Chap11: Nightwalk

2.4K 78 2
                                    

Malam itu pula, aktiti nightwalk diadakan. Kami memasuki jalan hutan bersama pelatih. Sesudah itu, kami berhenti di tempat yang luas sedikit. Hanya lampu yang di letakkan di kepala pelatih sahaja yang seakan-akan menyinari ruang tersebut.

Natasha berasa tidak sedap hati. Seakan-akan tahu bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku.

Malam itu terasa dingin sekali. Para pelatih sudah merampas torchlight mereka. Dan kini mereka berada di dalam hutan yang gelap gelita.

"Dari sini, kamu semua perlu jalan berdua-dua ke tempat di mana kamu masuk tadi. Sekarang pukul 1.50am" ujar pelatih.

Semua pelajar sudah berasa resah. Dahlah takde torchlight, hanya cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam.

"Tanpa buang masa, pasangan pertama ialah Syed Shafiq dan Ikmal Malif"

Serentak itu, Syed dan Ikmal bangun dan high five sesama mereka.

Mereka berdiri di laluan itu. Menunggu pelatih memberi arahan seterusnya.

"Ta..take care Syed" Natasha sebut dengan gagap.

Dia menekup mulutnya. Dia tidak tahu suaranya keluar dengan begitu jelas. Dia hanya ingin bercakap di dalam hati tetapi mulutnya pula yang bergerak.

Syed memandang ke arah Natasha apabila Natasha menyebut namanya. Syed senyum ke arah Natasha dan membuat pergerakan mulut seakan-akan ingin berkata you too.

Lalu mereka pun masuk ke dalam hutan sehingga mereka hilang dari pandangan.

Setelah dalam beberapa minit. Pasangan demi pasangan lesap ke dalam hutan yang kian gelap.

2.30am

Fuhhh, Natasha tidak dapat menyembunyikan keresahannya. Tangan Natasha sudah berpeluh.

"Natasha dan Sara. Sila bangun" ujar pelatih.

Apa? Dengan Sara?

Natasha tidak mempercayai akan telinganya. Dia nampak bahawa Sara sudah bangun dari tempat di mana dia duduk. Natasha tidak berganjak dari tempatnya.

"Natasha. Natasha ada dekat sini?" ulang pelatih.

Natasha mengeluh. Dia rela tidur di situ dan keluar esok pagi daripada masuk ke hutan bersama Sara.

Natasha mengangkat punggunnya yang dirasakan berat. Dia merasakan seseorang mengetuk bahunya dan dia menoleh.

Darwish

"Take care" kata Darwish perlahan. Natasha mengangguk dan menuju ke arah Sara.

Setelah pelatih memberikan arahan untuk masuk. Mereka pun akur.

No torchlight. Nothing.

Natasha berasa seram sejuk. Di dalam hutan ni apa-apa pun boleh jadi. Natasha menoleh ke arah Sara dan mendapati gadis itu hanya berdiamkan diri dari tadi.

Tiba-tiba Sara menarik lengan Natasha dengan kuat.

"Aku nak tunjuk kau something" ujar Sara.

Lalu Sara mengenggam erat lengannya sehingga Natasha mampu mendengar bunyi crack. Sara lari ke arah bertentangan jalan keluar dari hutan.

Mata Natasha membulat. Dia tahu apa yang Sara cuba lakukan.

"Sara! Jalan keluar dekat sana lah" kata Natasha.

Sekarang ni, Sara really creeping me out.

Natasha ingin menghentikan kakinya daripada berlari bersama Sara. Tetapi tangan Sara menariknya terlalu kuat. Natasha menggunakan seluruh kekuatannya untuk menarik lengannya dari genggaman Sara.

Cinta Pandang Pertama Where stories live. Discover now