Natasha membuka matanya yang berat. Cahaya putih membuatkan gadis itu memejamkan semula matanya. Dia mendapati dia berada di atas katil. Natasha ingin duduk, tetapi dia terasa seperti beribu-ribu pisau ditikam ke atas kakinya.
Natasha tidak tahu dia berada di mana dan bagaimana dia boleh berada di sini. Kepalanya terasa sakit apabila dia mahu mengingati apa yang terjadi.
Natasha membuka matanya semula. Dia mendapati kaki kirinya dibalut di bahagian lutut. Dengan ini secara rasminya, dia tidak dapat mengikuti segala aktiviti yang lain.
Natasha merasakan seseorang berada di sebelahnya lalu dia menoleh. Syed sedang tidur di birai katil. Muka disembunyikan dengan tangannya. Hanya mata yang dipejam rapat dapat dilihat. Rambutnya menutupi sebahagian matanya.
Natasha senyum. Tidak tahu bahawa lelaki itu temannya tidur sepanjang malam. Tiba-tiba gadis itu terfikir akan rupanya sendiri.
Mesti hodoh waktu aku tengah tidur. No, mesti aku hodoh sepanjang masa.
Tiba-tiba Syed membuka matanya yang layu. Sejurus sahaja melihat Natasha sudah bangun, dia terus kembali ke posisi duduk sambil mengelap matanya.
Natasha menekup mukanya dengan tangan. Dia tak dapat bayangkan betapa hodohnya dirinya sekarang. Hanya mata Natasha sahaja yang nampak di celah jarinya.
"Hei" tegur Syed. Suaranya sedikit garau kerana baru bangun dari tidur.
Natasha tidak membalas. Tangannya masih diletakkan di mukanya.
"Kenapa?" soal Syed sambil mendekati Natasha. Membuatkan gadis itu ke belakang dan hampir jatuh.
"Sorry" kata Syed apabila melihat reaksi Natasha.
"T-tak tiada apa-apalah" balas Natasha.
"Awak okay?" soal Syed lagi. Natasha hanya mengangguk.
"Kenapa awak tutup muka awak?" soal Syed sambil tangannya dicapai ke arah Natasha. Namun Natasha sempat menepis tangan Syed sebelum tangan lelaki itu mencapainya.
Apa aku buat ni?
Mata Syed membulat kerana terkejut dengan tindakan Natasha.
"Erm, saya faham kalau awak marah saya lagi" kata Syed sambil memandang lantai.
Natasha hanya berdiam diri. Tidak berani membuka mulutnya untuk menjawab.
"Saya minta maaf pasal haritu" kata Syed sambil mengusap belakang lehernya.
Dia memandang seketika ke arah Natasha. Apabila gadis itu tidak berganjak, Syed keluh panjang sebelum bangun dari kerusi itu.
Syed memusingkan badannya untuk beredar dari situ. Natasha yang seakan akan sedar apa yang berlaku segera mencapai lengan Syed. Membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya semula. Syed cuba untuk menahan dirinya daripada tersenyum.
"Wait, erm teman?" kata Natasha awkward. Dia tidak dapat bayangkan berada berseorangan lagi setelah apa yang terjadi pada dirinya di dalam hutan itu.
Senyuman Syed semakin lebar. Syed mengangguk dan kembali duduk di kerusi itu. Siku Syed diletakkan di birai katilnya dan dagu Syed ditongkatkan di atas tangan.
Mereka berdua hanya diam buat seketika.
"Saya dekat mana?" soal Natasha.
"Hospital" jawab Syed ringkas.
"Hospital?" soal Natasha inginkan kepastian.
"Uhum, lepastu dorang bawa awak pergi hospital berdekatan" jawab Syed.
"Oh"
"Sekarang awak okay?" soal Syed dengan nada yang risau.
"Okaylah jugak" jawab Natasha.
"Kalau awak tak kesah. Sebenarnya apa yang jadi dalam hutan tu?" soal Syed.
Serentak itu Natasha merasakan semua memorinya ketika berada di dalam situasi itu kembali dan membuatkan Natasha kembali pucat mengingatkan pengalaman yang sememangnya membuatkan dia trauma. Kata-kata Sara kembali menghantuinya. Dia juga teringat akan orang terakhir yang dia nampak. Darwish.
Suara Syed yang memanggil namanya terasa seakan-akan jauh sekali. Natasha sedang terperangkap di dunia fikirannya. Syed meletakkan tangannya di atas milik Natasha yang sedang menggigil.
Natasha menoleh ke arah lelaki itu.
"Sorry..saya tak patut tanya awak benda yang awak dah trauma" kata Syed dan senyum.
"Darwish.." nama lelaki itu spontan keluar dari mulut Natasha.
Syed mengerutkan keningnya.
"Darwish ke yang bawa saya keluar dari situ?" soal Natasha.
Syed mengangguk sebelum membuka mulutnya untuk menjawab.
"Waktu tu saya terkejut tengok Darwish yang bawa awak keluar. Awak tengah tak sedarkan diri" kata Syed tidak memandang mata Natasha.
"Maafkan saya Natasha" kata Syed seraya mengangkat mukanya untuk memandang Natasha.
"Sebab?" soal Natasha. Keningnya bertaut rapat.
"Saya takde waktu awak susah" sambung Syed.
Natasha nampak akan keikhlasan di mata Syed. Natasha mengangguk dan senyum ke arah lelaki itu.
Natasha merasakan jantungnya berdegup laju. Dia tidak tahu yang dia masih berasa sebegini meskipun dia telah bergaduh dengan Syed.
"Kaki saya macammana?" soal Natasha. Dia tidak tahu kakinya retak atau patah ataupun hanya lebam teruk.
"Saya datang je tengok dah kena balut" jawab Syed.
Ketukan di pintu mengejutkan mereka berdua. Mereka menunggu gerangan itu membuka pintu dan masuk.
Terdapat seseorang yang familiar melangkah masuk. Muka yang Natasha takkan selamanya lupa. Dialah yang mengkhianati Natasha.
Sara
Nama gadis itu bergema di ruang fikiran Natasha. Natasha berasa takut, dia tidak tahu yang dia telah mengenggam tangan Syed sebaik sahaja dia melihat Sara.
"Tasha, awak okay?" soal Sara dengan nada risau. Namun Natasha tahu semua itu adalah lakonan.
Natasha hanya mengangguk. Matanya tidak bertentangan dengan Sara.
"Saya minta maaf. Saya tak sedar awak hilang waktu tu" sambung Sara.
Natasha tidak mahu dengar suara Sara. Ketika ini, dia minta agar dirinya menjadi pekak supaya dia tidak perlu mendengar suara gadis ini.
Syed yang berada di situ segera bangun dan ingin beredar untuk memberikan sedikit privasi. Natasha yang sedar akan perkara itu cepat-cepat mencapai lengan Syed. Menghalang lelaki itu daripada berlalu pergi.
Dia tidak mahu berada di dalam bilik ini bersama Sara.
----------------
[852 words]
Tak rasa cerita ni mcm drama ke? :/
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
RomanceNatasha , pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Florida berjumpa dengan Syed yang satu sekolah dengannya tetapi tidak pernah bertegur . Natasha , seorang gadis yang tidak pernah bercinta merasakan sesuatu yang tak pernah dia rasai . Semuanya baru bagi...