Malam ini sepatutnya menjadi malam yang paling bahagia bagi dirinya. Tepat pukul 12 malam sepatutnya mereka menyambut hari larinya yang ke 19 tahun tetapi sebaliknya terjadi.
Tepat pukul 12 malam, istana diceroboh oleh Penanggal Maut. Pengawal istana dibunuh dengan kejam. Dayang istana tidak dibenarkan melarikan diri malah disembelih tanpa belas kasihan. Darah merah membasahi lantai istana.
Mata itu yang melihat pembunuhan tersebut
Mata itu yang memandang kerajaannya hancur
Malah...
Mata itu yang menyaksikan keluarga dibunuh di hadapannya.
Dia mahu memejamkan mata kerana tidak sanggup melihat keluarganya dibunuh di hadapan mata. Tetapi dia dipaksa melihat pembunuhan itu.
Pedang yang baru diasah diletakkan di leher Raja Fernand dan Puteri Ferlisa. Mereka menerima takdir hidup mereka sampai di sini. Namun, air mata yang membasahi wajah puteri bongsu Kerajaan Wyndollyne meruntun hati mereka. Satu-satunya darah daging keturunan Wyndollyne.
"Ayahanda!!! Kekanda Ferlisa!!!"
Hanya sekali libasan sahaja mereka sudah tidak bernyawa lagi. Darah Raja Fernand dan Puteri Ferlisa membasahi lantai istana. Mereka sudah tidak bernyawa lagi.
Fleurisella meraung apabila melihat dua orang yang dia sayang sepenuh hati mati di hadapan mata. Air mata semakin lebat membasahi pipi. Kini, hanya dia satu-satunya kerabat diraja Wyndollyne. Kerajaan musnah angkara Menteri Yondes dan Putera Drian.
"Bakar istana ini," arah Putera Drian lalu menghilangkan diri.
Hanya sekelip mata sahaja api marak menjilat seluruh kawasan istana. Bukan itu sahaja, mayat yang bergelimpangan di atas lantai hangus terbakar dijilat api.
Haba daripada api yang sedang marak dapat dirasai oleh Fleurisella. Tubuhnya panas membahang apabila api semakin lama semakin membakar ruangan tersebut. Takhta yang menjadi tempat duduk ayahanda dijilat api dalam sekelip mata.
Dia tidak mampu menyelamatkan diri. Dia pasrah dengan takdir hidupnya. Jika ini penamat riwayat hidupnya dia menerima dengan hati terbuka. Apa gunanya dia hidup jika dia dihantui peristiwa berdarah ini? Lebih baik dia mati daripada terus bernafas di dunia ini. Dia tidak sanggup menanggung luka yang baru sahaja ditoreh pada hatinya.
"Ayahanda... Kekanda Ferlisa..." gumamnya perlahan sebelum menutup mata.
Api yang masih lagi marak semakin mengganas menelan seluruh isi istana. Ia tidak akan berhenti sehingga membakar semuanya.
Saat itu, muncul seseorang yang menjadi pemerhati sejak dari tadi lagi. Api yang sedang menyala tidak memberi kesan kepadanya. Dia memandang wajah sang puteri yang tidak sedarkan diri.
"Sang puteri perlu diselamatkan."
"Kenapa dia perlu diselamatkan? Kerajaannya musnah angkara dirinya sendiri. Dia menjadi penyebab runtuhnya Wyndollyne."
"Tiada simpati di dalam hatimu?"
"Mereka juga tiada simpati pada aku dahulu."
"Bagaimana sang puteri sangat bermakna bagimu?"
"Dia tewas sebelum berjuang demi haknya. Dia kalah sebelum menghunus pedangnya. Kenapa dia bermakna bagiku?"
"Hatimu telah mati..."
"Mati bersama kenangan begitu juga dengan dirinya."
"Kau pasti?"
"Hati manusia sangat rapuh seperti kaca yang mudah pecah apabila dihempas pada batu. Hatinya akan goyah. Peristiwa berdarah ini akan mengubah dirinya."
"Satu lagi lagenda tertulis selepas Castreiland. Runtuhnya dua kerajaan angkara kesetiaan yang dihadiahkan pada raja."
Saat itu,
Tika itu,
Detik itu...
Satu lagi sejarah tertulis.Wyndollyne musnah hanya satu malam. Ia ditakluk oleh sang putera yang kejam. Rakyat menderita sepanjang masa. Setiap hari merayu untuk dibebaskan dari kekejaman sang putera. Namun, harapan hanya tinggal harapan. Mereka terus hidup dalam penderitaan.
Namun, ada yang masih bergantung pada harapan. Harapan yang bersisa hanya menunggu satu-satunya pewaris tunggal Wyndollyne merampas takhta kembali...

ANDA SEDANG MEMBACA
Book 2: Lagenda Castreiland: Fleurisella (✓)
ФэнтезиFudinguFamiliaChallenge Tema: Cinta Kecantikkannya digilai oleh sang jejaka, Kecantikkannya dicemburui oleh sang perawan, Namun, rupa tidak menggambarkan tingkah lakunya... Dia... Sang puteri lincah bermain pedang, Sang puteri pandai menari digelan...