Keesokkan harinya Natasha bangun awal pagi untuk bersiap dengan segera. Di ingatannya terngiang ngiang nama Syed dan jauh di lubuk hatinya, dia berharap untuk berjumpa lagi dengan lelaki itu.
"Sha, kenapa basikal tu tak kunci? Tak takut hilang ke? Bukan murah tau basikal tu. Kalau hilang mama takkan beli lagi. Tulah basikal yang terakhir Sha okay" bebel ibu Natasha.
Natasha hampir lupa bahawa basikalnya telah dihantar ke rumah oleh Syed.
'Ni mama belum tahu lagi tayar tu bocor' fikir Natasha sambil tersengih.
Serentak itu, suara ibunya seakan akan bergema di dalam rumahnya.
"Shaaaaaaaaa!"
'Habislah dah kena tangkap' fikir Natasha.
Lantas dia berlari ke arah ibunya.
"Ya mama?" kata Natasha dengan nada 'innocent' nya.
"Apa 'ya ma?'. Kenapa teruk sangat basikal ni? Tayar bocor , calar sana sini" bebel ibunya lagi
"Ala ma semalam terlanggar...." berhenti Natasha.
'Nak bagitahu ke pasal semalam?' fikir Natasha
"Langgar apa?" soal ibunya keras
"Langgar pakuu then tayar bocor lepastu terjatuh. Tapi Sha okay je" jawab Natasha sambil senyum hinggakan menampakkan giginya.
"Okay, mama percaya" balas ibunya.
Fuhh
"Tapi, mama taknak ganti tayar tu . Satu minggu dh 5 kali bocor" kata ibu Natasha.
Mata Natasha terbeliak.
'Noooo kalau takde basikal takkan terserempak dengan Syed. No bicycle, no Syed. No Syed, no lifeee' fikir Natasha sedih. Baru dia berangan ingin menaiki basikal petang ini di tempat yang sama.
Mana tahu terlanggar lagi.
"Alaaaaaa maamaaaa please sekali ni je. Last last" pujuk Natasha
"Last time tayar bocor pun kata 'last last'. Mama tak percaya" balas ibu Natasha. Natasha pergi ke arah ibunya lalu memeluknya erat.
"Pleasee kali ni je" kata Natasha.
"Okaylah, last" ngeluh ibu Natasha lalu membalas pelukkan anaknya.
.
>At School<
Hari yang dinanti nantikan telah tiba. Pasukan koir Natasha membuat persembahan untuk majlis graduasi form 5. Semua ahli pasukannya gugup. Tetapi Natasha tidak.
"Kau pehal Tasha? Orang lain nervous engkau sengih sengih muka" tegur Sara dari belakang namun Natasha tidak menghiraukannya.
"Hoi, aku cakap dengan kau ni"
"Ya aku tahu. Tapi nak buat macam mana. Nak taknak kena perform jugak. Aint no ticket back" balas Natasha.
"Seterusnya, majlis diteruskan dengan persembahan koir sekolah. Dipersilakan" emcee majlis.
"Okay guyss! Do your bestt!" jerit conductor
.
"Wahhh leganya dah habis !" ujar Natasha kepada Sara.
"Well, sekarang jom ambil gambar! Kat situ lawaa!" ajak Sara yang sememangnya 'hantu selfie'.
Natasha senyum. Turutkan saja kehendak kawannya.
"1 , 2 , 3"
Click !
Gambar sudah diambil. Sara melihat gambar itu lalu mendengus sambil memandang ke arah belakang.
YOU ARE READING
Cinta Pandang Pertama
RomanceNatasha , pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Florida berjumpa dengan Syed yang satu sekolah dengannya tetapi tidak pernah bertegur . Natasha , seorang gadis yang tidak pernah bercinta merasakan sesuatu yang tak pernah dia rasai . Semuanya baru bagi...