Chap6: Bas

2.9K 106 3
                                    

Bas yang dinanti nantikan telah tiba. Terdapat dua bas yang telah sampai.

Bas persiaran yang mempunyai dua tingkat itu mula dipenuhi oleh pelajar. Guru-guru dan pelatih berada di tingkat bawah manakala pelajar berada di tingkat atas.

Natasha mendapati tempat di situ mulai penuh. Dia berasa menyesal kerana menaiki bas lambat dari pelajar lain. Tetapi apa yang menarik perhatiannya adalah..

Terdapat beberapa pelajar perempuan mula berkumpul di sekeliling tempat di mana Syed duduk. Tempat di sebelah Syed masih lagi kosong.

Natasha berada tidak jauh dari situ dan dia dapat menangkap beberapa ayat yang diungkapkan oleh pelajar perempuan itu.

"Syed , tempat sebelah awak ni kosong untuk saya ke?"

"Saya nak duduk sebelah awak"

"Eh aku lah yang duduk sebelah dia"

Mereka seakan-akan bergaduh untuk duduk di sebelah Syed. In fact, Natasha pun tidak tahu tempat kosong di sebelah Syed untuk siapa. Natasha cuba menghiraukan keadaan itu dan cuba untuk lalu di kawasan yang dipenuhi fangirls Syed.

Tiba-tiba Natasha terasa seperti seseorang menarik tangannya , membuatkan dia jatuh dan terduduk di kerusi sebelah Syed. Natasha memandang tangannya yang sudah dilepaskan oleh Syed.

"Sorry awak semua , tapi saya pilih dia" kata Syed sambil merenung ke arah Natasha.

Natasha merasakan pipinya menjadi merah semula . Lantas dia memandang ke arah fangirls Syed yang memandang tajam ke arahnya . Oh , Sara juga memandangnya tetapi lebih kepada jeling.

Sebahagian daripada Natasha berasa bangga kerana Syed memilihnya . Sebahagian lagi berasa takut apabila mereka memandangnya begitu.

Natasha memandang semula ke arah Syed apabila mereka sudah beransur pergi ke tempat mereka.

"Kenapa awak buat macamtuu" rungut Syed membuatkan Natasha berasa keliru.

'Aku buat apa?' fikir Natasha dan belum sempat Natasha membuka mulut . Syed sudah menjawab.

"Lambatnya awak naik bas , saya tunggu awak je dari tadi . Lepastu awak nak duduk tempat lain pulak , sebab tu saya tarik awak" jawab Syed.

Natasha senyum . Tak sangka Syed nak duduk di sebelah dia.

"Eleh, fangirls awakkan ramai. Bagi jelah dorang duduk" usik Natasha dan Syed membuat muka.

"Ramai-ramai pun , takde siapa yang boleh gantikan tempat awak" balas Syed sambil senyum tersengih seperti tahu bahawa perkara itu mampu membuatkan Natasha berasa malu.

Bas yang dinaiki mula bergerak . Kedudukan mereka yang berada di tingkat atas membuatkan mereka melihat pemandangan dengan lebih jelas.

Sudah 2 jam berada di dalam bas. Natasha mula berasa bosan. Dia melihat ke arah Syed yang sedang melihat ke luar jendela . Erm , untunglah duduk sebelah tingkap.

Tiba-tiba Syed membuka begnya dan mengeluarkan phone dan earphone nya . Natasha hanya melihat . Entah kenapa tak tefikir nak dengar lagu.

Syed memasang earphone di telinganya . Dia menangkap pandangan Natasha yang dari tadi asyik merenungnya . Syed senyum dan memberikan salah satu earphone nya kepada Natasha.

Natasha mengambilnya dan memasang earphone itu di telinganya . Mereka berkongsi earphone bersama-sama seperti dalam drama . Inilah suatu adegan yang sering diimpikan oleh perempuan.

"Saya suka lagu ni" kata Syed sambil memainkan sebuah lagu.

Oh her eyes her eyes
Makes the stars look like they not shining

Cinta Pandang Pertama Where stories live. Discover now