Raja Fernand merenung wajah puteri bongsu yang sedang mengukir senyuman manis kepadanya. Tak ubah seperti arwah isteri kesayangannya iaitu Permaisuri Ferlina. Warna rambut, warna anak mat dan senyuman puteri bongsunya persis permaisurinya berbanding dua lagi puterinya yang lebih memiliki irasnya. Kasih sayangnya banyak dicurahkan pada puteri bongsunya itu kerana puteri kesayangannya itu kehilangan bondanya sejak bayi lagi.
"Ayahanda marah, Fleur?" tanya Fleur.
"Mana mungkin ayahanda marah anakanda," kata Raja Fernand sambil menggosok kepala anakandanya. "Cuma ayahanda tidak berapa suka dengan tingkah laku anakanda..."
"Ayahanda... Bukankah ayahanda tahu apa yang anakanda suka dan tidak suka..."
"Tapi wahai puteriku, anakanda adalah Puteri Kerajaan Wyndolynne. Seorang puteri harus berkelakuan seperti seorang puteri. Lemah-lembut, sopan-santun, bertatatertib bukan panjat istana, lompat tembok, menunggang kuda, melawan pedang, memanah... Anakanda seorang gadis bukan kesatria yang tidak didendangkan..." Panjang lebar Raja Fernand menasihati si anak.
"Tak usah memerli anakanda... Anakanda tahu apa yang ayahanda maksudkan."
"Kalau begitu... Kenapa tidak mahu berubah?"
"Anakanda suka dengan apa yang anakanda lakukan dan pakai..."
"Aduhai... Berbual dengan anakanda sampai bila-bila tiada penamat cerita..."
Fleur sengih apabila melihat ayahandanya mengeluh dengan kedegilan.
"Lagipun... Bukankah bonda seorang yang lincah? Kelincahan bonda buat ayahanda jatuh cinta dengan bonda kan?" ujar Fleur dengan senyuman.
Raja Fernand mengukir senyuman apabila puterinya itu membangkitkan kisah bondanya dahulu. Dia akui perangai arwah permaisurinya dengan anakanda bongsunya sama. Kali pertama dia jumpa isterinya ketika Permaisuri Ferlina memanjat tembok istana untuk memetik buah epal di taman. Dia jatuh cinta dengan keberanian wanita itu. Memang benarlah cinta ITU buta...
"Kenapa ayahanda senyum? Teringatkan kisah percintaan dengan bonda?" usik Fleur.
"Ayahanda minta maaf... Anakanda tidak dapat merasa kasih saying bonda sejak lahir lagi..."
"Janganlah bersedih, ayahanda... Anakanda tidak salahkan ayahanda... Apa yang berlaku ia biarkan ia berlaku..."
Raja Fernand melangkah ke balkoni. Dari situ dia boleh melihat pemandangan kerajaannya yang sedang pesat membangun.
"Ayahanda mahukan yang terbaik untuk anakanda..."
"Apa yang ayahanda berikan pada anakanda sudah cukup bagi anakanda..."
"Bertuah ayahanda mempunyai seorang puteri macam anakanda..."
"Sudah ada di hadapan mata ayahanda," ujar Fleur sambil mengukir senyuman.
"Ya... sudah ada di hadapan mata ayahanda."
"Ayahanda..."
"Ada apa anakanda?"
"Ada apa disebalik tembok sempadan kerajaan kita?"
"Kenapa anakanda bertanya?"
"Mungkin disebabkan perasaan membuak-buak untuk mengetahuinya."
"Hanya ada bahaya yang menanti di luar sana," balas Raja Fernand.
"Ini bermakna Hutan Castreiland pun berbahaya?"
"Anakanda percaya Hutan Castreiland itu bahaya?"
Fleur menjongketkan bahu. Matanya merenung jauh tembok tinggi yang memisahkan sempadan Kerajaan Wyndollyne dan Hutan Castreiland. Tembok itu bukan tembok biasa yang dibina menggunakan batu-bata, logam, besi dan simen tetapi dibina daripada kuasa sihir oleh Bangsa Kayangan yang berkhidmat di negaranya pada suatu dahulu. Negaranya merupakan negara yang paling dekat dengan Hutan Castreiland sebab itulah tembok itu dibina.
"Ayahanda, adakah Lagenda Castreiland yang ayahanda ceritakan pada anakanda ketika mahu beradu benar-benar terjadi?" tanya Fleur. Tanda tanya yang selalu bermain difikirannya sejak kecil lagi akhirnya terluah.
YOU ARE READING
Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓)
FantasyFudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggambarkan tingkah lakunya... Dia... Sang puteri lincah bermain pedang, Sang puteri pandai menari digelan...