Angkuh...
Hanya satu perkataan sahaja sudah cukup menggambarkan sifat Putera Drian iaitu Putera Mahkota Kerajaan Glaimore. Sang putera yang sangat angkuh dengan kekayaan harta kerajaannya. Rupa parasnya yang tampan membuatkan ramai gadis tertawan dengan putera itu. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya sudah mampu buat gadis jatuh cinta. Ungkapan cinta dari sang putera itu menjadi igauan setiap para gadis kecuali seorang.
"Puteri Fleurisella, sudah lama kita tidak bersua muka. Kejelitaan tuanku makin terserlah dan semakin jelita," puji Putera Drian.
"Terima kasih atas pujian," ujar Fleur acuh tak acuh.
"Fleur..."
"Maaf, Tuanku... Patik tidak akan menerimanya," celah Fleur kerama dia tahu apa yang ingin diucapkan oleh putera raja itu.
"Tapi beta sangat mencintai, Tuanku..."
"Apa maksud cinta bagi, Tuanku?" soal Fleur.
"Sudah tentu ia merupakan satu perasaan yang lahir dari kasih sayang," balas Putera Drian.
"Nampaknya, kita tidak sehaluan. Maaf, beta tidak mampu membalas perasaan cinta Tuan Putera," ujar Fleur sebelum berlalu pergi meninggal Putera Drian seorang diri di taman bunga diraja.
Putera Drian mengetap gigi geram apabila sang puteri yang dipuja telah menolak cintanya setiap kali dia meluahkan rasa. Seumur hidupnya, belum pernah seorang gadis menolak cinta, bicara manis tetapi berlainan dengan Puteri Kerajaan Wyndollyne yang terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Rupa paras Puteri Fleurisella membuatkan para jejaka akan menjadi gila bayang apabila bertentang mata dengan sang puteri tersebut.
Oleh sebab, ramai jejaka yang tergila-gilakan sang puteri dia ingin jadikan Puteri Fleurisella sebagai miliknya. Tujuannya adalah untuk membuktikan bahawa dia mampu menundukkan sang puteri yang liar.
Namun, setiap percubaannya untuk menarik minat si puteri tidak diendahkan bukam itu sahaja dia telah dimalukan oleh puteri tersebut beberapa kali. Perlahan-lahan titik-titik hitam mula hadir dalam hatinya membentuk satu dendam yang tidak mampu dibayar.
"Wyndollyne... Tidak lama lagi akan ia menjadi satu lagenda seperti Castreiland..." bisik hati Putera Drian. Hatinya benar-benar ditenggelami dendam yang membara.
"Tuanku..."
"Verlon... Kau sudah laksanakan apa yang beta perintahkan?" tanya Putera Drian apabila melihat satu bayang-bayang hitam yang mempunyai bentuk fizikal seorang manusia.
"Usah bimbang, Tuanku... Segala titah perintah Tuanku sudah patik laksanakan dengan sempurna."
"Ingat Verlon... Sekali kau gagal, akanku musnahkan kau dengan sekelip mata!"
"Apakah Tuanku tidak yakin dengan kesetiaan patik?"
"Gurumu Evilon telah mengkhianati kerajaanku beberapa ribu tahun yang lampau. Jangan kau lupa itu..."
"Percayalah pada patik, tuanku... Patik tidak seperti Pengkhianat Evilon. Kesetiaan patik hanya untuk Kerajaan Glaimore..."
"Ingat Verlon... Keturunanku bukan boleh dipermainkan. Aku boleh hancurkan kau dengan sekelip mata. Sudah! Pergi dari sini sebelum mereka menyedari kehadiran kau!"
"Titah dijunjung, Tuanku..."
Setelah itu, bayang-bayang yang berupa fizikal seorang manusia lenyap begitu sahaja. Putera Drian melangkah masuk ke dalam istana berpura-pura tiada apa yang berlaku. Dia tidak sabar menunggu malam ni iaitu saat Kerajaan Wyndollyne akan menjadi lagenda.
Malam ini menentukan segala-galanya. Jika rancangannya berjaya, Wyndollyne akan berada di bawah pengaruhnya. Harta negara Wyndollyne yang disembunyikan akan menjadi miliknya. Ia merupakan harta Wyndollyne yang sangat berkuasa. Berdasarkan penyiasatan yang dilakukan, Harta Wyndollyne menyimpan satu kuasa hebat yang mampu seseorang menguasai alam.
"Tidak lama lagi ia akan menjadi milik. Aku akan menjadi Pemerintah Alam yang paling berkuasa! Bergembiralah Raja Fernand... Malam ini merupakan malam terakhir kau... Hahahaha..."
YOU ARE READING
Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓)
FantasyFudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggambarkan tingkah lakunya... Dia... Sang puteri lincah bermain pedang, Sang puteri pandai menari digelan...