'Tu lah tidur lambat lagi kan dah terlajak bangun lambat ni, dah lah pejabat ni tinggi sangat nak naik lift. Aduh!.'
Sambil membebel dalam hati sambil berlari anak ke pintu lift. Nasib baik pintu lift terbuka bila sampai.
Tekan nombor 10 dan pintu lift tertutup. Tapi terbuka balik.
Ada orang lain yang masuk, lelaki! erm...nice..Ok2 cukup dah untuk mengatal.
'Assalamualaikum'. Dia bagi salam wei!.
'Waalaikummusalam' Kenalah jawab. Ustaz sangat muka dia.
Sampai tingkat 10 berlari masuk office.
'Wei, napa berlari ni.?' Eh Sara ni orang dah lambat sibuk lak tanya.
'Am late, k bye!.'
'Farhan, ni staff baru syarikat kita akan menganti tempat En Khuzairi, saya perkenalkan En Aidit.' Terperanjat kita wak, boss kita kalau cakap tak bagi salam bagai. Itulah peragai boss saya nama dia En Ridwan tapi kita panggil dia Rid orang lain sibuk panggil wan wan, macam ada aku kisah nama dia.
'Hai En Aidit, selamat bekerja.' Eh mamat muka ustazlah dalam lift tadi.
'Tak yah lah berencik bagai panggil Aidit je.'
'Erm ye lah Aidit ke awak nak saya panggil awak ustaz?.' Matilah terlajak cakap pulak.
'Han jangan nakal sangat kacau orang , saya nak kenalkan Aidit dengan staff yang lain pulak.'
Aku cuma anggukkan kepala sahaja sambil tersengih.
Dan si ustaz muda terus pandang kearah aku.
YOU ARE READING
Kupu-kupu Didalam Simpanan.
RomanceCinta itu aneh!. Farhan, jejaka muda dan berkarisma menjalin perhubungan cinta secara sulit dengan lelaki yang berbeza umur belasan tahun daripada dia. Bernard, lelaki yang berjaya menawan hati Farhan dan akan bertemu pada waktu tertentu sahaja. Ker...