"Prangg!!"
Pecah kaca pecah gelas,sudah baca,harap balas.Eh eh..
Berkecai pinggan itu akibat terlepas dari tangan Ashfeen Nadiah.Satu keluhan kecil dilepaskan.Perlahan lahan dia menunduk untuk membersihkan kaca itu.
"Aduh!" Darah..
Darah pekat mengalir keluar dari.
.
.
.
.
.Jari Ashfeen Nadiah akibat tusukan kaca.
"Wah!Hebat permainan kau Putera Mikael...Hebat!" Rhaf menghampiri pasangan 'gagak' dua sejoli itu dengan tepukan tangan.
"Apa kau nak Rhaf?" soal Mikael."Aku?Apa aku nak?Huh." jelingan tajam diberikan kepada gagak betina.Kecut perut wanita di sebelah Mikael.
"Siapa ni?Kakak ipar aku 'lagi'?" soal Rhaf."Rhaf stop it." Mikael malas melayan loyar buruk adiknya itu."Kau!Blah!" jari telunjuknya menghala ke arah wanita di sebelah Mikael.Sakit hati Rhaf hanya Allah yang tahu.Perempuan itu terus meninggalkan Rhaf dan Mikael.
"Tak sangka kau sanggup habiskan duit untuk perempuan lain.Tapi tak mampu nak cari isteri sendiri.." sinis perlian Rhaf."Hei apa masalah kau?Siapa tinggalkan siapa?Dia dah nusyuz kau tahu tak?Lupa,kau memang tak tahu apa apa pasal rumahtangga kitorang kan?" perli Mikael semula."Celah mana lagi hal rumahtangga kau yang aku tak tahu?Aku tak bodohlah Mika.Aku selalu nampak Ashfeen sedih.Kau nak apa dari dia sebenarnya?Kalau kau nak seksa dia,kau lepaskan jelah dia." Rhaf berkata perlahan."Celah mana eh?Ops!Lupa!Kau kan ada skandal dengan Ashfeen Nadiah tu.Celah mana yang kau tak dapat tahu kan?Kau?Nak aku lepaskan dia?Supaya kau dapat kutip balik perempuan tu?Huh!" kata kata Mikael membuatkan hati Rhaf semakin sakit.
"Sekurang kurangnya,aku bersyukur dengan apa yang aku miliki.Bukannya pasang lain dari belakang." smirk sempat diberikan kepada Mikael.
"Hei..Come on lah.Jangan disebabkan betina tu pun kau sanggup rosakkan hubungan adik beradik kita." tinggi suara Mikael.
Rhaf tersenyum sinis.
"Betina?Bagus sangat ke kau sampai nak panggil dia betina?Kau jangan ingat aku tak tahu apa apa yang berlaku eh.Kau dengar sini elok elok.Betina yang kau cakap tu,dia perempuan dan dia ada nama!Ashfeen Nadiah!Kau jangan sesekali samakan dia dengan betina yang kau peluk tadi tu!" marah sungguh Rhaf ketika itu.Merah mukanya menahan marah.
Telinga capang dia?Jangan cakap,merah habis kau jah!
Darah pekat mulai mengalir dari tepi bibir Mikael."Kau nak aku pecahkan muka kau lagi sebelah ke?" soal Rhaf."Kau memang suka dapat perhatian kan?Sampai kat shopping mall pun kau cari pasal dengan aku.Abang kau sendiri pulak tu." kata Mikael."Abang?!Huh!Aku tak pernah ada abang macam kau!Abang aku dah lama mati!Kau bukan abang aku!Kau dengar sini,kau sakitkan lagi hati Ashfeen Nadiah..Hidup kau tak aman." pesan Rhaf."Tak malu ke cintakan isteri orang?" pedas soalan itu di telinga capang Rhaf.
capang tu memang kena mention🙈
"Yes!I'll admit that I love her.Sekurang kurangnya,dia tahu ada orang yang care pasal dia,dia dapat rasa kasih sayang dari seorang lelaki walaupun bukan daripada suami sendiri.Tapi dia tetap bersyukur.Kau sepatutnya bersyukur sebab ada isteri macam dia.Eventhough time dia lari kan diri sebab nak cari ketenangan daripada maki hamun kau,fitnah kau pasal kitorang pun dia still tanya aku kau apa khabar!Dia still minta aku tengok tengokkan kau!Sesakit manapun hati dia,keperluan kau kesihatan kau dia ambil berat.So don't hurt her feelings.Dia pun ada hati.Tolonglah hargai dia selagi dia hidup.Tolonglah!Dalam masa 2 bulan ni,apa apa pun boleh jadi dekat dia." Rhaf terus melangkah pergi tanpa mendengar balasan daripada Mikael.Hilang moodnya untuk beli barang keperluan baby.
Mikael terdiam.Baru dia sedar.Ashfeen Nadiah terasa hati dengan tindakannya yang melulu itu.Mikael meraup mukanya kasar.Dia terus menuju ke arah parking lot untuk pulang.
Mikael bertekad.Dia akan cuba mencari Ashfeen Nadiah.Rumah ibu bapa mertuanya menjadi lokasi tujuan.
Setelah tiba di destinasi,Mikael keluar dari kereta."Assalamualikum." Mikarl memberi salam.
Ibu dan ayah Ashfeen menyambut kedatangan menantu mereka."Assalamualaikum ma,ayah." Mikael menyalam tangan kedua mertuanya itu."Kamu cari Ashfeen ke?Dia tak ada kat sini." terus keluar dari mulut ayah Ashfeen walaupun Mikael tidak tanya apa apa pun lagi.Kalau dibiarkan mama Ashfeen yang bercakap nanti,habis semua rahsia dibocorkan.
Terkejut Mikael dengan kata kata ayah mertuanya itu.Otaknya ligat berfikir ke mana agaknya Ashfeen tu pergi.
"Ouh.Yeke.Kalau macam tu.Tak apalah.Erm..Boleh Mika tumpang solat isyak?Tadi jalan jam,tak sempat nak singgah rumah." kata Mikael.Ayah Ashfeen mengangguk lalu Mikael menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk.
Setelah selesai solat,Mikael telah diajak oleh mertuanya untuk makan malam bersama.Tanpa bantahan,dia ikutkan sahaja.
"Mikael,dah malam ni.Bahaya kalau kamu drive walaupun jarak perjalanan tak jauh." mama Ashfeen mempelawa menantunya untuk bermalam."Erm..Tak menyusahkan ke?" soal Mikael."Eh,apa yang susahnya.Adik kamu tu baru je lepas bermalam dekat sini haritu." Mama Ashfeen segera mencubit lengan suaminya.Okay,selain daripada mama Ashfeen..Ayah Ashfeen juga tak boleh simpan rahsia.HAHAHA..lekss.Kbai.
Sambung....
Terkejut Mikael mendengarnya.'Heh!Ada udang disebalik batu betul kau eh Rhaf...Kau memang tak sayang nyawa.Tak sangka bini aku pun kau nak rampas.' bisik hati Mikael.Senyuman palsu menghiasi bibir Mikael.
"Kami masuk tidur dululah ye.Kalau tak nak tengok tv nanti,Mika tutup plug." Ayah dan mama Ashfeen mengundurkan diri apabila hari sudah semakin gelap.Mata Mikael tertumpu pada satu pintu bilik.Dah lama dia perhati.Harta karun apa yang Ashfeen Nadiah simpan dalam bilik tu?
Perlahan lahan Mikael memulas tombol pintu bilik itu.Tidak berkunci!
Sakit di hati masih lagi tidak reda.Akhirnya Rhaf terlelap dalam kapal terbang.
"Assalamualaikum!" Rhaf mengetuk pintu chalet milik Ashfeen Nadiah.Perlahan lahan Ashfeen Nadiah mencapai tombol pintu."Eh Rhaf..Bila sampai?" soal Ashfeen Nadiah lalu menutup pintu chaletnya.Mereka berjalan beriringan menuju ke kafe."Pagi tadi dalam pukul 2 ke 3 pagi macam tu.Bila Ash nak balik KL?" soal Rhaf.Ashfeen Nadiah tersenyum senget."In Shaa Allah lagi 2 bulan.Sebab due untuk lahirkan baby ni bulan March,Sekarang ni bulan Januari.So,sempatlah balik sana jumpa semua orang dulu." kata Ashfeen Nadiah.Rhaf mengangguk.
Author notesszz
Untuk pengetahuan anda semua,author mempunyai daya ingatan yg rendah.So jgn pelik kenapa author tulis ' mama dan ayah Ashfeen' kerana author lupa apa nama mak ayah dia.Dan kemalasan author untuk mencari nama di bab bab lain amatlah jelas.So,jgnlah pelik atau merasakan perkara itu tak logik dek akal Jadi,keep reading guyss!!😂❤