Chap8: Miss me?

2.6K 89 6
                                    

"Khemah pelajar perempuan berada di belakang khemah pelatih dan guru, khemah lelaki dekat sebelah sini. Kamu kena kongsi khemah dengan ahli kumpulan kamu sendiri. Lelaki, perempuan, asing" arah guru bertugas.

"Okay disebabkan harini kita sampai sini lambat, kita mulakan aktiviti kita esok" kata pelatih pula.

Baguslah, harini penat gila. Tak larat nak buat aktiviti.

Pelajar-pelajar perempuan mula bergerak ke tempat di mana mereka bakal mendirikan khemah.

Nurin telahpun pergi untuk mengambil khemah. Manakala Natasha tinggal bersama ahli kumpulan perempuan yang lain.

"Hai, awak Natasha kan? Saya Qistina" kata Qistina sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"Oh hei, saya Natasha" jawab Natasha lalu menyambut tangan Qistina .

'Dia nampak baik' fikir Natasha.

"Hei korang! Jom start pasang khemah!" panggil Nurin tidak jauh dari mereka.

Natasha dan Qistina bangun, lalu pergi ke arah Nurin.

Setelah selesai mendirikan khemah, mereka semua high five sesama sendiri. Mereka bertiga masuk ke dalam khemah dan memilih tempat masing-masing.

"Korang semua bebaik tau. Aku ni jenis tidur ganas. Lagi satu kalau aku ngorok nasiblah" kata Nurin selamba.

"Janganlah ngorok nanti pecah gegendang telinga aku , dahlah tu fungsi utama aku boleh mendengar" kata Qistina. Dia sememangnya budak Sains.

"Apa-apa sahajalah, baik aku mandi dulu! Bau badan dah semerbak dah ni" kata Natasha sambil mengangkat begnya yang berisi barangan untuk mandi, termasuk baju.

>Waktu Tidur<

Bunyi ombak di pantai sesekali kedengaran. Angin yang bertiup dapat dirasakan sehingga ke tulang. Bintang-bintang yang menghiasi bentangan langit seakan-akan bersinar di dalam kegelapan malam. Natasha berselubung di dalam selimut miliknya. Angin yang tidak putus-putus terasa dingin sekali.

Tiba-tiba soalan Qistina memecahkan kesunyian malam.

"Kau rasa esok aktiviti apa yang kita buat?" soalnya.

"Lol, aku ingat korang semua dah tidur" balas Nurin.

"Taktahulah aktiviti apa, but its gonna be fun rightt" jawab Natasha.

"I hope so"

"Kenapa korang tak tidur lagi ni?" soal Nurin pula sambil menguap.

"Tahlah, aku rasa macam kita kena appreciate setiap saat kita dekat sini. Kat KL mana ada bunyi ombak semua macamni" jawab Natasha tanpa menghiraukan soalan Nurin.

"Yeah, i think that's true" balas Qistina.

"Ya ya apape jelah. Just jangan bising sangat okay ? Nak tidur" kata Nurin dan dia menguap lagi.

Natasha tertawa melihat karenah Nurin.

Natasha memejamkan matanya. Bunyi ombak yang menenangkan itu seakan-akan lullaby yang mendayu-dayu memanggilnya untuk tidur.

.

Keesokkan harinya, Natasha bangun seawal 5 pagi kerana jam loceng Nurin yang menjerit-jerit menyuruhnya bangun.

Natasha menggaru matanya yang tidak gatal. Kalau nak diikutkan, nak je sambung tidur sejuk-sejuk ni. Dia menguap sekali lagi. Apabila matanya sudah terasa segar sedikit, dia mula mengejutkan kawannya yang sedang lena diulit mimpi.

"Bangun guys, nanti tandas penuhh" kata Natasha dengan agak perlahan kerana tidak mahu mengejutkan kawannya di khemah lain.

Apabila mereka tidak berganjak. Natasha mula menggoyangkan kaki Nurin.

"Ish, apa kau ni Tasha. Pepagi buta kejut orang. Tidurlah balik" rungut Nurin.

Natasha segera memicit ibu jari Nurin seperti apa yang Rasulullah buat untuk kejutkan orang. Nurin mula membuka matanya yang layu, dia memandang ke arah Natasha seketika sebelum memejamkan semula matanya.

Eyy dorang dua ni!!

"Oh korang dua! Baik bangun sebelum ada hujan dalam khemah!" amaran Natasha keras.

"Apa kau? Mana ada hujan dalam khemah" balas Qistina perlahan tetapi matanya masih terpejam.

Natasha mengambil air mineralnya dan menebuk lubang di penutup botol menggunakan gunting yang dibawa.

"Last warning~" kata Natasha.

Dia tersengih apabila tiada seorang pun yang berganjak. Natasha menghalakan botol itu ke arah Qistina dan memicitnya.
Air yang keluar melalui lubang itu tepat kena ke arah sasaran.

Natasha ketawa apabila Qistina segera bangun sambil mengelap mukanya yang basah. Dia menghala pula botol itu ke arah Nurin a.k.a sleeping beauty. Apabila dia memicitnya, air itu meluru keluar ke arah muka Nurin.

Gadis itu terduduk sambil melatah. Natasha ketawa melihat reaksi kawannya, tak sangka pula Nurin melatah.

"Eeee lawak ke Tasha?" soal mereka serentak.

"Hahahaha tulahh lain kali orang kejut bebaik tu bangun" jawab Natasha sambil tersengih.

"Fine, thanks gila beb! Dah segar bugar ni" kata Nurin dengan nada perli.

"Nasib baik deria rangsangan aku still berfungsi so otak aku dapat tafsirkan apa yang jadi . Tantah kalau tak bangun banjir dah khemah ni kau pancutkan air" balas Qistina bersama teori Sains.

"Yang penting korang semua bangun. Yuk semua kita bersiap for the day!" ajak Natasha dengan bersemangat.

.

Hari ini hari kedua kem. Even semalam tak buat apa-apa, tetapi hari semalam juga diambil kira.

Semua pelajar yang sudah siap, berkumpul di perkarangan kem. Natasha mengenakan baju sukan lengan panjang bersama seluar trek dan tudung hitam.

Dia menyapukan sunblock ke seluruh mukanya sebelum melangkah keluar dari khemah dan menuju ke arah perkarangan kem.

Disebabkan Nurin dan Qistina mengambil masa yang lama untuk siap. Natasha pergi berseorangan. Sesampainya di sana, orang pertama yang dia nampak adalah Syed.

Dia memakai baju shirt berwarna hitam yang mempunyai tulisan warna rose gold yang tertulis namanya iaitu  'Syed Shafiq'.

Natasha tidak sedar yang dia sedang merenung ke arah Syed sehinggalah lelaki itu melambai ke arahnya.

Natasha melambai semula dengan senyuman yang menghiasi bibirnya. Dia tidak tahu yang dia rindu akan lelaki itu.

"Beratur ikut kumpulan semalam" arah pelatih dan para pelajar akur tanpa merungut.

Natasha mengalihkan semula pandangannya ke arah tempat di mana Syed berada. Tetapi Syed sudah tidak berada di situ. Natasha mengeluh panjang sebelum dia memusing badannya untuk memasuki barisan kumpulannya.

Apabila dia menoleh, dia terkejut melihat Syed berada di hadapannya. Syed yang seakan-akan tahu itu mengangkat keningnya serta senyum ke arah gadis itu.

"Miss me?"

[925 words]

Gahhh *fangirling mode on*
Chapter ni pendek je and sorry tak banyak NataSyed moment hoho
Sorry babes!

Lots of love,
       Me


@curiousmuch

Cinta Pandang Pertama Where stories live. Discover now