'AKU tak faham betullah macam mana kau boleh tahan hidup macam ni han, kau sepatutnya dapatkan sesuatu yang lebih baik bukan macam ni han!'. Lantang sekali dia berbica.
Aku cuma mendengar apa yang diperkatakan oleh Miranda tanpa perlu membalasnya kembali. Ada point disitu dan aku tahu apa yang aku buat.
Ketika itu kami makan berdua dihujung minggu di noodle boot. Nasib baik ketika itu belum ramai orang maka tiadalah yang pandang pelik kearah kami. Mesti dia orang ingat kami couple tengah bergaduh. Haha.
'Tapi aku rasa bahagia dengan hidup aku sekarang ni.' Aku menghirup sedikit minuman supaya dapat redakan sedikit perasaan.
'Tapi sampai bila han, kau kata bahagia tapi kau tak rasa bahagia 24 jam kan?. Ada masa perasaan kau tak boleh menipu han. Tengok macam hari ini ada ke dia text kau, call kau tak ada kan.' Miranda gelengkan kepala.
'Kan dia dah buat macam tu hari biasa. Lagi satu dia pun dah cakap awal-awal masa kami jumpa dulu yang weekend dia dengan family dia. Aku pun setuju dan kena akurlah dengan keadaan ni.' Aku memandang miranda dihadapan aku.
'Aku tak tahulah macam mana nak cakap lagi. Kalau kena pada diri aku memang aku tak sanggup. Macam ex aku dulu macam ni lah. Mula-mula je call, text bagai lepas tu makin lama makin sepi. Bukannya aku minta 24 jam 7 hari dia text ke call ke apa tapi at least bagilah satu chat tu pun susah ke?'
Aku cuma mendengar sambil mata aku melihat orang ramai yang lalu lalang. Entahlah aku seakan tidak dapat berfikir ketika ini, mati akal!.
'At least aku dapat tengok moment whatsapp dia beb, so kira ok lah tu. Aku tengok moment dia dan dia tengok moment aku. Itulah cara kami berhubung ketika weekend. Hahaha.'
'Suka hati kau lah beb asalkan kau bahagia. Aku alhamdulilah sekarang ni dapat pasangan yang ok. Bukannya aku nak cari yang perfect sangat tapi yang menghargai siapa diri kita itu yang lebih penting.'
'Baguslah beb kalau ben layan kau baik dan sebagainya. Hahaha. Bagi aku masa nanti aku settle down dengan dia.' Aku luahkan apa yang aku rasa.
'Terserah kau han, asalkan kau tahu apa yang kau nak. Aku cuba boleh cakap sahaja yang selebihnya kau yang tentukan ok. Setelah banyak pengalaman baru aku jumpa dengan ben. Walaupun dia tak romantik tapi dia hargai aku dan itu dah cukup untuk tahu dia cinta atau tidak dengan aku.'
'Thanks beb, nasib baik kau perempuan kalau laki aku dah hug dah beb.'
'Ur welcome beb!, hug u too.'
Dua-dua ketawa!. Hahaha.
Dari mula sewaktu perkenalan aku dengan bernard sudah aku cerita segalanya pada miranda sebabnya dialah tempat curahat perasaan aku. Hanya dia sahaja yang tahu tentang naluri sonsang aku ni dari sekolah lagi. Tapi dia cuma tahu perwatakanan dan sedikit gambaran pasal bernard dan nama bernard tidak pernah aku sebut maka miranda tidak tahu.
Buatnya stalk segala akaun bernard malu kita wak. Hahahaha.
Kami berjalan-jalan di sekitar mall sambil mencuci mata. Sebenarnya aku malas nak keluar weekend sebabnya nampak sesuatu yang membuatkan hati tidak keruaan. Masa ni lah banyak pasangan yang keluar sama-sama tak kiralah sama ada straight atau pun tidak. Cemburu ke wak?. Ye wak cemburu!. Hahaha.
'Tak lama lagi aku nak bertunang.' Miranda dengan selamba bagitahu aku.
'Serius wei?' Aku terus toleh kearah miranda.
'Tapi belum set date lagi, ben busy cari duit, hahahaha.'
'Macam tak percaya je cepat masa berlalukan.'
'Han, jom masuk sana sekejap.' Miranda berlalu dan aku ikut dari belakang.
Aku dan miranda melihat kearah susunan kemas perhiasan diri didalam kedai itu. Pelbagai jenis bentuk dan harga yang ada. Pastinya miranda datang untuk survey harga sebelum dia dan ben bertunang nanti.
Pelbagai jenis perhiasan diri yang ada membuatkan miranda teruja. Dalam pada dia teruja aku melihat kearah susunan cincin yang ada pelbagai saiz, harga dan reka bentuk. Ada satu reka bentuk yang menarik minat aku seakan pernah tengok cuma warna dan reka bentuk yang sedikit berbeza. Oh ya bernard, cincin kahwin yang tersemat di jari dia!. Baru aku perasan
Semakin membuak rasa rindu pada bernard. Tertiba mengimbau memori kami bersama. Erm.
'Han, jom.' Aku tersedar ke alam realiti kembali.
*******************************************************************
Semakin lama aku rasakan badan aku semakin berisi. Pada mulannya aku ingatkan cuma anggapan aku saja, namun ketika aku menyarungkan pakaian ternyata agar sukar. Memang betul aku dah gemuk sekarang ni.
Ketika gembira makan dan ketika berduka juga makan membuat lemak semakin bertambah. Sebelum menjadi lebih teruk tindakan harus dilakukan.
Aku pun meminta izin pada bernard untuk pergi ke gym, ternyata bukan mudah. Meskipun aku dengan dia belum declare sebagai pasangan tapi sebelum apa-apa terjadi lebih baik berterus terang.
Setelah beberapa kali baru keizinan yang diberikan namun bersyarat. Dan aku akur sebagai tanda setuju.
Sewaktu digymlah aku bertemu dengan Diana yang merupakan anak perempuan sulung bernard. Itu pun setelah aku pergi kerumahnya dan segalanya terjawab.Dari wajah serta cara pertuturan mirip bernard itu yang membuatkan aku tertarik untuk tahu.
Bila dah suka umur bukan penghalang segalanya. Namun bernard bukanlah terlalu berusia cuma matang sahaja dari segi umur. Erm, adakah dia yang aku cari selama ini?. We need two to tango!.
YOU ARE READING
Kupu-kupu Didalam Simpanan.
RomanceCinta itu aneh!. Farhan, jejaka muda dan berkarisma menjalin perhubungan cinta secara sulit dengan lelaki yang berbeza umur belasan tahun daripada dia. Bernard, lelaki yang berjaya menawan hati Farhan dan akan bertemu pada waktu tertentu sahaja. Ker...