Hari terakhir kami berdua di Langkawi adalah hari yang penuh memori. Aku nak betul-betul nikmati perjalanan percutian ini. Buat apa nak stress untuk orang tak ada perasaan pada kita. Sejak peristiwa itu bernard langsung tidak berhubung dengan aku lagi.
Aktiviti kami sebelum pulang pergi membeli coklat. Pelbagai jenis yang ada, menjadikan rambang mata saat memilih. Walaupun harganya lebih kurang sama sahaja tak banyak beza pun. Aku beli beberapa sahaja tapi aidil banyak gila dia beli.
Lepas itu kami bertolak ke Airport untuk pulang. Dan nasib baik kami sama flight namun berbeza tempat duduk. Sambil Aidil memandu aku melayan lagu-lagu di radio dan melihat alam langkawi untuk terakhir kalinya.
Berkumanang lagu Havana.
'havana oh havana nanana'
'na na na na'
Serentak dengan Aidil!. Kami ketawa.
Tanpa aku sedar Aidil memegang jari-jari tangan aku. Biarkan sahaja. Bukan selalukan. Hahaha.
SEMASA didalam kapal terbang Aidil bertukar seat maka dia duduk sebelah aku. Aku jadikan bahu aidil sebagai bantal untuk aku letakkan kepala. Walaupun bukan jauh pun perjalanan kami.
Samapi sahaja klia 2 aidil nak hantar aku pulang, walaupun dah cuba tolak tetap juga dia nak hantar. Tiada kata dua lagi aku benarkan sahaja. Aku tunjukan jalan dan dia memandunya.
'Thanks awak, kesian penat-penat kena hantar saya pula.'
'Tak pe, dah sayangkan. Apa salahnya.' Tersengih.
'Awak take care!.'
'Han, ni untuk awak.'
Dia hulurkan bungkusan plastik. Dalam tu coklat.
'Awak buat susah je, gemuklah saya macam ni.'
'Saya suka awak gemuk.'
'Ngadanya!.'
Aidil pun berlalu pergi. Aku kemaskan segala barang-barang aku dan sambil tu berbalas chat.
Entah kenapa tersenyum sendiri. Hahaha. Dalam masa yang sama aku rasa seakan memberi harapan pada aidil. Erm. Think positive Han,think positive.
***********************************************************************
Masa cepat berlalu sudah sebulan rupanya 'peristiwa' itu berlaku dan aku entahlah susah nak cakap move on ke tidak, hahaha.
Tasik Putrajaya adalah destinasi yang telah ditetapkan oleh nana untuk berjumpa.
Banyak-banyak tempat tasik ni juga dia ajak bersantai.
Ketika aku sampai aku lihat nana dan farid sudah bersantai sambil bergurau senda.
'Hai guys!'
'Hai han.' Serentak nana dan farid jawab.
'Nana, napa ajak aku sekali ni?. Kau orang nak dating tapi ajak aku.'
'Kalau nak dating tak adanya nak ajak kau. Dah meh makan sekali.'
Ber picnic di tasik putrajaya!. Banyak betul makanan dia orang bawa.
'Tu ha, prince charming kau dah sampai han.'
Aku pun toleh kebelakang dan hampir tersembur air aku minum.
Aidil??! Aku padang nana, dia buat selamba je.
'Asssalamualaikum'. Dia bagi salam.
'Wasalam' serentak 3 suara!. Hahaha.
Aku pandang nana, aku pandang aidil. Malunya aku dengan farid!. Napa mesti libatkan farid, apa yang dia fikirkan nanti. Hahaha.
'Hey bro, jom aku ajarkan kau guna kamera drone ni.'
Farid brokan siapa, aku ke aidil?.
Lantas farid menepuk bahu aidil dan mereka tinggalkan aku dan nana.
'Nana, apa motif kau ajak datang sini?.'
'Motifnya dapatlah kau luangkan masa dengan aidil hujung minggu dan aku dengan farid temankan kau orang.' Hahahha.
Kurang ajar kau nana.
'Kau cakap apa nana?' Aku buat blur.
'Tak yalah nak cover sangat han. Aku bukan buta ok, aku dah lama kenal kau han. Kalau kau dah suka dekat dia, cakap je lah. Nanti lambat kau yang terlepas han.'
'Na, aku tak tahu nak cakap apa sebab tak sangka kau tahu. Tak kan aku nak mulakan langkah dulu.'
'Apa salahnya han, aidil tu aku tengok ok, baik sesuai dengan kau. Mungkin dia malukan nak mulakan dulu takut kau tolak dia, tak salahkan kau mulakan dulu. Han, past is past tak usah nak ingat balik kisah lama kau tu. Life must go on han.'
'Ye lah na, bagi aku kenal lama sikit dengan aidil tu. Aku tak nak benda lama berulang semula lagi.'
'Aku paham han, kalau kau rasa serasi dengan dia just go on ok. Macam aku dengan farid pun aku yang mulakan dulu. Alhamdulilah setakat ni hubungan kita orang baik dan semakin baik.'
'Thanks nana sebab memahami aku. Tak sangka kau boleh tahu walaupun aku dah cover.'
'Han, kita dah lama kenal, baik buruk kau semua aku tahu macam tu juga kau kenal aku. Aku nak pergi dekat dia orang jup.'
Aku lihat nana bercakap dengan aidil dan aidil datang kearah aku. Dia pun duduk disebelah aku.
'Awak nak buah?' Aku tanya aidil.
Dia angguk.
'Awak nak buah apa?' Aku tanya lagi.
'Saya nak buah hati.'
Gulp!.
Aku tersenyum dan hulurkan buah mangga dekat dia. Sambil kami menikmati waktu petang di tasik putrajaya dan kata-kata nana bermain di dalam fikiran aku.
'Han.' Aku toleh kearah aidil.
Klik!. Amboi ambil gambar candid.
'Perfect, nanti saya send kat awak.'
Aku diam dan merenung muka aidil. Kau ke jodoh selama ini aku cari?? Didepan mata aku?.
Hampir senja kami berangkat pulang kerumah masing-masing.
'Han, take care, dah sampai rumah bagitahu saya ok.'
'Ok awak,awak pun'
Aku kucup tangan aidil sewaktu kami bersalaman dan dia agak terkejut sikit.
Dan senja pun melabuhkan tirainya dengan kenangan manis di tasik putrajaya.
YOU ARE READING
Kupu-kupu Didalam Simpanan.
RomantikCinta itu aneh!. Farhan, jejaka muda dan berkarisma menjalin perhubungan cinta secara sulit dengan lelaki yang berbeza umur belasan tahun daripada dia. Bernard, lelaki yang berjaya menawan hati Farhan dan akan bertemu pada waktu tertentu sahaja. Ker...