan solat maghrib tiba tiba telefon berbunyi minta diangkat.

"Janganlah garang sangat suara tu.Mama awak nak cakap." kata Rhaf lalu menghulur telefon kepada Mak Ashfeen.

"Assalamualaikum Ashfeen.Ash sihat?" suara itu..Ya,Ashfeen rindukan suara itumWanita yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari.Yang telah mendidiknya dari kecil hingga besar.Yang tal henti henti memberikannya kasih sayang yang melimpah ruah.

"Mama..." sendu suara Ashfeen Nadiah.Kedengaran esakan dari mulut kecilnya."Ash rindu mama..." kata Ashfeen lagi.Air matanya deras mengalir.

"Maafkan Ash mama...Ash pergi tak bagitahu mama..Ash...Ash takut mama...Ash takut...Ash takut Ash tak kuat..Mama..." dia meluahkan isi hatinya.

"Sayang mama..Ash tak buat apa apa salah pun.Yang penting Ash sihat.Anak mama yang namanya Ashfeen Nadiah kuat orangnya.Ash jangan sedih sedih ya.." Mama Ashfeen turut sebak.
(Author lupa nama mak dia.Harap maaf.🌚)

Hampir dua jam dia meluahkan perasaannya.Penat sungguh dia hari ini.Ashfeen Nadiah membaringkan tubuhnya di atas katil perlahan lahan.Perutnya yang sudah besar itu menyukarkan pergerakannya.Tapi,kasih seorang ibu macam mana sekalipun.Dia nak yang terbaik untuk anaknya.

Ryaf berjalan di sekitar OU.Saja jalan jalan cari barang untuk keperluan bayi.Dia yang semangat nak jadi uncle.Matanya meliar mencari  baju lah,stroller lah.Tiba tiba matanya tertumpu pada satu pasangan..Tercengang dia seketika.

Nak teaser utk next bab tak?🌚🌚


Tak yah mintak,author kasi
.
.
.
.
.
.
.
.


"Hei..Come on lah.Jangan disebabkan betina tu pun kau sanggup rosakkan hubungan adik beradik kita." tinggi suara Mikael.

Rhaf tersenyum sinis.

"Betina?Bagus sangat ke kau sampai nak panggil dia betina?Kau jangan ingat aku tak tahu apa apa yang berlaku eh.Kau dengar sini elok elok.Betina yang kau cakap tu,dia perempuan dan dia ada nama!Ashfeen Nadiah!Kau jangan sesekali samakan dia dengan betina yang kau peluk tadi tu!" marah sungguh Rhaf ketika itu.Merah  mukanya menahan marah.

Telinga capang dia?Jangan cakap,merah habis kau jah!

Encik PRS Where stories live. Discover now