"Okay semua berkumpul, kita berlatih sekali lagi" arah 'conductor'
Natasha mendengus , asyik berlatih sampaikan sakit tekaknya , suara pun dahnak hilang . Dia duduk , tidak berganjak dari tempatnya meskipun telah diarahkan untuk berkumpul .
"Hei Natasha , duduk lagi buat apa ? Semangat sikit boleh tak ? Nak perform esok kan !" marah 'conductor' apabila Natasha tidak menerima arahannya .
Natasha akur , dia meneguk airnya dan berjalan ke arah kumpulan koir nya .
"Kau ni okay ke tak ? Selalu kau hyper tetiba diam pulak" tegur Sara sambil menyiku tangannya .
"Takde apa lah , penat je" rungut Natasha . Sara tersenyum mendengar rungutan rakannya ."Dont worry , kita semua penat okay"
Selesai sahaja latihan koir , Natasha dan Sara seperti biasa berjalan kaki pulang ke rumah . Perjalanan kali ini amat sunyi , sehinggalah Sara bertanyakan soalan .
"Kau tak nervous ke esok" soal Sara .
Serentak itu Natasha terasa gugup , dia tak pernah terfikir sebegitu sebelum ini .
"Tak nervous pun , kau dah tanya baru nervous" jawab Natasha sambil tersengih .
"Hahahaha btw aku tengok kau dengan Edraky macam makin rapat je , ada something ehh" usik Sara dan membuatkan Natasha berkerut dahi .
"Erk? Aku dengan dia kawan je okay" balas Natasha selamba .
.
>Di Rumah Natasha<
"Shaaaaa!" panggil ibu Natasha .
Natasha sahut panggilan ibunya lalu berjalan ke arahnya .
"Tolong belikan kentang kat kedai boleh ? Mama ingat nak buat Potato Wedges tapi kentang tiada" jelas ibu Natasha .
"Okayy bagi duit then Sha belikan" senyum Natasha .
"Duit ada atas meja tu , thanks belikan" balas ibu Natasha lalu menyambung membuat tugasannya .
Natasha berjalan ke arah biliknya dan memakai tudungnya . Setelah itu , dia mengambil kunci basikalnya yang tersangkut . Walaupun jarak kedai dan rumahnya tidak jauh , Natasha malas untuk berjalan kaki .
.
"Terima kasih cik!" senyum Natasha .
Die berjalan ke luar kedai untuk mendapatkan basikalnya . Plastik yang berisi kentang disangkut di 'handle' basikal . Natasha kayuh basikalnya dan berhenti sebelum menurun bukit yang tidak terlalu tinggi itu .
"Ish kereta ni pun parking dekat corner kenapa? Tak nampak lah kalau ada orang lalu" rungut Natasha .
Setelah memastikan 'line clear' Natasha mula mengayuh basikalnya . Apabila dia menuruni bukit itu , dia tidak perlu mengayuh kerana basikal sudah bergerak laju .
Natasha membelok di selekoh itu. Namun tanpa dia ketahui ada seorang lelaki yang juga menaiki basikal sedang menuju ke arahnya .
Mata lelaki itu membulat tanda terkejut .
"Eh ehh" kata Natasha apabila basikal mereka hampir terlanggar .
Bam !
Kedua dua mereka terjatuh di tepi jalan . Basikal Natasha menghempap kakinya . Natasha merungut kesakitan .
"Aduhh" suara lelaki itu kedengaran . Lantas Natasha menoleh ke arahnya . Rupa rupanya basikal lelaki itu terlanggar sebuah kereta yang parking di 'corner' itu .
Lelaki itu mempunyai wajah seakan akan Arab .
'Omg handsomenye!' fikir Natasha
"Erm , tolong?" kata Natasha dengan nada yang kekok .
Lelaki itu menoleh ke arah Natasha sambil berkerut muka .
'Buat muka macamtu pun handsome ke?' fikir Natasha .
"Sorry , saya terlanggar awak . Awak okay?" soal lelaki itu sambil mengangkat basikal Natasha dan letakkan di tepi .
Natasha kaku . Dia tidak mampu berkata apa apa . Hatinya berdegup laju .
'Muka macam familiar , tapi taktahu nama' fikir Natasha .
"Hello?" panggil lelaki itu sambil memetik jari di hadapan muka Natasha . Natasha seakan akan sedar situasi yang baru dialaminya .
"Saya tahu saya handsome , tapi janganlah tenung saya macamtu" usik lelaki itu dan membuatkan pipi Natasha menjadi merah .
Lelaki itu senyum .
"Awak okay tak ni? Nak saya tolong?" soal lelaki itu sambil menghulurkan tangan .
Natasha memandang ke arah lelaki itu dan tanpa dia ketahui tangannya telah menyambut tangan yang dihulurkan ke arahnya .
Lelaki itu menarik Natasha untuk berdiri . Tetapi kaki Natasha yang terpelecok itu membuatkan dia berdiri secara tidak stabil dan melanggar bahu lelaki itu .
Pipi Natasha menjadi merah semula .
"Sorry" gumamnya .
"Sokay , eh plastik awak koyak lah" tegur lelaki itu sambil memandang ke arah kentang yang bertaburan .
Mata Natasha terbeliak . Habislah dia kena marah dengan ibu .
Natasha berjalan terhincut hincut untuk mengutip kentang nya . Lelaki itu ketawa lalu menolong Natasha mengutip kentang yang berterabur itu .
"Awak duduk blok mana?" soal lelaki itu .
"Blok J"
"Saya duduk blok F , nak saya hantarkan awak balik ? Sbab tayar awak macam bocor je" ujar lelaki itu sambil menjeling ke arah tayar basikal Natasha .
Aduh , masak lah . Dah dua masalah dalam satu hari .
"Eh takpe lah , saya boleh jalan kaki . Takdelah jauh sangat rumah saya"
"Jalan kaki? Dengan kaki awak sakit macamtu ? Nope i dont think so" balas dia tersenyum .
.
"Erm thanks awak" ucap Natasha apabila dia sudah sampai di blok nya .
"Nanti saya hantar basikal awak eh" kata lelaki itu .
"Oh ya . Sorry menyusahkan , terima kasih awak" ucap Natasha.
"Syed" ujar lelaki itu .
Natasha berkerut muka . Confuse dengan apa yang dikatakan lelaki itu .
Lelaki itu ketawa melihat responnya .
"Nama saya Syed , Syed Shafiq . Awak?" terang lelaki itu sambil tersenyum .
"Natasha" balas Natasha ringkas sambil tersenyum .
"Okay Natasha , until next time we meet" lambai Syed ke arah Natasha dan sudah tentu Natasha membalasnya juga .
[783 words]
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
RomanceNatasha , pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Florida berjumpa dengan Syed yang satu sekolah dengannya tetapi tidak pernah bertegur . Natasha , seorang gadis yang tidak pernah bercinta merasakan sesuatu yang tak pernah dia rasai . Semuanya baru bagi...