Untitled Part 14

3.3K 78 1
                                    


'see you tonight'.

Aku mendapat pesanan daripada Bernard lewat tengah hari selepas waktu makan tengah hari. Dia menghantar pesanan melalui whatsApp dan aku membalas dengan hantar chat 'ok'.

Habis kerja aku pulang kerumah langsung masuk kedapur. Mengeluarkan ayam dan sayuran daripada peti ais. Sambil menunggu ayam yang keras menjadi lembut, aku megemas sedikit rumah supaya nampak agak kemas dan ketika bernard balik nanti tak adalah nampak serabut.

Aku bercadang untuk memasak ayam kicap dan sayur campur. Aku agak leka berada didalam dapur tanpa sedar Bernard sudah berada didalam rumah. Aku tinggalkan sebentar urusan aku didalam dapur dan terus menyambut suami didepan pintu.

'Hai abang, sorry tak perasan tengah masak kat dapur.' Sambil salam tangan nya dan menciumnya mesra.

'Buat penat je yang, kita makan luar je lah.' Dia tersenyum. Senyuman yang aku rindukan.

'Masak sikit je bang, sayang nak sambung  masak sekejap.' Lalu aku berlalu ke dapur semula.

Sebelum aku mandi aku masak nasi terlebih dahulu. Ketika aku melihat ke ruang tamu, bernard tiada disitu. Barangkali tengah mandi didalam bilik air. Selesai semua, aku meniti anak tangga menuju ke bilik untuk mandi. Ternyata dia masih belum habis mandi lagi. 

Melihat waktu yang beranjak ke petang dengan cepat, lalu aku memasuki ke kamar mandi untuk mandi bersama-sama. Nasib baik pintu kamar mandi tidak berkunci. Mula-mula bernard agak terkejut namun selepas itu timbul senyuman nakal dibibirnya.

Jam 8.00 malam, kami makan malam bersama-sama selepas aku menghidangkan makan malam diatas meja makan. Aku melayan Bernard dengan penuh kegembiraan kerana ini yang aku mahukan setiap hari, namun apakah daya tiada rezeki. Dan aku amat benasib baik kerna Bernard bukanlah seorang yang cerewet tentang makanan.

Selepas makan malam, kami bersantai didepan tv. Sudah pastinya aku menyandarkan badan ke sisi badanya bernard. Baunya dia membuatkan aku ketagihan untuk bersama.

Sambil menonton television aku bermain-main tangan dengannya.

'Abang, rindu sangat kat abang.'

'Ehem..tahu sayang.'

Lalu aku duduk keribanya sambil melihat mukanya Bernard.

'Yang, abang nak tengok tv lah.' Dia berkata sambil muka dan matanya mengelak daripada melihat aku.

'Rindu kat abang, nak tengok muka abang lama-lama.'

'Sayang, ngadanya. Napa ni? Hahahaha' Dia gelak besar.

'Abang ni jahatlah.' Lantas bibirnya aku kucup.

'Pergh! bestnya macam ni, selalu dapat kiss. Yang nak lagi yang.' 

'Boleh bang, tapi ada syaratnya.' Aku menyakat bernard.

'Amboi yang, apa dia yang?' Dia merenung aku.

'Abang, saya nak minta izin kat abang ni.'

'Apa dia?.' Dia memandang aku tepat.

'Nak minta izin abang untuk pergi gym, nanti senang kalau sayang nak pergi tak yah text abang lagi.' Aku menjelaskan perkara yang sebenarnya.

'Kan dah minta izin sebelum ni yang, abang izinkan tapi jangan balik lewat ok.'

'Ok abang, thanks.'

Malam itu berlalu dengan tenangnya..aku masih disisi dia sehinggalah jam 11.00 malam kami bergerak masuk kedalam bilik.


Sambung.

Kupu-kupu Didalam Simpanan.Where stories live. Discover now