19 tahun kemudian...
"Tidak!!!"
Seluruh kawasan istana bergegar dengan satu patah perkataan. Para dayang sudah kelam kabut meluru ke bilik puteri sulung negara itu. Bukan itu sahaja para pengawal istana juga bergegas ke arah punca utama istana bergema dengan jeritan itu. Dayang dan pengawal istana sampai di bilik sang puteri pada masa yang sama.
"Kenapa, tuan puteri?"
"Puteri tak apa-apa ke?"
"Ada tikus ke?"
"Ada lipas ke?"
"Patik akan tangkapnya."
"Sudah! Sudah! Beta tidak apa-apa..."
"Tapi kenapa tuan puteri jerit seperti itu? Buat kami terkejut..." balas dayang.
"Kamu semua tengoklah apa yang adinda beta lakukan pada gaun beta! Kotor! Macam mana dengan majlis malam ini?" keluh sang puteri dengan nada geram.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" tanya pengawal istana. Kepala digaru sehingga topi yang dipaka senget-benget.
"Kamu berdua bukan tidak tahu tentang perangai adinda beta..."
"Anakanda Puteri Ferlisa, kenapa menjerit sedemikian rupa?" tegur seseorang yang baru melangkah masuk ke dalam bilik puterinya.
"Ayahanda... Ayahanda tengoklah apa yang Fleur buat. Gaun anakanda untuk pakai malam ini kotor angkara adinda Fleur. Anakanda sudah takde gaun untuk pakai malam ni," adu Puteri Ferlisa.
Raja Fernand melepaskan keluhan kecil atas kenakalan puteri bongsunya yang suka menaikkan darah puteri keduanya. Mungkin dia terlalu manjakan anakanda bongsunya itu sehingga tingkah laku puteri bongsunya tidak berkelakuan seperti seorang puteri.
Langsir di dalam Puteri Ferlisa bergerak-gerak seperti ditiup angin. Satu bayang-bayang melintasi di belakang langsir tersebut.
"Anakanda Puteri Fleurisella. Keluar sekarang..."
Seorang gadis berambut merah yang diikat toncang seperti seekor kuda melompat dari arah jendela mengejutkan semua orang kecuali seorang iaitu ayahandanya sendiri. Dia melemparkan senyuman manis apabila melihat ayahanda kesayangannya yang merenungnya tajam. Tangannya yang kotor angkara lumpur disembunyikan ke belakang badan.
"Hai, semua!" sapanya dengan ramah.
"Puteri Fleurisella... Ikut ayahanda sekarang!"
"Baik..."
Gadis berambut merah tu mengikuti langkah ayahandanya dari belakang. Semasa hendak keluar sempat dia menarik rambut kakaknya dengan tangannya yang kotor.
"Fleur!!!" jerit Ferlisa kerana geram dengan tindakan adiknya yang mengotorkan rambutnya. Sekali lagi istana bergema dengan suara Ferlisa.
Gadis itu cepat-cepat melarikan diri kerana takut dimarahi oleh kakaknya. Tetapi ketawanya meletus apabila dapat mengenakan kakaknya yang mudah marah itu.
YOU ARE READING
Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓)
FantasyFudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggambarkan tingkah lakunya... Dia... Sang puteri lincah bermain pedang, Sang puteri pandai menari digelan...