Seminggu daripada kejadian tempoh hari aku masih seperti biasa. Tiada apa yang menganggu kehidupan aku semuanya normal.
'Han, macam mana kau dengan aidil?.'
'Macam tu. Napa nana?'
'Aku tanya je, manalah tahu ada apa-apa perkembangan ke. Hahaha.'
'Entah!.'
******************************************************************
Status Whatsapp Aidil.
Kalau padi katakan padi.
Tidak aku tertampi-tampi.
Aku terus keluar bilik dan menuju tingkat 7, pejabat Aidil. Aku terus berlalu masuk tanpa minta kebenaran.
'Han, En Aidil tengah buat kerja.' Mona setiausaha Aidil.
Aku ketuk pintu bilik dia, masuk dan kunci pintu bilik. Aidil tercengang melihat reaksi aku ketika sedang sibuk melukis pelan-pelan diatas meja.
'Saya nak cakap sikit dengan awak.'
'Awak kena tahu yang saya ni, kuat cemburu, tak kisahlah awak dengan perempuan atau lelaki. Yang kedua, saya nak hubungan yang serius bukan untuk suka-suka. Yang ketiga pula, saya suka berterus terang, kalau awak suka atau tak suka saya, awak terus terang dengan saya, saya tak suka ternanti-nanti macam buah tak jatuh tu.'
'Malam ni, saya nak ajak awak dinner kat rumah saya.'
Aku terus keluar dan menuju ke pejabat aku. Habis waktu pejabat aku terus balik rumah dan sempat aku ingatkan Aidil.
'Malam ni, saya tunggu awak.'
Tema makan malam ni ala candy light dinner, gelap-gelap sikit dengan cahaya lilin. Meja makan simple je, tak adanya nak tabur kelopak bunga ke apa ke. Tu next time tak sempat nak beli tadi.
Bunyi bell kedengaran, Aidil sudah sampai.
Kemeja putih dan seluar jean, santai tapi handsomenya itu cair hati kita wak.
Aku pandang dia dan dia pandang aku. Panas terasa pipi aku,bila kantoi tengok dia.
Selepas dinner aku mengeluarkan kek beserta lilin yang sudah aku nyalakan daripada dapur dan menyayikan lagu happy birthday untuk dia. Hari ini hari jadi dia.
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
Agak terkejut reaksi dia, lalu aku suruh dia tiup lilin sebelum itu dia wish dalam hati dulu. Aku letakkan kek diatas meja kemudian duduk di sisi dia.
'Happy birthday abang.'
Kata-kata yang aku bisikan ke telinga dia dan satu kucupan aku hadiahkan di pipinya. Semakin bertambah rona kemerehan pipinya, lalu aku genggam tangan dia dan kepala aku dibahunya.
Tanpa aku sedar aku tertidur dibahunya. Sehinggalah aku tersedar bahawa mentari sudah muncul.
Jam sudah 7 pagi aku bergegas turun kebawah dan kedengaran bunyi di dapur. Ketika aku lihat Aidil sedang membuat sarapan.
'Morning abang.'
Aku menyapa dia dan agak terkejut reaksinya mungkin berfikiran aku masih lagi tidur.
'Morning sayang.'
Satu pelukan aku hadiahkan kepadanya dan dia tersipu malu. Aduh! lelaki ini berbeza dengan yang aku kenal sebelum ini. Satu perasaan yang sudah lama menghilang akhirnya muncul kembali, perasaan gembira. Dalam diam aku berterima kasih kepada Tuhan.
'Terima kasih Tuhan diatas kesempatan ini.'
bersambung..
YOU ARE READING
Kupu-kupu Didalam Simpanan.
RomansaCinta itu aneh!. Farhan, jejaka muda dan berkarisma menjalin perhubungan cinta secara sulit dengan lelaki yang berbeza umur belasan tahun daripada dia. Bernard, lelaki yang berjaya menawan hati Farhan dan akan bertemu pada waktu tertentu sahaja. Ker...