Part 5

2.9K 315 14
                                    

Cinta itu membahagiakan jiwa...

Cinta itu menyempurnakan hati...

Cinta itu menghidupkan jiwa yang kosong...

Cinta itu memberi nafas pada hati yang mati...

Cinta itu bahagia...

Cinta itu sempurna...

Cinta itu hidup...

Cinta itu nafas...

Namun...

Cinta itu menyakitkan jiwa yang kosong...

Cinta itu melukakan hati yang rapuh...

Cinta itu memberi derita pada insan...

Cinta itu menerbitkan dendam pada jiwa dan hati seorang insan...

Cinta itu sakit...

Cinta itu luka...

Cinta itu derita..

Cinta itu dendam...

Perasaan yang membangkitkan rasa kasih sayang dalam diri setiap insan...

Perasaan itu juga menghidupkan barah dendam dalam diri setiap insan...

"Aneh..." gumamnya perlahan.

Buku sumpahan yang berada ditangan ditutup. Hanya dengan satu petikan jari sahaja buku yang berkulit hitam hilang dari pandangan mata. Kepalanya disandarkan pada tiang balkoni. Sebelah kakinya dibiarkan terjuntai ke bawah.

Mata hitamnya merenung bulan yang mengambang penuh sehingga sinaran bulan itu menyinari kamarnya. Namun, ia dihalang oleh satu bayang-bayang yang tidak asing lagi pada dirinya.

Kibasan sayap terhenti apabila ia hinggap di balkoni tempat dia duduk bersandar. Beberapa helai pelepah berwarna merah bagai api jatuh ke lantai. Dia tidak menghiraukan kewujudan itu malah terus merenung bulan penuh itu.

"Memang benar apa yang dikatakan oleh Buku Sumpahan..."

"Maksud kau?"

"Cinta itu bahagia. Cinta itu dendam. Ia kasih sayang yang aku kecapi berubah menjadi dendam..."

"Kau masih menyimpannya?"

"Selagi aku tidak tahu kebenarannya..."

"Aku membawa satu berita dari Wyndollyne... Apa yang berlaku pada Castreiland akan terjadi pada Wyndollyne. Kau mahu satu lagi lagenda tertulis?"

"Ia bukan urusanku."

"Jadi, kau tidak kisahkan tentang dia..."

"Ia akan berubah menjadi dendam. Ibarat seperti roda. Ia akan terus berlaku pada manusia."

"Bukankah itu bangsa kau juga?"

"Bangsaku? Jika bangsaku, mereka tidak akan beri derita dan dendam pada jiwa ini..."

Sudah beribu tahun berlalu, sisa-sisa dendam pada manusia masih lagi tersemat di dalam jiwanya. Peristiwa yang menyuburkan lagi dendamnya pada manusia masih lagi segar bermain diingatannya seperti baru berlaku. Satu pun tidak dilupakannya. Ia membawa satu sejarah hitam dalam kamus hidupnya.

Namun...

Dendam itu membawa derita kepadanya. Saat dia mahu pergi bersama mereka, dia dihalang. Seolah-olah tidak benarkannya pergi buat selamanya. Seolah-olah mahu dia menderita dengan dendamnya sendiri. Seolah-olah mahu dia sengsara di dunia ini.

Dendam itu menyeksa dirinya. Dendam itu buat dia menderita.
Dendam itu buat dia sengsara.

"Rambutnya merah seperti api yang menyala marak,
Matanya berkilauan seperti permata,
Bibirnya merekah seperti buah delima yang masak...
Wajahnya indah bagai sang dewi..
Namun...
Rupa tidak mencerminkan dirinya..
Jiwanya kental bagai sang belang,
Jiwanya memberontak bagai sang rimba,
Jiwanya teguh bagai sang raja langit..."

"Apa maksud kau?"

"Sang puteri akan tersungkur apabila runtuhnya Wyndollyne. Jiwanya yang suci akan ditenggelami dendam yang membara. Tika itu, tiada seorang mampu menghalangnya..."

Pandangannya di hala pada bulan purnama yang indah. Perlahan-lahan warna bulan yang putih bersih berubah menjadi warna merah sepekat darah yang mengalir. Ia menandakan bahawa pertumpuhan darah akan berlaku. Hanya dirinya sahaja yang mampu melihat perubahan warna bulan.

"Ianya akan terjadi..."

Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓)Where stories live. Discover now