Chap13 :Last Day

2.4K 81 4
                                    

Saya, Ariana Grande Butera. Ingin meminta keampunan dari anda semua sebab haritu terbalik chapteeerrr!! Sorryyy bebetul tak perasan :'(

Btw, enjoyyy :')

--------------------------

Apabila Natasha sudah semakin pulih. Dia kembali semula ke perkarangan kem. Namun dia tidak dapat sertai rakan-rakannya membuat aktiviti lasak.

Natasha mengeluh. Dia duduk sambil memeluk kakinya di gigi air. Dagunya ditongkatkan di atas lutut.

Dia menikmati pemandangan yang serba indah itu. Angin sepoi-sepoi bahasa mengusap mukanya yang masih terdapat luka-luka kecil. Natasha menghirup udara yang nyaman itu sambil menutup matanya.

Enjoy selagi mampu..

Dia tertawa kecil apabila air di gigi pantai itu menutupi kakinya. Namun, saat indahnya diganggu apabila..

Splash!

Tiba-tiba air masin itu memercik ke arah Natasha. Membuatkan gadis itu menutupi mukanya dengan kedua tapak tangan. Air masin pedih kalau kena mata.

Splash Splash!

Percikan air itu berterusan dan Natasha dapat merasakan air masin itu di bibirnya.

"Stop lahh" rungut Natasha.

"Yela yela"

Natasha menurunkan tangannya dan mendapati orang itu adalah Darwish. Gadis itu memberikan Darwish sebuah pandangan tajam sebelum mengelap mukanya.

Namun Darwish tetap senyum walaupun Natasha menjelingnya.

"Apa sengih-sengih?" soal Natasha kepada Darwish.

"Takde apa, saja nak kacau happy moment awak" balas Darwish.

"Tsk apa yang happy?" soal Natasha lagi.

"Dah awak main dengan air pun senyum sorang-sorang tadi" kata Darwish sambil tertawa kecil.

"Stalker eh?" soal Natasha sambil senyum sinis.

"Stalk? Takde maknanya" jawab lelaki itu selamba, senyuman di bibirnya tidak lekang.

"Geez then apa awak buat kat sini huh?" soal Natasha lagi.

"Sebab aktiviti kumpulan kita dah habis. Saya nampak awak sensorang kat sini tadi thats why saya pergi sini" jawab Darwish.

Natasha hanya membalas 'o' kemudian dia kembali memandang ke arah pantai semula.

"Tak panas ke duduk sini?" soal Darwish pula.

"Panas tapi sejuk" jawab Natasha.

"Panas tapi sejuk? Macammana tu?" soal Darwish semula sambil senyum sinis.

"Panas tapi ada angin. Angin kan sejuk" jawab Natasha lagi.

"Nanti hitam kang panas-panas ni. Sunburn" kata Darwish. Natasha baru tersedar apa yang dikatakan Darwish itu betul.

Dia tidak mahu menjadi gelap.

Natasha memandang ke arah Darwish semula. Dan kebetulan lelaki itu sedang memakai topi.

Gadis itu tersenyum sinis dan Darwish mengangkat keningnya tanda keliru. Dengan sepantas kilat, Natasha mengambil topi di atas kepala Darwish dan letakkan di atas kepalanya.

Natasha senyum apabila rancangannya berjaya.

"Thanks" kata Natasha meskipun dia tidak meminta izin lelaki itu.

Cinta Pandang Pertama Where stories live. Discover now